Tuesday, January 12

Pilihan Tepat / Keputusan Terlalu Cepat?

Post ini adalah link kepada post "Same Opinion, Same Experience"
 
Adakah aku dah buat satu keputusan yang betul dan tepat atau keputusan yang aku buat terlalu cepat? Semuanya berlalu terlalu pantas dan mungkin ketika itu, aku baru sahaja awal 19tahun. Tak tahu mana yang betul, mana yang salah. Tak tahu nak buat keputusan dengan bijak tapi sehingga hari ini, persoalan ini sering bermain diminda. Adakah keputusan aku meninggalkan Nilai International University College in Dip. Medical Lab Technology satu keputusan yang betul-betul betul? Disana, segala kemudahan dah pun diberikan. Aku ditawarkan Biasiswa Persekutuan dan 99% aku akan terus dapat pekerjaan. Kediaman bungalow double-storey dan kemudahan-kemudahan bertaraf antarabangsa juga dah tersedia. Tapi kenapa time tu aku tak nak ya? Aku tolak segalanya. Aku hanya berada di sana selama seminggu dan ia merupakan satu jangka waktu yang sangat menguji tahap kesabaran aku. Mungkin sebab keadaan persekitaran yang agak membosankan, suasana yang terlalu lalu mendamaikan, sunyi dari hiruk pikuk kota, housemates yang mungkin tidak sepadan, classmates yang mungkin tidak berkenan dan subjek yang sebenar-benarnya memberi tekanan. Tapi, kalau aku disitu, aku sah-sah akan terus dapat kerja dan kalau rezeki ada, mungkin boleh melanjutkan lagi pelajaran ke Egypt untuk Sarjana Kedoktoran yang akan memberi gelaran Dr Mohamad pada aku. Tapi, kesini juga aku datang. Daripada kesenangan kepada kesengsaraan. Tetapi mungkin juga kerana rakan-rakan. Mereka lebih terbuka kerana berjiwa seni dan kreatif. Tidak dungu dan ulat buku seperti di Nilai dahulu. so, mungkin sebab itu aku berada di sini.
Diploma Skrin
Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik
Universiti Teknologi Mara 
Kenapa aku berada disini? Kenapa aku memilih untuk kemari buat kali kedua? Mungkin kerana subjek disini lebih flexible dan tidak memerlukan tenaga perah otak yang melampau. Disini juga mungkin aku dah punya rakan-rakan yang secocok atau juga mungkin teman tersayang. Keputusan drastik yang aku buat dalam masa 15 minit telah mengubah kehidupan aku mungkin untuk 15 tahun plus plus akan datang. Tambah menyesakkan, aku tak mendapat sebarang pinjaman kewangan daripada Mara, Jpn mahupun PTPTN. Lebih masalah, kadangkala subsidi makanan yang sepatutnya kami sebagai student dapat pun tak dapat. Itulah yang aku katakan tadi, daripada gembira, aku pilih untuk derita. Derita yang sehingga kini telah membuatkan hidup aku dalam penyesalan walapun pada zahirnya, aku masih tidak pasti. Adakah patut untuk aku menyesal akan keputusan yang telah pun aku sendiri buat? Selalu aku fikirkan perkara ni bila ada masalah. Tapi tidak pula aku layankan sebab takut akan memakan diri sendiri. Entahlah. Mungkin aku patut menyesal tapi semua tu dah tak ada guna. Aku harus juga meneruskan perjuangan sebagai seorang insan seni (Sarjan Yo, 2009) walaupun pelbagai rintangan dan permasalahan yang timbul.
Persoalan yang masih lagi timbul hingga kini, "adakah masa depan aku akan terjamin nanti?" . Untuk menjawab soalan tersebut, taipkan ON KiMAK Y untuk Ya dan ON KiMak N untuk Tidak. Hantarkan jawapan serta butiran peribadi yang lengkap beserta saiz muka untuk disepak terajang ke www.shepardcinta.blogspot.com. Segala jawapan atau respon yang membantu, akan diberikan penghargaan dan yang tidak, akan mendapat 'pukimak hanjingan'.

Same Opinion, Same Experience

Selasa -  Hari yang sangat-sangat sibuk. Dengan kelas dan pelbagai tugasan yang dibebankan di kepala. Aduh. Rasa penat sangat. Tapi mungkin itu hanya permulaan. Permulaan kepada satu perubahan baru. Entah macam mana, secara tak sengaja, aku dan rakan-rakan yang lain boleh terbincangkan pasal "REGRETION". Entah macam mana soalan cepu perak ni boleh keluar dari mulut seorang rakan yang mana bertanyakan pendapat aku tentang masa depan di Puncak (Dip. Screen). Urm. Cubalah anda semua bayang dan teka kan apa yang kami bincangkan? Begitu rancak perbualan kami sehingga tak perasan dah menyentuh lebih daripada pelbagai pendapat yang baru dan ada juga yang sama. 

Seorang daripada rakan yang turut serta menyertai sesi bual bicara begitu menunjukkan minat. Dia mengutarakan pendapat. Mengutarakan idea. Mengutarakan komen dan juga mengutarakan apa yang terpendam di benak hatinya. Dan dibenak hati aku pula, tak pernah pula aku menyangka akan berjumpa dengan seseorang yang mempunyai perasaan serta pendapat yang 99% sama. Selama ini, aku hanya beranggapan yang aku sahaja begitu tetapi rupa-rupanya ada 99% yang lain. Baru aku tahu.

Sedar tak sedar kami atau mungkin aku sudah berada di Puncak Perdana ini selama 4 semester dan pelbagai ilmu dan pengajaran yang telah aku pelajari. Tetapi, persoalan disini adalah : "adakah aku akan jadi seorang pengarah atau penerbit atau pengarah fotografi atau apa sahaja yang berkaitan dengan filem atau dalam konteks yang lebih jelas, terjaminkah masa depan aku nanti? ". Itu sebenarnya persoalan yang bermain di minda. Perkara macam ni kadangkala sukar bagi setiap individu untuk perjelaskan kerana masing-masing punya pendapat masing-masing tapi, bagi aku, aku berada di sini hari ini adalah kerana aku ingin membuktikan pada orang yang sentiasa memandang rendah akan kemampuan aku yang aku juga boleh berjaya dan menjulang segulung skrol diploma satu hari nanti. Mungkin dari situ, aku layak ke degree, master, phd dan seterusnya, we never know!

Aku berada disini hari ini kerana takdir. Tuhan dah takdirkan aku untuk belajar tentang filem sedangkan minat aku (first choice masa apply upu) dahulu adalah broadcasting-masscom. Itulah yang mak cik aku sebutkan pada aku. Mungkin tuhan dah tentukan jalan aku macam ni dan aku harus menerimanya dengan redha. Mungkin juga ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan segala ketentuan tuhan semestinya punya sebab musabab yang tersendiri. Kita tak tahu.

Bila kita terpaksa belajar benda yang kita tak minat, 0 yang masuk dalam kepala. Tapi aku cuba. Terus mencuba walaupun kadangkala ia sangat membebankan kepala. Aku tak silap buat keputusan. Mungkin. Tapi aku tidak boleh memandang kebelakang lagi. Dulu... persoalan yang sama seperti diminda rakan aku tadi juga pernah bermain diminda. Berkaitan hala tuju? Masa depan? Kekuatan? Aku harus yakin walaupun sebenarnya selama ini aku hanya menipu diri sendiri. Berhadapan dengan masa dan keadaan yang bukan dihujung jari. Tapi aku tetap yakin, Allah Maha Mengasihani. Apa yang mungkin aku perlukan kini, sokongan rakan-rakan dan bimbingan agar hati aku akan terus tetap disini, untuk menunaikan janji yang pernah dilafazkan satu masa dulu.

Anda punya komen atau pendapat membantu? atau mungkin anda mengalami masalah yang sama dihadapi oleh saya, rakan 1 dan rakan 2? Kongsikan lah semuanya disini agar kita sama-sama dapat memotivasikan diri kita sendiri.

Mood sekarang : tawar hati, 45% in class and the others dont know where it go!

The Only Person That Can Make Me Hurt Is You

You 

You, i sayang u tahu tak? Ya! Mungkin u tak sayang i macam mana i sayang u tapi i akan tetap menyayangi u sampai bila-bila. Sayang sebagai seorang kawan yang i harapkan akan berkekalan sampai bila-bila pun. Sayang i pada u tak kan pernah pudar. Ok? Kita kawan. Antara banyak banyak kawan yang i sayang, u lah yang paling comel, paling degil, paling susah nak handle. U memang lah. I pun tak tahu kenapa i boleh tahan dengan perangai u. Tapi kan u, ada orang jealous dengan u tau. Dengan keakraban kita dulu. Dan mungkin juga yang ada untuk cuba menghancurkannya. Takutnya kalau u dah tak mau kawan dengan i lagi.

I rindu u sangat-sangat! Rindu. Sangat merindui dan merindui selalu. Bohonglah kalau i cakap i tak pernah rindu u. I admit. I memang rindu u dan memikirkan u pada setiap saat tapi i tahu u tak macam tu, tapi tak mengapa. Ingatan seorang kawan kepada kawannya yang lain kan baik. Betul tak? Kadang-kala orang yang buat kita sakit hati akan buat kita jadi benci kat orang tu tapi u sebaliknya. I pernah try untuk membenci u tapi i tak boleh.

I tahu u ego. Ego u memang tak leh ditandingi. I pun tak tahu nak buat macam mana untuk bagi ego u turun. Tapi, i pun ego gak. Sebab, tak tegur u langsung pun. I tak ada niat pun nak buat macam tu tapi tulah, u ego. I ego. Tapi, u lagi ego. Ego satu kepala. Ya! Mungkin betul jawapan u tapi kan, apa salahnya u tegur i dulu. Mengalah lah. I dah banyak mengalah untuk u. Mimpi jer kot untuk tengok u mengalah. Kan?

I tengok u dari jauh. Tapi i segan nak tegur tapi hakikatnya, i rindu u! U nampak berbeza sekarang dan i sukakan penampilan u. I juga harap azam tahun baru u akan termakbul. Hope so. Hehe =p . Malu nak cakap tapi i selalu curi pandang kat u. Tak salah kan? Kawan pandang kawan kot. Sekali lagi

i rindu u...