Wednesday, November 4

Mesti Tonton



Rabu - Disebabkan kebosanan yang melanda dan tak ada paper lagi buat masa terdekat ni. Aku buat keputusan untuk menonton movie. Dah lama gila tak tengok movie. Rasa2 nya the last movie yang aku tengok masa bulan puasa hari tu. So, lama gak kan?
Bangun2 jer tido kul 2. Tu pun sebab mak call suh bangun. Memang agak terkejut lah kan? Malam tadi tido lambat. Dalam kul 5pagi. Study lah konon2nya. Bangun2 jer aku terus on9 dan mengerahkan oden untuk mandi. Time tu gak rush cudut datang n menyatakan niat nak ikut so aku pun ajak dia. In the same time gak, si aerowl pun nak ikut so aku angkut semuanya satu kereta. Penuh!
Pilihan cerita yang ingin ditonton (Papadom, Phobia2) dan pilihan panggung (GSC One Utama, TGV Sunway Pyramid). Disebabkan dah lama juga tak gi ou, aku buat keputusan g ou. Takut gak jalan jem tapi semuanya lancar. Duit dalam pocket tak berapa nak ada tapi sebab nak sangat g, g juga! Sampai kat Kota Damansara, jalan lancar. Tak macam biasa. Alhamdulillah lah kan?
Sampai kat kaunter jer, Papadom punya seat dah tinggal row depan. So, macam 80/20 nak tengok n disebabkan tak nak menunggu beratiur panjang lagi, aku beli tiket This Is It Michael Jackson. Azie ngan aerowl tak bersetuju sebab diorang nak juga tengok papadom so dah plak mereka membuat muka yang panjang. Malas nak layan. Jalan2 g pdi jap tengok jam n terus masuk hall. Hall 2, memang gempak dan 80% full. Mula2 aku agak risau kalau2 keadaan jalan cerita tu akan menghambarkan suasana. 
Tapi, sangkaan aku ternyata salah. Documentary ni SANGAT BEST! Selama 2jam aku tengok, kaki ni tak berhenti berdetak ikut beat lagu. Memang best, menceritakan tentang rehearsal concert This Is It yang dijadualkan berlangsung di London pada Julai. Malangnya, Michael pergi meninggalkan peminat2nya. Pilihan2 lagu yang dirakamkan memang menarik. Tak tau nak describe kan macam mana. Korang mesti tonton dan baru korang tau macam mana bestnya citer tu. Rasa macam nak tengok lagi jer! =)