Wednesday, September 2

Macam- Macam Sakit (kencing manis)

Bercakap sal sakit kencing manis, aku ada cerita yang nak dikongsikan. Family aku ada sejarah kencing manis yang agak teruk. Nenek aku meninggal disebabkan kencing manis yang berada di bahagian punggungnya yang meninggalkan satu bisul yang menyebabkan bisa yang tak bisa ditanggung oleh golongan yang berada di umurnya. Sakit tu akhirnya menyebabkan implikasi yang besar sehingga dia meninggal dunia pada umur aku 7 tahun.

Lagi satu cerita tentang kencing manis, mak usu aku juga merupakan seorang penghidap kencing manis tahap ketiga. Teruk sangat aku tengok dia. Dia tak boleh terlebih gula dan juga tak boleh terkurang gula. So, kandungan gula dalam badan dia tiap2 hari kena seimbang. Sejarahnya, masa muda2 dulu, dia ni suka makan gula2. Mana je dia g dia akan bawa gula2. Boleh dikatakan dia ni ketagih benda manis. Sana manis, sini manis. Last2 dia disahkan penghidap kencing manis. Semua bermula bila kuku kaki dia berdarah. Tapi merebak teruk sehingga ibu jari kakinya terpaksa dipotong. Ya! Dipotong. Bila dengar sal anggota badan dipotong ni merupakan satu benda yang biasa pada orang lain tapi bukan pada dia. Bayangkan lah kan macam mana lah kalau kita dah biasa cukup sifat, tiba2 hilang satu jari. Ahh...

Tapi kejutan tidak terhenti setakat itu, ada lagi yang berlaku. Kencing manis yang ada kat bahagian hujung kaki dah makan tapak. So, dah berlubang tapak kaki pulak. Doktor nasihatkan agar kaki dia plak dipotong. Tadi jari, ni kaki lak. Pada mulanya mak usu aku tak mau potong. Tapi untuk tidak memudaratkan keadaan, dia akur. Kakinya terpaksa dipotong sampai ke parat lutut. Kerja2 rumah semuanya tergendala sebab dah tak ada orang yang nak uruskan semua tu melainkan anak lelakinya. Pada ketika itu, mak usu aku terpaksa menggunakan tongkat sebelum dia mendapat tajaan kerusi roda. Dalam masa yang sama juga, dia ada dapat bantuan kaki palsu dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tapi dia tak biasa nak pakai. So, dia tak pakai.

Setahun kemudian, penyakit tersebut telah pun merebak ke kaki yang sebelah lagi dan menyebabkan ia juga terpaksa dipotong. Bayangkan. Hidup tanpa dua kaki yang sebelum ni boleh dilihat, disentuh tapi sekarang, tak ada langsung. Sedih kan? Selain daripada menanggung penyakit kencing manis, dia juga tertekan dengan apa yang telah berlaku pada diri dia. Dia dah mula rasa rendah diri, murung dan tak ceria macam selalu. kesedihan dan keperitan hidup dia membuatkan aku sedar akan nikmat yang aku kecapi. Aku sayang kaki aku, so aku dah tak makan manis2 lagi dah macam dulu. Takut sangat. Dulu kaki aku pernah gak ada bisul tapi cepat2 aku dapatkan rawatan. So, dah tak ada. Aku doa banyak2 pada Allah agar jauhkan segala penyakit sebab aku berazam nak balas jasa mak dan banggakan nama arwah abah. So, korang ada tak pengalaman sal kencing manis? Kongsilah sama2.