Saturday, July 11

Isu PPSMI : Is It Fair To Us?

Is it fair to us student SPM2007/PMR2005? Ingat lagi tak korang semua pada tahun 2000/02 dimana isu untuk mengubah pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris rancak dibahas dan didebatkan. Di semua corong media yang ada di Malaysia ni penuh dengan artikel yang nak diterbitkan mahupun nak di bacakan di televisyen nanti. Mengikut peruntukan 152 Perlembagaan Persekutuan, Bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa ibunda/bahasa kebangsaan negara kita ini nak dimartabatkan (http://www.harapanmalaysia.com/), namun pada masa itu, ada juga timbul khabar-khabar/perancangan yang nak Bahasa Inggeris dijadikan salah satu bahasa utama/pengantar dalam pendidikan. Akhirnya, pada tahun 2003 bermulalah penjajahan 'kuasa' English In Education pada pelajar-pelajar sekolah yang tamat UPSR2002 termasuklah kami-kami ni. Rela ke tak rela nak buat macam mana kan? Dah kena buat juga! Mathematics & Science in English for that time memang agak susah nak diterima tapi semua pelajar dan guru-guru terpaksa redha dengan ketentuan. Satu beban adalah kepada pelajar Melayu. Nak faham Bahasa Inggeris, susah! Masa dilahirkan, celik2 mata dah cakap melayu. Datang belajar kat tadika/taska pon cakap Melayu juga. Belajar 5 tahun (darjah1-6) pon cakap melayu juga! Tiba-tiba je dah nak tukar. Konon-kononnya nak jadikan pelajar Melayu/orang Melayu setanding dengan bangsa asing. Boleh cakap eat, w***, t**, f*** dll. Memang bagus! Idea/Objektif si penukar memang bagus! Ya lah kan? Tak nak tengok anak bangsa kita ditindas. Maksudnya tak kan nak cakap "Abey, ayam bakar so" bila orang kelantan pergi Paris kan? Misi penukar ada juga berkait rapat dengan pembelajaran di IPTA/S. Sah-sah lah bila kita belajar kat Universiti Tempatan/Kolej Swasta, subjek2 kebanyakannya in English, assigment pon. Idea yang dilontarkan sedikit sebanyak memberi effect kepada ekonomi negara. Kenapa? Tanpa disedari, kerajaan/pihak-pihak berkaitan terpaksa membelanjakan sejumlah peruntukan yang besar untuk terbitkan buku, edit buku teks yang sedia pakai in Melayu ke dalam English dan macam-macam lagi untuk apa? Untuk menjayakan PPSMI ini. Buku-buku lama ntah mana dicampak? Buat sakit hati dan mata je yang memandang. *Transformasi** = Science Form 1, Mathematics Form 1. Buku-buku baru ni digunakan sebagai teks utama/sumber rujukan pelajar/kami masa tu. So, belajar punya belajar, kami pon dah mula jatuh hati dengan teaching method serta format yang diperkenalkan. Saya sebagai seorang pelajar yang memang minat dengan Bahasa Inggeris, memang tiada masalah malahan mendapt gred yang agak cemerlang dalam setiap tugasan, ujian mahupun peperiksaan yang dijalankan. Masalah bagi pelajar yang kurang faham? Kita tak nampak kan?Banyak istilah yang pelajar-pelajar pelajari. Malahan ia lebih senang. LPM atau Lembaga Peperiksaan Malaysia juga memberi kelonggaran kepada para pelajar untuk menjawab dalam Bahasa Melayu dengan meletakkan format dwi-bahasa dalam kertas-kertas peperiksaan. Tapi bila student dah biasa dengan English, so sah-sah lah Bahasa Melayu tak menjadi pilihan bila nak jawab soalan.

Apa yang menjadi masalah sekarang ni.............Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dimansuhkan.Dimansuhkan?Betul ke ejaan ataupun memang salah pendengaran.Ya!! Saya tak salah dan anda tak salah. Memang PPSMI akan dimansuhkan. Macam kelakar kan dengar.Ada pihak yang betul2 berjuang untuk mansuhkan PPSMI ni. Untuk apa?Untuk memertabatkan kembali Bahasa Ibunda kita. Satu usaha yang sangat *murni. Fakta! Memang termasuk dalam perancangan pun yang PPSMI ni akan dimansuhkan pada 2012. Tapi apa yang membuatkan saya tidak puas hati adalah adakah kami semua ni 'Guinea Pig'.Kami dijadikan bahan eksperiment selama enam tahun perlaksanaanya dan last2 ianya hampeh.Saya menyatakan ketidakpuas hatian ni bukan hanya kata-kata kosong tetapi berdasarkan fakta yang saya perolehi.Pelajar-pelajar yang dah lepas exam using English,mati-matian belajar nak fahamkan apa yang diajarkan, tapi pelajar-pelajar lepas ni relax-relax je belajar macam biasa. Kami bukan bahan ujikaji. Lagi,tenaga pengajar yang lepasan maktab ataupun guru-guru lama terpaksa memandaikan diri ajar anak murid guna Bahasa Inggeris, last-last terpaksa pula ajar guna BM balik. PPSMI terbukti gagal kerana tidak dapat mengembangkan bahasa Inggeris dan gagal meningkatkan pengetahuan dalam pembelajaran Sains dan Matematik (Nasional,Berita Harian).So, apa gunanya kami ni belajar guna Bahasa Inggeris dulu.Apa?Untuk kebaikan kami lah?Memang tak fair.Ni antara komen-komen orang perseorangan yang kurang bersetuju dan agak kecewa dengan isu ni :

"Pada masa sama saya sedih kerana yang menjadi mangsa adalah masa depan anak kita dan keputusan ini menyukarkan mereka untuk belajar dan mengetahui perkembangan dalam bidang sains"

"Kata mereka ini untuk memartabatkan bahasa kebangsaan, tapi di sekolah Cina, mereka guna Bahasa Mandarin dan di sekolah Tamil mereka guna Bahasa Tamil. Lagipun kita tak boleh belajar bahasa melalui Sains dan Matematik. Bahasa mempunyai subjeknya sendiri"

Yang paling menarik, ada pihak yang cuba menyatakan Dr. M setuju dan menerima hakikat berkenaan pemansuhan ini sedangkan ia adalah bertentangan.Aiyoo.Macam mana nak tunjuk akhlak atau perangai yang baik kalau masing-masing tak semeja dan pandai-pandai nak kaburkan mata pembaca mengenai isu ni.Untuk apa? Para pelajar PMR2005/SPM2007/Guinea Pig, fikir-fikirkanlah sendiri...