Thursday, January 21

It's All About You Mr Black


Salam... Sebenarnya aku baru sahaja selesai melakukan blog jogg (bukan blow job eh?) di semua blog kepunyaan student fact/puncak perdana. Rasa teruja membaca hasil pemikiran mereka dan berminat untuk tahu dengan lebih lanjut tentang dunia perfileman kita. Mungkin, kali ini akan mengubah pendapat aku berkaitan apa yang pernah aku postkan dulu. Dalam sedang aku bersiar-siar melihat keindahan bahasa dan komentar berkaitan filem, pandangan tumpuan aku beralih kepada satu post berkaitan Mr Norman Yusoff. Ya! Our ketua program.
Walaupun baru 4 semester di Puncak Perdana, aku turut berasa sedih apabila tahu yang Mr Norman akan melanjutkan pelajarannya di Sydney, Australia. Mungkin 3 tahun. Bukan apa, Mr Norman seorang yang baik, berkredibiliti, mengambil berat akan kepentingan student, open minded dan menarik. Personalitinya yang tersendiri pasti tidak akan dapat dilupakan oleh siapa-siapa. Seorang ketua program yang menyokong semua usaha anak didiknya agar terus berjaya dan melangkah setapak kehadapan lagi. Aku sangat berbangga dengan dia. Mak cik aku yang juga merupakan lecturer dia satu masa dulu turut mengatakan yang sama tentang beliau. Ahh, alangkah bahagianya kalau Mr Norman tetap berada di Fact bersama kami. Apa-apa pun, aku mendoakan yang terbaik untuknya. Semoga Allah akan mengurniakan keselamatan kepada beliau untuk melalui hari-hari yang mendatang di sana nanti dan kembali pada kami bila pulang kemari. Insya Allah.
We love u Mr Norman!

Kau Dah Rampas Dia Dari Aku


Kau. Kau dah musnahkan segalanya sayang. Kau dah musnahkan cinta aku. Kau dah buat aku patah hati. Kau dah rampas semuanya. Aku hendakkan dia dan dia adalah milik aku. Aku tak pernah buat dajal pada kau. Tapi kenapa kau mesti buat benda-benda macam ni pada aku? Kau tak takut dengan karma ke? Apa salah aku (air mata pepek menitis). Aku tahu kau tahu aku sayangkan dia. Tapi perangai dajal sundal kau lebih dari segalanya kan? Kau tak pernah fikirkan perasaan aku. Atau mungkin perasaan orang lain yang turut menyayanginya. Tak kan? Kau buat selamba walaupun kau tahu ramai yang bencikan kau. Kau buat muka kesian kau untuk tarik perhatian orang lain. Aku dah hilang sabar. Tunggu lah nanti. Aku dah tak punya sesiapa sekarang. Kau! Kau dah rampas semuanya. Daripada sayang, aku terus benci dengan kau. Kau buat aku meluat dan satu hari nanti, pasti pelempang jantan singgah kat muka kau. Percayalah. Kau memang insan jalang!