Tuesday, January 19

Ahh! I Fall In Love.


Ahhhhh!!! I fall in love. Susahnya bila dalam keadaan macam ni. Rasa tak senang duduk. Tengok sana muka dia, tengok sini ingat dia juga! Macam mana ni u ollss... I need house. Eh? Salah plak. I need a therapy. Please somebody help me! Huhu =(

Projek Skrip Filem Pendek "Bonggol Ke 5ima"

Sekarang, aku sedang bertungkus lumus untuk menyediakan proposal atau raph script untuk filem pendek yang bertajuk "Bonggol Ke 5ima". Idea yang datang tiba-tiba semasa dalam kelas tadi secara tiba-tiba membuahkan hasil. Aku memang langsung tak ada idea pada mulanya tetapi terpaksa juga mengerah otak sebab pitching idea ini sahaja sudah melibatkan 10% markah untuk final. Banyak juga idea-idea kreatif yang dipersembahkan oleh rakan-rakan yang lain dan diantara 21 cerita yang dicalonkan adalah :
Outerline by Tengku Idzuddin Tengku Idris (p.p.t, i.b.t)
"menceritakan tentang seorang kanak-kanak perempuan genius yang ingin membalas dendan terhadap orang yang merogolnya"
Habits by Syakira Isa
"menceritakan tentang seorang perempuan hingusan yang ingin memikat seorang lelaki tetapi mempunyai habit yang agak menjengkelkan"
Atheist by Shaida Azrin Mohd Shamsuldin
"menceritakan tentang seorang lelaki yang ingin menyampaikan ajaran sesatnya sendiri"
The Messages by Saiful Ismail (p.c.r)
"menceritakan tentang dunia sms yang complicated"
Frequency by Rusydi Amir Rodi (e.t.k, p.t.k, d.t.k)
"menceritakan tentang dua kumpulan pengganas yang berbunuhan sesama sendiri kerana perlawanan bola diradio"
Lukisan by Nur Ain Ajeerah Ahmad Damanhuri (b.m.k, s.k.t, p.t.t.k) 
"menceritakan tentang seorang lelaki yang tidak pernah menjumpai ibunya tetapi senantiasa menghasilkan lukisan yang menggambarkan seorang perempuan dan rupa-rupanya gambaran tersebutlah merupakan ibunya"
Ilussion by Nurul Baritsha Abdul Jabar
"menceritakan tentang seorang ibu yang berusaha mengubah ilusi anaknya sendiri"
Obssess by Noraziah Othman
"menceritakan tentang seorang perempuan yang berusaha untuk mencantikkan dirinya sendiri walaupun dia sedia cantik"
Crisis by Munawar Hafizie Mukmin Mohamed
"menceritakan tentang seorang doktor sakit jiwa yang sebenarnya merupakan seorang yang sakit jiwa"
Mamak by Muhd Faisal Muhd Noor (p.t.k, b.t.k, m.c.t, i.t.k)
"menceritakan tentang seorang personaliti tv yang mempunyai dua personaliti yang berbeza"
Dengar by Muhd Danial Faris Khairul Anuar (c.r.b, m.t.k)
"menceritakan tentang seorang pemuzik yang pekak" 
Bonggol Ke 5ima by Mohamad 'May' Yawmon
"menceritakan tentang seorang lelaki yang tinggal di sebuah kampung bonggol empat tetapi terlanggar bonggol yang kelima pada suatu malam"
Nasuha by Shazrul Supian (r.k.t)
"menceritakan tentang iman yang lemah"
Diluar Dunia by Muhd Rizal Abd Aziz (s.k.p)
"menceritakan tentang seorang perempuan yang ingin mencapai segala kemahuan yang mustahil tetapi berhasil juga pada akhirnya"
Cangkul by Muhd Ridzuan Harun (c.s, m.d.p) 
"menceritakan tentang seorang penggali kubur yang menggali kubur bagi orang hidup"
Tembok by Kamaredzwan Kamaruzzaman
"menceritakan tentang pelajar sekolah yang selalu cilok tetapi kantoi juga akhirnya"
Ego by Intan Qamarhani (a.e.m, p.t.k)
"menceritakan tentang 2 orang yang mempunyai tahap keegoan yang sama tetapi bersama juga diakhirnya"
Dua by Irda Kartini Irwan Helmi James 
"menceritakan tentang dua dunia yang berbeza"
Undur by Fazlinda Nawawi
"menceritakan tentang seorang kaki kerja yang berada dalam masa yang berundur"
Red Shoes by Ary Suriani Abd Halim (a.c.r)
"menceritakan tentang perjalanan sepasang kasut"
Allisya Abu by Ahmad Ashmeer Ahmad Fauzi
"menceritakan tentang seorang mak nyah 44 tahun yang berkahwin dengan seorang minah rempit 25 tahun"
Dan Top 5 yang berjaya ke peringkat seterusnya ialah
  1. Dengar by Muhd Danial Faris Khairul Anuar
  2. Undur by Fazlinda Nawawi
  3. Bonggol Ke 5ima by Mohamad 'May' Yawmon
  4. Frequency by Rusydi Amir Rodi 
  5. Alissya Abu by Ahmad Ashmeer Ahmad Fauzi 
Dan seterusnya, kami semua ditugaskan sebagai panel skrip dan terpaksa memilih krew-krew yang diinginkan. Bagi aku, untuk memilih krew yang diinginkan bukanlah satu kerja yang mudah kerana kalau silap memilih, pasti akan mendatangkan ketidakpuashatian dan rasa sakit hati. Dan aku amat mengharapkan krew yang telah dipilih, dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya untuk menjayakan projek kedua ini. Yang pastinya, aku akan membuat yang terbaik untuk "Bonggol Ke 5ima". Insya Allah.

Aku juga mengharapkan daripada korang-korang semua sedikit idea untuk filem pendek aku ni. Kerjasama amat-amatlah dihargai.


Projek MTV 'Dilamun Rindu'

Assalamualaikum. 
Pertama-tama sekali aku nak mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua talent dan crew production yang telah bertungkus lumus membantu dalam menyiapkan assignment pertama 'MTV Project' yang bertajuk 'Dilamun Rindu'. Projek MTV pertama di bawah kelolaan azahari zain atau abang zack ni betul-betul membuatkan kepala otak beku aku ni kembali berfungsi. Sebenarnya apa yang diinginkan oleh abang zack bukanlah se-complicated yang aku buat. Aku begitu bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan kali ini atau mungkin sebenarnya aku menyahut seruan teman-teman yang lain untuk DL semester ini. Insya Allah.
Terima kasih kepada Muhammad Taufiq Mohamed Ibrahim@Topec (main cast) yang sangat-sangat memberikan kerjasama walaupun terpaksa berpanas di kawasan perkuburan dan juga di lokasi berkaitan. Begitu juga dengan Carthinie@Tini (supporting cast) yang juga turut membantu dalam melengkapkan naratif cerita tersebut. Tidak dilupakan Tengku Idzuddin Nazrin Tengku Idris@Oden (director of photography), Muhammad Danial Faris Khairul Anuar@Dan (assist. dop), Jescica Redi Samuel Meliu (helper), Syazrul Farhan@Aerowl (editor off-line 1), Muhd Ridzuan Harun (editor off-line 2) dan Hamzi Hanafi Hamzah (pengangkutan). Wah! Lengkap. Dah macam production betul-betul plak kan aku buat. Tetapi berkat kerjasama dan usaha gigih merekalah terhasilnya music video aku yang pertama. Rasa macam sangat-sangat excited bila dalam proses menyiapkan video clip ni tetapo macam biasalah, ada sahaja halangan yang melanda.
Betul-betul tension aku dengan movie yang tidak boleh dipublishkan, Tak tahu plak kenapa. Kesilapan teknikal yang menyebabkan aku hilang mood untuk editing yang seterusnya tetapi syukur kehadrat illahi kerana usaha kami tidak sia-sia. Walaupun tidak berpuas hati dengan markah yang diberikan, tak apalah. Mungkin itu kesilapan yang biasa. First kowt.  
Antara yang tidak dapat dilupakan apabila aku begitu tertekan dan cemas semasa berada di kawasan perkuburan. Aku memilih Kawasan Perkuburan Islam Kiara di Damansara walaupun pada awalnya perancangan di Kawasan Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Kawasan yang aku pilih ini lebih senang nak cari berbanding dengan di Sek.21 yang entah dimana-mana letaknya kawasan tersebut. Sesampai di lokasi pertama, aku main petik jer mana kubur yang cantik dan kelihatan bersesuaian. Tetapi apa yang menganggu aku pada ketika itu ialah orang sekeliling yang memerhatikan kami. Kebetulan pada waktu tu, ada plak orang meninggal so, we're part of them. Bayangkanlah macam mana perasaan aku masa tu. Dah lah pinjam kubur orang. Bukannya boleh cakap "...mak cik, boleh pinjam kubur?". So, macam takut-takut juga lah. Ada pula shot yang memerlukan aku meniarap di tanah. Dah nampak macam orang tengah buat apa kau baring kat celah-celah kubur orang. Macam pelik tapi itulah yang sebenarnya berlaku. Sementara di lokasi kedua iaitu di Bukit Jelutong Sentral, ada scene yang memerlukan kami berada di tengah-tengah roundabout. Kelakar. Semua orang hon dan memerhatikan kami. Nak tak nak, buat muka tak tahu jer lah. Apa aku kira, yang penting aku director dan dapat shot yang aku nak. Memang penat lah. Tapi hasilnya, memang seperti yang aku harapkan. Memang best. Thanks korang semua.
Dah, itu jer nak cerita.
Tapi sebelum tu nak cakap, " mak cik, terima kasih bagi pinjam kubur ya? ".