Thursday, March 4

I'm Proud Of You, JOHN!

John... John... Aku kagum dengan kau. Kau memang terbaik diantara jantan-jantan lain yang ada kat puncak ni. Kau memang terbaik. Mungkin kerana skill 'berasmara' yang kau ada membuatkan kau disegani oleh jantan-jantan lain kat sini. Mampu yang lain?
John... John... Nak cakap kau handsome, tak jugak tapi aku pelik kenapa semua betina yang ada, terpikat dengan kau. Mungkin kerana kau macho, gentleman. Mana lah tahu kan? Dalam diam-diam kau, kau punya seribu satu rahsia perhubungan. Kalau aku ada peluang dan dapat cakap dengan kau, aku akan minta sikit tips bagaimana nak pikat perempuan. Tapi, macam mustahil lah. Kau selalu jer mengelak dari nak jumpa dengan aku. Kenapa? Kau takut aku jatuh cinta dekat kau ker? Insya Allah tidak. Aku masih ada pertimbangan lagi.
John... John... Lama dah aku tak nampak kau dekat puncak ni. Kau sakit ker? Kenapa dah lama tak keluar? Kalau aku terserempak kau pun, kau selalu kelihatan penat, letih, lesu. Kau sakit ye? Aku kesian tengok kau tapi macam mana ek aku nak tolong kau? Hurmm...
John... John... Izinkan aku 'kiss' kau. Boleh? Kalau dapat, aku nak dakap kau erat-erat. Penuh dalam dakapan aku! Mesti aku tak akan lepaskan kau. Walaupun kau kelihatan lebih berumur dari aku, aku tak kisah. Kau tetap comel.
John... John... Semua orang mungkin kenal kau. Kau adalah legenda di puncak. Semua orang akan keluar ke balcony kalau kau lalu. Sama macam aku juga, pantang dengar suara kau dari bawah, pasti aku menjenguk. Ah! Kau sangat err... dari atas. 
John... John... Aku suka kau lah bodoh! Tapi aku bukanlah seorang yang jahat untuk menjatuhkan perhubungan kau dengan dia. Dia yang mana, kau pasti lebih tahu kan? Mungkin aku tak layak untuk menandingi dia dan aku tahu kau mesti lebih sayangkan dia lebih dari segalanya. Kan? Kan? Tak apalah. Kau memang layak untuk dia dan dia juga layak untuk kau. Karang, apa plak orang cakap bila tengok aku dengan kau, berbual dengan kau, pasti ada mulut yang akan mengata. Malu lah nanti.
John... John... Anak-anak kau semua comel dan kelihatan seperti kau juga. Sumpah! Semuanya comel dan aku tak dapat nak menafikannya lagi. Kau adalah segalanya bagi anak-anak kau. So, jangan risau. Aku akan berhenti menyukai dan mencintai kau John. Tak sangka kau dah jadi bapa sekarang. Tapi, impian tetap impian. Aku akan try untuk grab it. Aku nak cium kau juga. Tak kira!
John...
- warkah untuk John (si kucing puncak yang gatal miang, perogol, rakus, everything)
=)