Tuesday, January 12

Same Opinion, Same Experience

Selasa -  Hari yang sangat-sangat sibuk. Dengan kelas dan pelbagai tugasan yang dibebankan di kepala. Aduh. Rasa penat sangat. Tapi mungkin itu hanya permulaan. Permulaan kepada satu perubahan baru. Entah macam mana, secara tak sengaja, aku dan rakan-rakan yang lain boleh terbincangkan pasal "REGRETION". Entah macam mana soalan cepu perak ni boleh keluar dari mulut seorang rakan yang mana bertanyakan pendapat aku tentang masa depan di Puncak (Dip. Screen). Urm. Cubalah anda semua bayang dan teka kan apa yang kami bincangkan? Begitu rancak perbualan kami sehingga tak perasan dah menyentuh lebih daripada pelbagai pendapat yang baru dan ada juga yang sama. 

Seorang daripada rakan yang turut serta menyertai sesi bual bicara begitu menunjukkan minat. Dia mengutarakan pendapat. Mengutarakan idea. Mengutarakan komen dan juga mengutarakan apa yang terpendam di benak hatinya. Dan dibenak hati aku pula, tak pernah pula aku menyangka akan berjumpa dengan seseorang yang mempunyai perasaan serta pendapat yang 99% sama. Selama ini, aku hanya beranggapan yang aku sahaja begitu tetapi rupa-rupanya ada 99% yang lain. Baru aku tahu.

Sedar tak sedar kami atau mungkin aku sudah berada di Puncak Perdana ini selama 4 semester dan pelbagai ilmu dan pengajaran yang telah aku pelajari. Tetapi, persoalan disini adalah : "adakah aku akan jadi seorang pengarah atau penerbit atau pengarah fotografi atau apa sahaja yang berkaitan dengan filem atau dalam konteks yang lebih jelas, terjaminkah masa depan aku nanti? ". Itu sebenarnya persoalan yang bermain di minda. Perkara macam ni kadangkala sukar bagi setiap individu untuk perjelaskan kerana masing-masing punya pendapat masing-masing tapi, bagi aku, aku berada di sini hari ini adalah kerana aku ingin membuktikan pada orang yang sentiasa memandang rendah akan kemampuan aku yang aku juga boleh berjaya dan menjulang segulung skrol diploma satu hari nanti. Mungkin dari situ, aku layak ke degree, master, phd dan seterusnya, we never know!

Aku berada disini hari ini kerana takdir. Tuhan dah takdirkan aku untuk belajar tentang filem sedangkan minat aku (first choice masa apply upu) dahulu adalah broadcasting-masscom. Itulah yang mak cik aku sebutkan pada aku. Mungkin tuhan dah tentukan jalan aku macam ni dan aku harus menerimanya dengan redha. Mungkin juga ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan segala ketentuan tuhan semestinya punya sebab musabab yang tersendiri. Kita tak tahu.

Bila kita terpaksa belajar benda yang kita tak minat, 0 yang masuk dalam kepala. Tapi aku cuba. Terus mencuba walaupun kadangkala ia sangat membebankan kepala. Aku tak silap buat keputusan. Mungkin. Tapi aku tidak boleh memandang kebelakang lagi. Dulu... persoalan yang sama seperti diminda rakan aku tadi juga pernah bermain diminda. Berkaitan hala tuju? Masa depan? Kekuatan? Aku harus yakin walaupun sebenarnya selama ini aku hanya menipu diri sendiri. Berhadapan dengan masa dan keadaan yang bukan dihujung jari. Tapi aku tetap yakin, Allah Maha Mengasihani. Apa yang mungkin aku perlukan kini, sokongan rakan-rakan dan bimbingan agar hati aku akan terus tetap disini, untuk menunaikan janji yang pernah dilafazkan satu masa dulu.

Anda punya komen atau pendapat membantu? atau mungkin anda mengalami masalah yang sama dihadapi oleh saya, rakan 1 dan rakan 2? Kongsikan lah semuanya disini agar kita sama-sama dapat memotivasikan diri kita sendiri.

Mood sekarang : tawar hati, 45% in class and the others dont know where it go!

No comments: