Friday, September 11

10 Malam Terakhir

Sedar tak sedar kita dah pun melalui Ramadhan yang mulia ni hampir 20 hari. So, meant kita dah berada dalam 10 malam terakhir? Kita tak tahu bila malam lailatulqadar kan? Tapi apa yang pasti, ia pasti ada, so marilah kita ramai2 membuat amal jariah agar dapat keberkatan daripada Nya. Tak lama lagi Syawal plak akan menjelang! Bila sebut jer sal Syawal, aku mesti akan rasa something! Nak cakap rasa sedih tak lah tapi rasa tersentuh bila syawal2 yang mendatang 3 tahun sebelum2 ni tak sama macam syawal2 yang pernah aku lalui dulu. Yer lah, syawal ni merupakan syawal ketiga aku tanpa seorang ayah. Masih fresh dalam ingatan aku bila kami dapat beraya bersama2 dulu. Bila time raya jer, arwah abah mesti akan. . .

"Mat, nah amik ni $200, belilah apa2 yang patut!" - arwah abah

"Mat, jom ikut abah g pasar beli barang nak masak. Nak tak?" - arwah abah

Masa tu 200 pun dah kira paling banyak nak beli baju ker, samping ker, apa ker! Meriah sangat bila nak raya. Arwah abah pasti akan beriya2 nak sambut memandangkan abang dan kakak2 tiri aku akan datang sambut raya pertama sama2. Bukan setakat tu jer, cucu dan cicit dia gak ada! So, means, memang akan meriah gila! Tapi tak lagi sekarang bila abah dah tak ada. Semuanya diambil alih oleh mak dan aku kesian sangat tengok dia. Raya bagi kami tak lagi meriah macam dulu. Kakak2 dan abang tiri aku tetap datang tapi rasa lain tu tetap ada bila orang yang paling tua dalam family dah tak ada. Raya2 yang lepas tak lagi macam raya dulu. Salunya pagi raya, kami akan tunggu kepulangan kakan2 dan abang aku tapi sekarang, aku ngan mak pulak yang dinanti2 kan pulangnya kami kekampung mak. So, means kami beraya di kampung dah. Bila tengah hari jer, kami pasti akan balk umah balik memandangkan kakak2 dan abang akan datang waktu petang. Urm, lain kan rasanya raya kali ni.

*tersentuh. mengalir air mata tiba2

Mercun dan meriam :

Salunya masa bulan pose, mak akan memulakan bisnesnya sebagai penjual mercun. Haha! Memang lawak gila. Aku pun tak main sangat sebab tak berapa nak berminat dengan benda2 yang letop2 ni. Fobia. Then, mesti mak salu kena marah sebab main mercun kat luar rumah sambil aku yang salu dok tengok. Dah macam aku lak yang mak kan? Macam2 mercun yang dia jual, aku pun tak tahu apa nama. Tapi yang aku salu main, mercun pop2. Haha. Bila nak raya jer,

"Samekom. Tok uda nak beli mercun"

Aku plak yang malas nak melayan karenah dak2 kampung yang tiap2 malam datang umah beli. Malam sebelum raya, salunya mak akan get ready nak masak2 untuk esok. Mak tak pandai nak buat ketupat n salunya kami akan beli yang dah siap atau lebih senang lagi, beli jer ketupat Nona. Siap tinggal masak jer kan? Aku lak malam raya pasti akan sibuk kemas rumah. Memandangkan aku jer yang ada kat umah, so akulah yang kena buat. Sambil tu, telinga ni dah naik bernanah dengan bunyi meriam yang berdentum dentum sana sini. Berlawan2. Itulah suasana raya kampung yang aku paling rindu. Dulu masa kecik2, aku tak berpeluang nak enjoy sangat main menda tu suma tapi tu lah. Sayang kan?

Pagi raya :

Salunya aku paling liat nak bangun masa pagi2 raya ni nak g sembvahyang raya kan? Tapi mak pasti akan kejut aku sampai bangun! Aku salu akan g masjid jalan kaki jer sebab tak bape nak jauh dan abah akan iring aku sama2 kat sebelah dengan nek basikal. Lepas tu, aku akan memohon maaf dengan abah dan mak sebelum aku akan bawak mak g ziarah kubur nenek kat kampung. Kalau dulu, pagi2 raya jer, pasti kak ngah aku akan sampai dulu sebelum kak long dan abang. Diorang dan family masing2 pasti akan stay sampai petang! Bestnya time tu.Tapi sekarang, aku akan g sembahyang raya sorang2 naik motor. Tak ada lagi dah abah yang akan teman aku jalan kaki. Sedihnya.

Ziarah kubur :

Raya pertama sebelum2 ni, aku akan bawak mak g ziarah kubur nenek sebelum ziarah kubur adik aku tapi raya kali ni... pagi raya jer aku akan bawak mak g ziarah kubur arwah abah dulu dan seterusnya arwah adik. Hening pagi salunya akan buat aku gugur air mata tapi spake dah menyelamatkan aku daripada mak nampak. Nanti dia lagi sedih, aku kena strong. Bila aku lihat batu nesan yang ada berukir nama Yawmon Bin Mohamed, aku kadang2 seperti tidak dapat menerima kenyataan. (ahh...) . Lepas jer ziarah kubur arwah abah dan adik, aku kali ni akan bawak mak g ziarah kubur arwah nenek dan datuk yang baru jer meninggal raya tahun lepas. Ah, banyak tul orang tersayang yang dah g tinggal kan aku tapi aku lagi sedih bila tengok kawan2 dan adik2 sepupu aku yang dah tak punya ayah masa diorang kecik sangat2 lagi. Apa yang diorang rasa agaknya kan? Urm.

Suasana raya :

Suasana raya yang pernah aku rasa dulu tak pernah lagi aku akan dapat kali ni. Berbeza sangat. Sekarang, aku salunya akan lepak kat umah atuk lama2 sebab semua ada kat situ. Kecik2 dulu, semua orang akan bagi duit raya tapi bila dah besar ni, tak ada pun dapat macam dulu. Diorang semua fikir bila aku dah ada kete sendiri, motor sendiri, rumah sendiri, aku dah kaya n tak payah dapat duit lagi tapi apa yang aku nak kan ialah suasana raya tu jer sebenarnya. Bukan duit ataupun apa2. Bila tengok kawan2 lain excited nak raya, aku pun rasa excited gak tapi sampai satu tahap nanti, aku mesti akan terdiam sendiri bila aku ingat balik semua kenangan yang pernah ada ni. Tapi lantaklah, selagi aku masih ada, aku akan happykan mak. Buat juga raya kami berdua jadi meriah dan happy walaupun disebaliknya penuh dengan kesedihan. Ahh.

Itulah raya bagi aku. . . korang?