Friday, December 11

New Job

Haha. I got new job! Happy sungguh. Daripada p/time promoter untuk Alain Delon (brief/underwear), kini aku diberikan jawatan assist supervisor di syarikat A.D Trends Sdn Bhd. Syarikat ni merupakan sebuah anak syarikat Alain Delon di Malaysia dan beroperasi di Taman Shamelin Perkasa, Cheras. Tapi tak lah bermakna aku bertugas disana. Jauh kot.
Mula2 aku ingat just nak tolong2 supervisor dia yang juga merupakan salah seorang kawan aku (shah) tapi tetiba dia cakap, dia dah serap aku masuk untuk jadi assist dia dan mula2 kerja jer dah diberikan tugas yang agak berat. Aku dan shah ditugaskan untuk set up satu counter baru Alain Delon di Parkson Kluang, Kluang Parade yang akan dibuka secara rasminya 17hb ini. Omg. Aku macam tak caya lak kan dapat buat menda macam tu. Bukan senang kot nak berada di post sekarang ni dan aku pun menjalankan tugas aku dengan suka citanya.
Counter yang aku kena set up tu bukan main lagi dia punya besar. Keje pertama pada hari pertama ialah wat price check dekat d/o yang diberi dan tampal harga pada item yang sejumlah 70 carton. Ohhh.. sangat penat dan memualkan tekak. Dah lah dalam kawasan tu masih lagi dalam proses renovation, panas, tak ada air cond dan kadang kala putus bekalan elektrik. Menahan jer lah panas kat situ.
Alhamdulillah, 2 hari lepas aku dah siap dengan kerja2 aku di dalam store n dah boleh set up counter. Job kedua selepas Exhibition Cinephoto yang lepas. Happy ar gak kan sebab diberikan kepercayaan sebegini tapi risau gak sebab job art kali ni melibatkan sektor perniagaan, bermakna apa yang aku akan buat ni nanti akan digunapakai sampailah Parkson tu lingkup satu hari nanti. Haha. excited sungguh aku nak buat. Ada beberapa pict yang akan aku displaykan kat cni tapi blom berkesempatan. Bila ada masa nanti, aku akan letak. Ok? =)