Wednesday, February 24

Knak Nya Mesti Jak Ada Dalam 24 Jam?

Sakit benak hatiku melihat kau senantiasa berada dengan si dia. 24/7 kau bersamanya, berdamping dengannya dan  pelbagai perkara lain kau lakukan dengannya. Kau selalu membangkitkan persoalan. Kenapa aku berubah? Tapi pernahkah kau bertanyakan pada diri kau sendiri, persoalan yang mungkin jawapannya ada pada diri kau sendiri. 
Sejujurnya aku tak tahu siapa dia dihati kau. Dan jujur juga aku tak tahu siapa aku dihati kau. Dan jujur juga aku tak tahu siapa kau dan dia dihati aku. Perasaan benci, sakit hati dan segala yang negatif mula berlegar dibenak hati. Menghantar mesej kepada minda untuk mula menjauhkan diri dari kau dan membenci dia.
Ya! Semua orang nampak dia baik. Begitu juga kau. Tapi pernah kau berada dibelakang penutup botol? Tidak! Dari situ nanti baru kau tahu siapa dia yang selalu berada dengan kau. Aku bukan tak mahu menyedarkan kau tapi mahu kau sedar dengan sendiri. Selepas itu nanti, kau akan tahu siapa dia dan siapa aku.
Semoga berjaya memilih jalan ke kilang kebahagiaan 24/7...