Tuesday, January 12

Pilihan Tepat / Keputusan Terlalu Cepat?

Post ini adalah link kepada post "Same Opinion, Same Experience"
 
Adakah aku dah buat satu keputusan yang betul dan tepat atau keputusan yang aku buat terlalu cepat? Semuanya berlalu terlalu pantas dan mungkin ketika itu, aku baru sahaja awal 19tahun. Tak tahu mana yang betul, mana yang salah. Tak tahu nak buat keputusan dengan bijak tapi sehingga hari ini, persoalan ini sering bermain diminda. Adakah keputusan aku meninggalkan Nilai International University College in Dip. Medical Lab Technology satu keputusan yang betul-betul betul? Disana, segala kemudahan dah pun diberikan. Aku ditawarkan Biasiswa Persekutuan dan 99% aku akan terus dapat pekerjaan. Kediaman bungalow double-storey dan kemudahan-kemudahan bertaraf antarabangsa juga dah tersedia. Tapi kenapa time tu aku tak nak ya? Aku tolak segalanya. Aku hanya berada di sana selama seminggu dan ia merupakan satu jangka waktu yang sangat menguji tahap kesabaran aku. Mungkin sebab keadaan persekitaran yang agak membosankan, suasana yang terlalu lalu mendamaikan, sunyi dari hiruk pikuk kota, housemates yang mungkin tidak sepadan, classmates yang mungkin tidak berkenan dan subjek yang sebenar-benarnya memberi tekanan. Tapi, kalau aku disitu, aku sah-sah akan terus dapat kerja dan kalau rezeki ada, mungkin boleh melanjutkan lagi pelajaran ke Egypt untuk Sarjana Kedoktoran yang akan memberi gelaran Dr Mohamad pada aku. Tapi, kesini juga aku datang. Daripada kesenangan kepada kesengsaraan. Tetapi mungkin juga kerana rakan-rakan. Mereka lebih terbuka kerana berjiwa seni dan kreatif. Tidak dungu dan ulat buku seperti di Nilai dahulu. so, mungkin sebab itu aku berada di sini.
Diploma Skrin
Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik
Universiti Teknologi Mara 
Kenapa aku berada disini? Kenapa aku memilih untuk kemari buat kali kedua? Mungkin kerana subjek disini lebih flexible dan tidak memerlukan tenaga perah otak yang melampau. Disini juga mungkin aku dah punya rakan-rakan yang secocok atau juga mungkin teman tersayang. Keputusan drastik yang aku buat dalam masa 15 minit telah mengubah kehidupan aku mungkin untuk 15 tahun plus plus akan datang. Tambah menyesakkan, aku tak mendapat sebarang pinjaman kewangan daripada Mara, Jpn mahupun PTPTN. Lebih masalah, kadangkala subsidi makanan yang sepatutnya kami sebagai student dapat pun tak dapat. Itulah yang aku katakan tadi, daripada gembira, aku pilih untuk derita. Derita yang sehingga kini telah membuatkan hidup aku dalam penyesalan walapun pada zahirnya, aku masih tidak pasti. Adakah patut untuk aku menyesal akan keputusan yang telah pun aku sendiri buat? Selalu aku fikirkan perkara ni bila ada masalah. Tapi tidak pula aku layankan sebab takut akan memakan diri sendiri. Entahlah. Mungkin aku patut menyesal tapi semua tu dah tak ada guna. Aku harus juga meneruskan perjuangan sebagai seorang insan seni (Sarjan Yo, 2009) walaupun pelbagai rintangan dan permasalahan yang timbul.
Persoalan yang masih lagi timbul hingga kini, "adakah masa depan aku akan terjamin nanti?" . Untuk menjawab soalan tersebut, taipkan ON KiMAK Y untuk Ya dan ON KiMak N untuk Tidak. Hantarkan jawapan serta butiran peribadi yang lengkap beserta saiz muka untuk disepak terajang ke www.shepardcinta.blogspot.com. Segala jawapan atau respon yang membantu, akan diberikan penghargaan dan yang tidak, akan mendapat 'pukimak hanjingan'.

3 comments:

jejaka anggun said...

KiMAK HANJ

Mohamad Hj Yawmon said...

haha. kimak hanj jer u! nak bagi apa yer ni?

omgpetch said...

siallah ada citation nama yo! bodoh.

ON kimak Y!

kita boleh buat may! percayalah!

*smbil nangis2