Tuesday, February 21

Assalamualaikum.

SubhanAllah. Dah agak lama meninggalkan blog ni. Dah macam-macam cara nak dapatkan balik sebab something went wrong with it sebelum ni. Tapi akhirnya berjaya juga dapatkan semula.

Harapnya, this will be a good time to start blogging back. Plus, sekarang saya dah ada 'stalker'. Hahaha. So, ini bagi memuaskan hati stalker baru saya. #moshimoshi

Friday, November 4

Aku nak juga.... tapi malangnya....

Assalamualaikum & Hi my followers and public readers. Korang apa khabar? Aku harap sangat yang korang semua dalam keadaan yang sihat-sihat belaka. Post kali ini focusnya lebih kepada meluahkan perasaan yang membeku dihati. Perasaan yang entah aku tak tahu nak expresskan macam mana? Bercampur baur. Sedih ada, gembira pun ada tapi apa-apa pun, aku nak namakan post kali ini sebagai “Aku nak juga... tapi malangnya...”. Nak tahu kenapa? Beginilah ceritanya bermula...

27 Oktober 2011, antara tarikh keramat, antara tarikh terpenting, antara tarikh bersejarah dalam hidup aku dan hidup kawan-kawan aku yang lain. Nak tahu apa yang istimewanya tarikh ni? Inilah tarik hari konvokesyen aku, Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-75 2011. Istimewa kan? Ya. Ia sepatutnya menjadi hari yang istimewa. Mungkin, sangat istimewa tapi...banyak hal yang membuatkan aku rasa ada yang kurang hari ini. Ish, apa entah perasaan dalam kepala ni tapi itulah! Perasaan yang duduk bermain jongkang jongkit dalam kepala otak! Ada juga yang duk menghayun buaian agar aku terus hanyut dan lena melayan perasaan dorongan  syaitan ni. Tak tahu mana silapnya. Tak ada silapnya lah kata otak kanan tapi otak kiri yang ada iblis syaitan ni duduk sibuk pujuk suruh nangis tunjuk kelemahan, hanjing! Aku tengok semua orang gembira hari itu, sangat gembira bersama keluarga masing-masing. Gembira dengan orang penting masing-masing! Tapi aku...

Aku nak juga...ada ramai family yang datang support dan meraikan hari besar dan istimewa ini tapi malangnya...hanya mak aku dan mak ngah yang datang, bersama dengan tiga orang sepupu aku yang lain. Bukan tak cukup ramai. Bukanlah nak bawak satu kampong atau segerombolan rombongan tapi kan best kalau ada family yang complete. Ada mak, ada abah. Abah? Hmm... lama dah abah tinggalkan aku. Tak sempat dia nak tengok hari penting ni. Masih terngiang-ngiang ditelinga aku masa berseluar pendek dan berhingus dulu, orang-orang tua, orang kampong suka kalau anak-anak diorang membesar dan berjaya. Dapat sambung pelajaran ke universiti dan kemuncaknya, mengenggam segulung skrol. Tak kiralah diploma atau ijazah. Asalkan, ada gambar anak dia salam dan terima skrol dari pro canselor yang mungkin sama umur dengan mereka. Tapi abah aku tak sempat nak tengok semua tu! Dia tak pun sempat nak tengok aku habis sekolah dan melangkah ke universiti ni. Inikan lagi nak memenuhkan salah satu tempat daripada dua jemputan tetamu untuk masuk duduk dalam dewan. Tak sempat. Haha. Tuhan lebih sayangkan dia, mungkin. Dalam dewan tu, ada video yang disediakan khas untuk pelajar dan tetamu iaitu ibu bapa yang membawa mesej yang sangat mendalam. Sangat sangat mendalam. Memang sedih dan menusuk kalbu. Tapi masa tu, aku hanya mampu tunduk. Diam je. Buat-buat macam tak ada apa berlaku tapi dalam hati, tak ada siapa tahu. Tak ada siapa. Aku keraskan hati. Toleh belakang, tengok semua mata merah, hidung merah, telinga merah. Tapi aku masih maintain dengan make up putih medium beige yang tebal, sembunyikan semua kemerahan yang ada. Toleh belakang, Nampak Hamzi tunduk. Walaupun tak nampak sangat merah sebab... haha, aku babi! Toleh lagi belakang, nampak Ika 113, bukan main rancak lagi nangisnya. Diam lagi, bertahan. Toleh belakang lagi, nampak Erol nangis merah sana sini. Masih lagi bertahan. Keras hati. Tapi sikit demi sikit, hati mula berdegup kencang. Dah nak terkeluar dan airmata tapi...tak! keras hati dah buktikan yang dia masih mampu bertahan. Kalaulah, kalaulah ada yang duduk sebelah aku tu jenis yang senang mengeluarkan airmata, matilah aku! Percayalah, muka buruk sebab nangis pasti kelihatan. Aku pasti, sangat pasti yang aku tak mampu nak mengawal keadaan. Tak mampu nak menahan airmata yang akan mengalir dengan penuh deras. Tapi Alhamdulillah, tuhan tak nak aku menangis macam pondan. Aku masih keras, jantan keras, keras hati! Nasib baiklah Yo yang duduk sebelah aku dan dia pun cool je, tak kan lah aku nak nangis teresak-esak sebelah dia kan? So, terima kasih Yo. You dah buat i jadi lelaki. Hee... Itu baru cerita di dalam dewan. Belum ceritanya diluar. Apa yang aku pasti, mesti mak menitiskan air mata masa aku kat atas stage tu. Apatah lagi dengan video yang sedia ada tu! Mesti kalau ditadah, boleh dapat setempayan airmata mak aku. Haha. Dah lah jenis senang nak nangis, tapi itulah. Masa nak naik stage, rasa sangat sangat sangat takut. Control je senyum sepanjang perjalanan dengan harapan gambar yang akan keluar nanti, cantik. Nak gantung kat rumah kat kampong kan. Bukti! Tapi bila dah turun, rasa macam nak naik lagi! Nak jerit-jerit atas stage tu tapi mampu ke kau? Haha. Tak pasal-pasal kena halau pulak kan? Itu baru cerita dalam dewan, bila kat luar dewan, lain pulak ceritanya. Aku keluar, tengok sangat sangat sangat sangat ramai mak bapak adik kakak kawan-kawan aku. Pegang bunga besar-besar, peluk cium segala tapi aku...

Aku nak juga...ada satu family yang complete dan besar tunggu aku kat luar tu dengan bunga besar, bear besar tapi malangnya...malunya nak cerita! Sekarang ni pun, airmata dah mula nak keluar tapi aku tahan. Ada cerita best kat TV3, pencalonan Anugerah Skrin : Kemaafan Yang Tertangguh. Macam nak berhenti menulis tapi, rasa macam nak teruskan je. Mata mula curi-curi tengok tv sekarang ni tapi otak masih disini. Saja, nak buat airmata lupa. Lupa yang dia patutnya dah keluar tadi. Yes! Aku berjaya. Sambung cerita, aku nak sangat bila aku keluar tu, family aku bagi bunga kat aku! Tapi time tu, keluar-keluar je mata kau dah mula melilau cari mana family aku. Mana mak? Mak, mak kat mana? Aku berjalan meredah orang yang sangat ramai. Rasa macam kerdil je time tu. Tengok kanan, orang tu dengan family dia. Gembira! Tengok kiri, orang ni dengan family dia, juga gembira! Aku hanya mengekor bontot Petchai konon-konon macam tak ada apa tapi aiiiiiii...hanya Tuhan je tahu macam mana rasanya aku pada masa tu! Jalan punya jalan, aku jumpa juga dengan mak dan mak ngah aku. Kesian diorang. Duduk bawah pokok petai mini. Panas. Mana aku nak bawa dioarang ni. Ha, ada pun tempat redup! Aku buat-buat gembira! Senyum lebar walaupun padahalnya, mata ini bila-bila masa saja boleh mendung! Sempat bertanya mana lagi tiga orang, mak ngah cakap, diorang pergi beli apa entah. Nak bagi pada aku! Ha? Ada juga akhirnya. Walaupun tak seberapa, tapi aku besar hati. Bersyukur sangat-sangat pada tuhan. Masih ada yang ingat pada aku. Bukan tak ada langsung, ada. Cuma, ianya tak sama macam yang kawan-kawan lain pegang. Comel je aku punya. But, aku suka! Ianya dah cukup bermakna. Sangat sangat bermakna. Aku ada juga dapat bear dari Minah, dia dah bagi siap-siap dah dari Batu Pahat tapi aku tertinggal. Lupa nak bawak. Menyesal pun ada sebab tak bawak. Aku jalan sana sini, ada yang pegang bunga BESAR, beruang BESAR, ahh! Macam-macamlah yang besar. Tapi aku hanya pegang satu je bunga kecik. Alah, tak kemananya pun hadiah-hadiah tu semua sebenarnya tapi...bila aku fikirkan balik, ini mungkin konvokesyen aku yang pertama dan terakhirnya. Mungkin! Itu yang membuatkan aku tambah sedih. Kalau aku sambung belajar, tak apa. Kekurangan yang ada pada hari ini, boleh touch up masa konvokesyen satu lagi tapi kalau dah ini je satu-satunya konvokesyen aku, tak ke haru? Tapi aku masih lagi mampu memegang kata, keras hati. Aku diam je. Aku masih lagi buat-buat gembira. Ambil kamera dan pergi ke orang ramai. Ambil gambar dengan orang tu, ambol gambar dengan orang ni. Semuanya kena ambil sendiri. Sedih lagi! Hanjinglah perasaan ni. Macam sial! Tengok depan, kakak Ceyda yang amikkan gambar. Pusing kiri, mak cik Hamzi yang amikkan gambar, banyaklah. Tak terkira. Terdetik juga hati pada waktu tu! Rasa macam..macam macam macam lah! Ada, ada yang seronok! Kami buat flashmob. Ramai-ramai. Semua orang tengok. Rasa sangat gembira. Gembira buat saat terakhir bersama dengan kawan-kawan yang kurang rapat. Gembira memang terasa sampailah satu saat ada pak cik ni sabo pergi terpijak kami punya plug dan termati lagu tu. Adoiyaiii. Memang nak kena bunuh lah pak cik tu! Haha. Tapi, rasa terkilan pun ada juga! Terkilan sebab tak hafal step flash mob tu betul-betul. Ingatkan tak jadi, tapi my batchers are so awesome!!! Haha. Seronoklah ingat saat tu. lepas daripada tu, sesi amik amik gambar pun bermula...semua seronok amik gambar dengan family dan sanak saudara masing-masing tapi aku...

Aku nak juga...amik gambar family ramai-ramai. Amik gambar family dengan mak, abah, kakak, abang dan adik kalau ada. Tapi, semua macam sia-sia. Kenapalah aku cakap benda yang sia-sia. Mak memang ada, kakak memang ada, abang memang ada tapi hanya mak je yang betul-betul ada. Kakak dan abang aku, walaupun saudara tiri, aku tak ajak diorang datang. Sebab, entah sebab apa ek? Mungkin sebab aku nak bawak yang lagi penting! Sedih juga bila teringatkan dioarang, mungkin diorang tak ingat. Tapi bila balik dan online facebook, ada juga komen tahniah dari kakak sulong aku. Rasa macam terubat sikit. Aku tahu dia ingat dan aku gembira dapat ucapan tahniah tu daripada dia walaupun ianya hanya sekadar di alam maya. Abah? Masih lagi abah. Aku tengok kawan-kawan aku seronok bergambar dengan mak abah masing-masing. Walaupun ada yang tak complete, tapi bila dapat bergambar dengan mak dan abah yang dah besarkan kita hingga ke tahap itu, ianya merupakan satu saat yang sangat menggembirakan. Hadiah! Hadiah untuk susah payah mereka selama ini. Membesarkan aku dan memberikan didikan yang sebaik-baiknya sehinggalah aku mampu untuk berada di isitiadat ni. Terima kasih mak abah. Terima kasih banyak banyak. Ada satu saat, aku ternampak mak Amar. Mak cik yang pernah aku jadikan tempat menumpang kasih. Bapak dia pun ada sekali. Aku peluk mak Amar banyak banyak kali. Rasa rindu yang tak tertahan. Ada juga bergambar dengan diaorang. Rasa seronok tengok gambar tu. macam a complete family. But still, my dad wasnt around. Nak bergambar dengan mak abah macam Amar, macam Erol, macam Epul, macam Kimi, macam yang lain-lain. Nak sangat!!! Huwaa...  Gambar punya gambar, dia datang. Dia minta aku amikkan gambar dia dengan kawan-kawan lain. Time tu aku tunggu je dia cakap nak bergambar dengan aku tapi malangnya, tak ada. Haha, perasan lah aku ni! Tapi, ada satu saat tu, dia ingat! Dia minta orang amikkan gambar kami berdua. Ingat juga dia pada aku. Ingatkan tak. Kalau tak, tambahlah sedih kan? Ish, macam mana boleh masuk dia dalam cerita ni lah! Masih lagi dalam mood yang sama. Mood yang tak menentu. Pada ketika ini, aku berhenti menaip seketika, tonton drama TV3. Boleh tahan. Tapi ada pulak perkara yang membuatkan mood aku turun dan naik. Tapi tak apalah. Tak usah diperbincangkan. Selain daripada itu, ada lagi...

Aku nak juga...ada banyak jambangan bunga dan hadiah yang pelbagai dihari istimewa ini namun malangnya...aku bukan datang dari family yang macam itu. Selain hanya melihat rakan-rakan yang lain bergembira dengan adanya family yang datang, aku juga hanya mampu melihat orang lain menjerit kegembiraan dengan adanya hadiah dan kejutan yang pelbagai. Contohnya, bila aku naik kerumah Epul, aku nampak ada banyak banyak banyak jambangan bunga kat atas meja dan katil dia. Meaning, dia dapat banyak. Mungkin dari ahli keluarga dia atau juga mungkin dari kawan-kawan dia. Macam tu juga Petchai. Dalam masa yang sama, aku nampak dia pegang handphone baru. Mungkin, itu pemberian daripada mak ayah dia atau juga mungkin hasil dia tarah duit mak ayah dia belikan dia handphone tu. entahlah. Apa apapun, konsepnya sama. Hanya mampu melihat. Malam tu, aku keluar berhibur. Karaoke bersama teman-teman yang lain. Nak celebrate konon-kononnya. Tapi, masuk-masuk je Hanis dalam kereta, dia cakap yang dia akan pakai Blackberry. Kakak dia bagi sempena konvokesyen dia ni. Bestnya. Dapat taka pa aku cuba sampaikan. Aku juga menanam harapan yang aku nak berada ditempat mereka namun pada saat ini, aku hanya mampu melihat. Aku tak dapat semua tu. mungkin sebab tak ada sesiapa nak bagi. Mungkin tak mampu. Itulah. Macam-macam sebab ada. Beratus-ratus ribu duit yang arwah abah tinggalkan dah habis macam itu saja. Tak tahu kemana hilangnya pelaburan duit tersebut. Dulu, ya! Aku memang mewah. Sangat mewah. Tapi bila abah dah tak ada, aku rasa susah. Aku rasa apa itu erti kesusahan dan apa itu erti pengorbanan. Kini, aku terpaksa berjimat. Banyak lagi perkara penting yang memerlukan pelaburan. Bukan pada perkara-perkara kebendaan yang aku inginkan. Namun itulah naluri remaja macam aku. Aku nak juga apa yang orang lain dapat namun malangnya kini, aku hanya mampu melihat. Lihat, senyum dan makan hati sorang-sorang. Aku tak pernah nak cerita kat sesiapa sebab aku tahu, bukan semua orang nak dengar cerita sedih kita. Bukan senang nak cari kawan menangis sekarang. Cerita sikit mesti dah bosan. Kita mana tahu kan? Kalau ada yang baca ni pun, aku rasa bersyukur sebab sudi nak teruskan pembacaan. Senang kata, aku hanya berani cakap dalam ni. Tak berani dan tak mampu nak cerita depan depan sebab aku pasti SYABAS dan SAJ akan bantu aku menangis tak habis habis. Bagi bekalan air mata yang secukup-cukupnya. Oleh sebab itulah, aku selesa menulis. Banyak perkara yang dah aku tulis tapi tak pernah aku postkan. Mungkin sebab takut, malu. Macam macam rasa ada sekarang ni. Rasa yang tak tahu nak expresskan macam mana. Sampai sekarang ni pun, aku malu nak teruskan menaip sebab takut banyak yang korang akan tahu nanti. Betapa bodohnya aku kan. Kalau boleh, jangan tanya apa-apa kalau kita berjumpa. Oh, aku tak dapat bayangkan betapa tebalnya mekap yang aku harus pakai untuk tutup malu dan betapa banyaknya duit perlu aku rasuah pada mata agar jangan keluar airmata. Itu korang tak tahu, aku saja. Biarlah ianya hanya dalam alam maya ini dan bukan pada dunia realiti. Yes! Mungkin korang lihat aku seorang yang cukup strong di dunia nyata. Ya! Aku memang hebat. Mampu. Mampu sembunyikan sedikit kesedihan dan keperitan yang aku alami. Kalau ada yang dapat juga tangkap perasaan sebenar aku. Maknanya aku lemah. Tapi atleast bagilah peluang pada aku untuk cakap pada diri aku sendiri yang aku hebat! Boleh kan? Hee...

Saat ini, aku amat memerlukan sokongan. Sokongan dari siapa? Itu aku tak pasti. Yang aku tahu, aku dah lemah. Aku tak mampu berdiri lagi. Setiap saat tika ini, apa yang bermain diminda adalah berkaitan dengan masa depan. Entahkan cerah. Entahkan gelap. Macam mana lepas ni? Aku tak nampak jalan aku. Gelap sangat depan tu. aku hanya dengar suara-suara kecil yang cuba bawak aku kesana namun aku masih kaku. Aku perlukan huluran tangan yang boleh pimpin aku ke jalan masa depan yang sebenar. Bukannya aku malas nak bergerak sendiri tapi aku kurang pasti mana jalan yang betul. Tolonglah! Aku takut aku tersesat dalam menghadapi cabaran dunia yang mendatang ni. Aku takut! Boleh nampak dari mata aku. Boleh nampak dari kata-kata aku! Boleh nampak dari cara aku mendengar kata-kata korang. Aku rasa macam dah jadi buta dan pekak. Buta dan pekak dari melihat masa hadapan. Andai kata ketika ini ada tangan yang sudi menghulurkan bantuan, bantulah! Tolonglah. Aku tak malu saat kau cakap kau nak tolong aku. Masa tu, aku hanya akan tersenyum sebab tuhan dan makbulkan doa kecil aku. Ya Allah, kau bimbinglah aku ke jalan yang benar dan kau kurniakanlah pada aku sahabat yang akan bersama aku, harungi susah dan senang bersama aku dan yang akan memimpin aku ke jalanmu Ya Allah. Untuk saat ini, kau biarkanlah aku sendiri untuk menenagkan fikiran yang gusar. Biarkanlah aku sendiri belajar cara untuk keluar dari belenggu kedukaan ni. Apapun yang berlaku pada 27 Oktober 2011 yang lalu, akan aku jadikan ianya satu memori yang tak akan aku lupakan sampai akhir hayat aku nanti. Insya Allah, aku tak akan biarkan anak cucu aku nanti, mahupun anak saudara saudara aku dan mungkin anak sahabat sahabat aku berjaya! Aku akan cuba untuk bantu dan memberikan semangat pada mereka. Ya, dulu selalu saja aku tengok dalam TV, ibubapa berkorban demi masa depan anak anak agar tidak menjadi seperti mereka. Tapi kini, giliran aku. Ya! Aku tak akan biarkan anak anak selepas aku susah dan jadi seperti aku. Terpaksa menamatkan pelajaran disaat hati meronta-ronta nak sambung lagi namun keadaan belum lagi mengizinkan. Ya! Akan aku pegang kata-kata ini. Percayalah. Dan, buat kawan-kawan yang masih lagi menyambung pengajian, belajarlah rajin-rajin. Janji aku untuk belanja korang Chillis andai kata korang dapat pakai selempang pink tu bukanlah satu kata kata atau janji kosong. Aku akan tunaikan. Ianya tak bertujuan untuk mencabar korang sebab aku tak yakin akan kebolehan korang tapi ianya adalah pembakar semangat untuk korang terus berjaya. Walaupun aku tak berjaya, dengan melihat kejayaan korang, aku tahu aku pasti akan tumpang gembira. Ahh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, October 16

Masih Mencuba Untuk Kembali...


Assalamualaikum, bloggers!!! rindu gila dengan korang. rindu sangat nak ikuti perkembangan dan baca cerita-cerita korang, rindu nak dapat ulasan membina mahupun yang menghina dari korang, fuck! rindu gilalah pada semua senang cakap. haha :D lama sangat dah aku tak menulis apa-apa kat sini. masa yang mengekang dan kemudahan yang menghalang. mungkin aku akan kembali namun belum tentu lagi bila. cewah, macam nak buat comeback segala kan? banyak gila yang nak diceritakan bersama. tapi macam awkward sebab dah lama kan tak menulis. tangan nak type pun macam kaku beku! banyak, banyak sangat cerita yang ingin dikongsikan bersama. cerita yang mungkin aku boleh klasifikasikan sebagai penuh drama, tangisan air mata, air  dalam kain segala, macam-macam lagilah. ada, ada diantara cerita yang sudah sekian lama dikarang namun masih tidak terpapar disini. banyak halangan yang mengekang sejak banyak mata dan anasir liar yang memandang. bukan nak men'deny'kan yang blog ni tempat umum, semua orang boleh baca tapi bila datang stalker-stalker aktif yang suka buat kerja haram jadah tu, susah juga kan? haha , dah tak privacy lagi dah you'all...tapi tak apa. kita nak jadi semua! cerita, cerita dan cerita lagi, banyaklah cerita nak bagitau. gosip-gosip tempatan, karenah orang ramai (jauh mahupun dekat dan sangat dekat). terima ajelah kan pandangan aku! lantak akulah nak tulis apa. kalau suka, baca! kalau tak, tinggalkan!!! atau, delete terus! kan senang! haha. maaflah, penulisan aku tak sebunga dan ikut etika penulisan bahasa yang betul tapi aku selesa macam ni. senang baca, senang faham. tak payah nak kena kerut dahi semua, lame... kuang, kuang, kuang.

sejak dah lama tak membaca blog-blog kalian, tadi aku sempat singgah dekat beberapa buah blog yang selama ini memang menjadi 'pusat' persinggahan aku. seronok, teruja dan best sangat bila baca apa yang korang tulis. apa yang korang luahkan dan juga apa yang korang kongsikan. kelakar! haha. dah macam orang gila aku gelak sorang-sorang. memeriahkan suasana yang sunyi sepi (semua tidur). tapi memang best lah! tahniah korang sebab MAMPU hasilkan karya yang menarik, cewah! haha. aku pun nak try juga nanti, nak kemabli aktif disini berkongsi cerita. mungkin minggu depan kita akan kembali. nampak tak propa lebih? haha.

rasanya masih tidak terlewat kalau aku nak ambil kesempatan yang ada ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011, Maaf Zahir & Batin. haha, dah lambat sangat dah ni. tapi tak apa, kita langgar sahaja. tak kan time raya je nak cakap selamat hari raya kan? boleh je kalau nak cakap pada bila-bila masa dan dimana jua! haha. ha, aku juga nak ucapkan semoga berjaya kepada semua kawan-kawan seperjuangan yang masih lagi meneruskan pembelajaran di universiti seluruh Malaysia. aku harap korang akan belajar rajin-rajin dan jangan nakal-nakal. gunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya! kalau boleh, jadikan pengalaman masa diploma dulu tu sebagai batu lonjatan untuk korang terus rajin dan maju kehadapan. baru semester satu kan? so, kotang buat sehabis baik. dapatkan pointer tinggi-tinggi yang akan menyelamatkan korang sepanjang semua semester nanti (nampak tak elemen menyesal sebab pointer rendah). haha. tapi apa-apapun, gunakan lah peluang yang ada sehabis baik! senang cerita! okaylah korang, aku rasa sampai sini dulu post untuk kali ni. mungkin, mungkin aku akan kembali lagi pada masa akan datang. kita share lagi macam-macam ya? tapi janganlah risau, terkadang aku ada juga bukak korang punya page untuk check perkembangan korang dari semasa ke semasa tapi untuk meninggalkan komen, belum lagi sempat, haha. tapi, kalau nak betul-betul keep in touch with me, why not korang yang belum add i kat laman sosial mukabuku tu untuk add i. kita gosip-gosip dekat sana, komen-komen, romen-romen, hura hurayyy segala, haha. korang just perlu cari 'May Voiman' dan i approve korang dengan mudahnya kalau kita yakin itu adalah korang, my lovely bloggers! oleh itu, tata buat masa ini! love you all, xoxo!!!

Friday, April 15

Menyampah!

aku rasa menyampah dengan perangai kau. dah lama dah aku pendam. dah lama dah aku tahan. sebab apa, sebab nak jaga hati kau. hanya aku yang faham kau macam mana. kau gilakan perhatian, nak sentiasa orang pandang kau apa semua tapi kau jangan lupa. kau kena ingat yang tak semua orang tahan dengan perangai kau, perangai ngada-ngada kau yang melampau. sangat-sangat melampau. aku mula rasa jelak, muak! menyampah yang teramat sangat-sangat. menyesal aku minta maaf sebab tak guna. kau anjing! aku benci kau. nasib baik aku dah tak lama dengan kau. sekejap je lagi benda ni semua akan berakhir. lepas ni kau tengok lah, siapa kawan kau yang betul-betul tahan dengan perangai kau. satu persatu komen aku dengar daripada kawan yang kau selalu bangga-banggakan. sedih! aku sedih tengok hidup kau. penuh DRAMA!!!

Wednesday, December 8

Rindu Teman Blogger!



Banyak benda nak cerita, dah lama tak bersua. Haha! Entah apa-apa. Hai kawan-kawan blogger semua. Lama gak kan kita tak cerita2? Sorry lah ye? Busy sikit kebelakangan ni. Hmm, rasa rindu nak tau cerita anda semua. Cewah, lebih je kan ayat. Sebenarnya banyak benda yang dah berlaku sepanjang aku menyepikan diri cuma tak ada masa nak story. Lagipun, tak tau nak mula dengan yang mana satu. Apa-apa pun, post kali ini mungkin menjadi pemula yang terbaik sebelum post-post yang akan datang nanti. Tunggu! Cewah...

Sunday, September 26

Tuesday, May 18

Susah Jadi Orang Kampung!

Aku tak tahu kenapa mulut orang kampung ni macam sial! Kalau nak cakap semua, nanti semua terasa! Aku pun orang kampung juga tapi tak ada lah perangai macam kau manusia sial. Aku tak tahu apa masalah yang pernah aku buat dengan kau! Kalau nak cakap kau rakan sekelas aku, tapi tak! kau ORANG TUA! Kau bukan sesiapa dalam hidup aku dan aku tak takut untuk katakan ini, memang LAHANAT lah hidup kau nanti.

Aku tak nampak apa permasalahan yang timbul untuk kau timbulkan fitnah atau pada kau gosip. Kau tahu tak gosip yang kau buat ni bukannya mendatangkan populariti pada aku tapi mendatangkan masalah. Kau buat hidup aku jadi pecah belah dan aku benci kau. Kau memang dasar manusia tak guna wahai perempuan tua! Kau canang sana sini cerita aku dengan dia padahal aku dengan dia dah lama tak jumpa. Tak pernah bertegur sapa dan apa semua. Kau apa tahu? Yang kau tahu, enak kau cakap macam-macam ya? Kau ingat aku tak tahu? Bukan sekali dua aku dengar kau buruk-buruk kan aku! Ha? Aku tak tahu nak lepaskan geram pada kau macam mana. Serah lah pada tuhan nak balas kau macam mana nanti. Kau cakap anak orang tapi kau jangan lupa, kau pun ada anak juga! Anak kau akan alami apa yang aku alami sekarang. Percayalah. Kalau tak, aku akan pastikan dia merana. Biar kau mati orang tua tak sedar diri. Jangan lah nak salahkan budak-budak zaman sekarang kalau tak reti nak hormat orang tua kalau dah perangai orang tua macam sial. Tak hormat privacy orang lain. Kau duduk rumah kau, jaga makan pakai laki dengan anak kau sudah lah. Bila sampai waktu nak romen, serah puki kau! Bukan g luar, fitnah itu, fitnah ini!

Apa yang dapat aku simpulkan daripada masalah yang kau dah timbulkan ni adalah sebab kau miskin kan? Kau jeles tengok kesenangan dan kebahagiaan orang lain! Kan? Sapa suruh kau jadi betina bodoh? betina sundal? Kau sendiri yang tentukan jalan kau. Macam mana hidup kau tak melarat. Aku yakin hidup kau lepas ni tak akan senang dan laki kau pun akan tinggalkan kau tak lama lagi. Dasar perempuan tua murahan. Kau tengoklah nanti, kau akan mati lebih busuk daripada segala pukimak yang busuk! Ahh!!! Tension dan susah jadi orang kampung! (masyarakat bersosial konon, PUKI!)