Sunday, October 16

Masih Mencuba Untuk Kembali...


Assalamualaikum, bloggers!!! rindu gila dengan korang. rindu sangat nak ikuti perkembangan dan baca cerita-cerita korang, rindu nak dapat ulasan membina mahupun yang menghina dari korang, fuck! rindu gilalah pada semua senang cakap. haha :D lama sangat dah aku tak menulis apa-apa kat sini. masa yang mengekang dan kemudahan yang menghalang. mungkin aku akan kembali namun belum tentu lagi bila. cewah, macam nak buat comeback segala kan? banyak gila yang nak diceritakan bersama. tapi macam awkward sebab dah lama kan tak menulis. tangan nak type pun macam kaku beku! banyak, banyak sangat cerita yang ingin dikongsikan bersama. cerita yang mungkin aku boleh klasifikasikan sebagai penuh drama, tangisan air mata, air  dalam kain segala, macam-macam lagilah. ada, ada diantara cerita yang sudah sekian lama dikarang namun masih tidak terpapar disini. banyak halangan yang mengekang sejak banyak mata dan anasir liar yang memandang. bukan nak men'deny'kan yang blog ni tempat umum, semua orang boleh baca tapi bila datang stalker-stalker aktif yang suka buat kerja haram jadah tu, susah juga kan? haha , dah tak privacy lagi dah you'all...tapi tak apa. kita nak jadi semua! cerita, cerita dan cerita lagi, banyaklah cerita nak bagitau. gosip-gosip tempatan, karenah orang ramai (jauh mahupun dekat dan sangat dekat). terima ajelah kan pandangan aku! lantak akulah nak tulis apa. kalau suka, baca! kalau tak, tinggalkan!!! atau, delete terus! kan senang! haha. maaflah, penulisan aku tak sebunga dan ikut etika penulisan bahasa yang betul tapi aku selesa macam ni. senang baca, senang faham. tak payah nak kena kerut dahi semua, lame... kuang, kuang, kuang.

sejak dah lama tak membaca blog-blog kalian, tadi aku sempat singgah dekat beberapa buah blog yang selama ini memang menjadi 'pusat' persinggahan aku. seronok, teruja dan best sangat bila baca apa yang korang tulis. apa yang korang luahkan dan juga apa yang korang kongsikan. kelakar! haha. dah macam orang gila aku gelak sorang-sorang. memeriahkan suasana yang sunyi sepi (semua tidur). tapi memang best lah! tahniah korang sebab MAMPU hasilkan karya yang menarik, cewah! haha. aku pun nak try juga nanti, nak kemabli aktif disini berkongsi cerita. mungkin minggu depan kita akan kembali. nampak tak propa lebih? haha.

rasanya masih tidak terlewat kalau aku nak ambil kesempatan yang ada ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011, Maaf Zahir & Batin. haha, dah lambat sangat dah ni. tapi tak apa, kita langgar sahaja. tak kan time raya je nak cakap selamat hari raya kan? boleh je kalau nak cakap pada bila-bila masa dan dimana jua! haha. ha, aku juga nak ucapkan semoga berjaya kepada semua kawan-kawan seperjuangan yang masih lagi meneruskan pembelajaran di universiti seluruh Malaysia. aku harap korang akan belajar rajin-rajin dan jangan nakal-nakal. gunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya! kalau boleh, jadikan pengalaman masa diploma dulu tu sebagai batu lonjatan untuk korang terus rajin dan maju kehadapan. baru semester satu kan? so, kotang buat sehabis baik. dapatkan pointer tinggi-tinggi yang akan menyelamatkan korang sepanjang semua semester nanti (nampak tak elemen menyesal sebab pointer rendah). haha. tapi apa-apapun, gunakan lah peluang yang ada sehabis baik! senang cerita! okaylah korang, aku rasa sampai sini dulu post untuk kali ni. mungkin, mungkin aku akan kembali lagi pada masa akan datang. kita share lagi macam-macam ya? tapi janganlah risau, terkadang aku ada juga bukak korang punya page untuk check perkembangan korang dari semasa ke semasa tapi untuk meninggalkan komen, belum lagi sempat, haha. tapi, kalau nak betul-betul keep in touch with me, why not korang yang belum add i kat laman sosial mukabuku tu untuk add i. kita gosip-gosip dekat sana, komen-komen, romen-romen, hura hurayyy segala, haha. korang just perlu cari 'May Voiman' dan i approve korang dengan mudahnya kalau kita yakin itu adalah korang, my lovely bloggers! oleh itu, tata buat masa ini! love you all, xoxo!!!