Sunday, March 14

Mimpi (eh, aku mamai ker ni?)

Semuanya bagai sebuah mimpi. Tak tahu nak cakap mimpi yang macam mana. Tak tahulah samada mimpi baik atau mimpi buruk. Semuanya bermula apabila...
Aku tidur yang teramat lama. Dari jam 4 pagi hingga 7 malam hari keesokannya. Segala yang berlaku pada hari tersebut, tidak aku endahkan. Apa yang aku tahu, hanyalah tidur. Tidur yang lama bagi membalas segala tidur yang tidak cukup sebelum-sebelum ini. Ahh! Aku puas. Bangun dari tidur, aku terus membuat panggilan. Mengajak beberapa orang kawanku untuk makan. Bangun tidur, makan dan kemudian apa agaknya? Tidur balik. Haha. Aku memakai baju melayu maroon pergi menunggu beberapa kawan yang lain di gazebo dan tanpa aku sangka si dia juga memakai baju melayu. Mimpi! Secara tak sengaja, kami memakai baju melayu yang sama pada waktu yang sama dan untuk tujuan yang sama, makan. Semasa di kandang, kami berbual-bual tentang perkara yang entah apa-apa. Tapi yang pasti, aku mamai waktu tu. Tiba-tiba si dia meluahkan keinginan untuk menonton wayang, Alice In Wondland. Tanpa berfikir panjang, aku mengiyakan dan kami decide untuk menonton wayang malam itu dengan BERBAJU MELAYU. Aku memandu dengan sangat laju bagi mengejar waktu tayangan 10.15 tapi tak sempat lalu terus membuat keputusan membuat u-turn ke Tropicana City. Keadaan di TC agak lengang kerana tidak ramai pengunjung tapi yang pasti, aku dan dia tetap berbaju melayu dan diperhatikan oleh orang. Apa yang mampu, hanya diam dan berjalan laju. Malu.
Banyak tiket yang sudah habis dan hanya seat depan sahaja yang tinggal. Kerana menginginkan keselesaan, kami bergegas ke pawagam lain. Mana tahu kalau ada yang lebih best. Pilihan terdekat ialah di GSC, One Utama. What?! Bayangkan bagaimana kami dengan berpakaian baju melayu di OU. Dah lah malam tu malam minggu. Sabtu malam ahad. Aku jalan je buat tak tau walaupun pasti semua orang sedang memerhatikan kami. Satu OU pelik dengan kehadiran kami. Eh hello! My house kat belakang OU ni jer kay? Salah ker pakai baju melayu datang sini? Tak kan? Si dia lagi satu, dengan baju melayunya, dia beratur panjang beli tiket. Dah lah lagi ramai orang kat atas tu. Malu siot time tu tapi aku tahan jer. Tahan dan tahan. Erm.. semuanya baju melayu punya pasal.
Sementara si dia membeli tiket di GSC, aku dan seorang gadis cantik pergi mengushar2 tiket di TGV old wing. Bayangkanlah sekali lagi aku berjalan dalam khayalak ramai menuju ke old wing. Malu lah babi. Siot tol. Tapi macam biasalah, tiket sold out dan aku terpaksa berpatah balik ke new wing dengan harapan si dia dah dapat tiket. Ya! Memang dapat tapi kena beratur dua kali. Macam dalam mimpi yer aku berbaju melayu di OU. Mimpi ohhh mimpi. Sekali lagi mimpi aku dihiasi perkara indah. (bukannya pancutan asmara ya?). Dalam perjalanan aku ke new wing, aku terjumpa dengan member lama yang sudah 2 tahun meninggalkan kami semua. Its ZANA. ZANA MOJ!!! Aku sangat terkejut dan teruja melihat dia. Aku tak dapat nak berkata apa2 selain melihat dia dan sempat juga kami berbual dalam 10minit mungkin. Zana dah kahwin dan dah mengandung 3bulan pun sekarang. Dia sekarang secretary husband dia yang merupakan seorang bussinessman di KK. Baru jer balik honeymoon di Italy. Best betul tengok Zana bahagia. Happy gila aku time tu tapi masih lagi mencubit lengan kiri. Betul ker aku bukan bermimpi?
Mamai bangun tidur tak habis lagi. Mamai pakai baju melayu tak habis lagi. Mamai jumpa Zana tak habis lagi. Ditambah plak dengan mamai tengok Alice In Wonderland. Adoi. Fantasy sangat. Aku pun tak tahu lah nak cakap macam mana sebenarnya mamai yang aku hadapi hari ni. Alice penuh dengan warna warni sampaikan aku rasa masa menonton filem tersebut, aku juga sedang bermimpi. Banyak betul mimpi aku hari ini. Banyak. Tak habis lagi lah reez, erol. Ada lagi nak story ni. Balik2 sari tengok wayang tu, aku terus sambung tidur padahal dah tidur lama siang tu. Entah kenapa aku rasa sangat penat dan mengantuk. Mungkin kerana kepala hotak dah berlengas dengan masalah yang ada dengan assignment yang berlambak2. Masya Allah! Berikan aku satu pulau untuk aku rehatkan minda. Tolonglah.
Segala mimpi bunga2 tadi tak habis disitu, hari ini aku rasa aku masih bermimpi. Jadual hari ahad yang sangat simple. Bangun tidur pada jam 4 dan makan di Pak Li. Seterusnya menyiapkan sedikit kerja yang penting, mengemas rumah dll. Entah kenapa, hari ini mood untuk bergaduh itu banyak dan tercetuslah satu pergaduhan yang tak disangka antara aku dan si dia (berbaju melayu tadi). Kami bertekak sehingga semua level dari satu hingga lima mengeluarkan kepala ditingkap untuk menyibuk. Banyak yang cuba leraikan tapi tak memberikan kesan. Entah kenapa. Aku rasa sangat puas hati tetapi masih rasa ianya mimpi. Tak pernah aku macam ni dengan dia tetapi kenapa hari ini? Kenapa mesti malam ini.
Aku rasa semuanya macam mimpi. Eh, aku mamai ker ni?

14 comments:

Mohd Shazroul Farhan said...

so.. say PANASS!!~

Mohd Shazroul Farhan said...

tak mampulah kita nak mamai!
aha. yang penting agaknya you mimpi jadi perempuan sihir dalam alice in wonderland kot? sebab tu jadi tak tentu arah ni. haha

adhoi!~
i yang kat bawah ni tadi dah boleh terdengar suara u menjerit2 tak tentu pasal. ingatkan conversations pasal subject ke pelajaran ke? haha. pasal taik pon nak gadoh ke macha? pasal i dengan reez? reez mana ni ea?

Mohamad Hj Yawmon said...

shazroul farhan : sudah lama agaknya saudara tidak berkunjung ke blog saya ya? saya dapat jangkakan yang saudara hanya menyinggah semata2 kerana ingin mencarut saya berkaitan apa yang berlaku tadi. tapi sebenarnya usaha saudara telah gagal. saudara tidak sedikit pun menggetarkan saya! wat panas2? aku lempang karang baru tahu? tapi kan, kenapa saya tak boleh nak access kelaman saudara ya? musykil lah! =/

Mohd Shazroul Farhan said...

oh mungkin laman saya terlalu PANASS!!~ untuk dikunjungi barangkali. aha!

LEMPANG!!~

oh maaf. bukan kerana mahu mencarut cuma kerana terlalu lama menyepikan diri. cuma bercerita apa yang patut saja di sini.

Mohamad Hj Yawmon said...

berkongsi apa yang patut ya? bukan kah kamu suka bercerita tentang cinta yang lepas? "pukul lah aku! pukul! " oppss! maaf tercarut! laman kamu terlalu padat dengan isi kandungan yang sukar untuk saya fahami. mungkin kamu perlu menyediakan toolbar translater di sebelahnya mungkin!

lempang!!!

sudah lama tidak melihat kamu dikandang pada waktu2 begini dengan yang tersayang. kenapa ya?

Mohd Shazroul Farhan said...

Sudahlah. Tak ada apa yang perlu diulaskan sebab semuanya dah pun berlalu. :)

omgpetch said...

who the hell si baju melayu ni woi? bgtaw la aku.

lempang!

pehh jmpe zana beb? 3 months pregnant? honeymoon at italy? omgucci. bestnye dia. alhamdulillah la. at least dia dah jmpe kebahagiaan tu. tak mcm kau, masih tergapai-gapai. hehe. insyaAllah, kita doakan zana bahagia ke akhir hayat hendaknya

Mohamad Hj Yawmon said...

shazroul farhan : wah! maafkan saya, kelihatan anda seperti sedang sentap dan meratapi sesuatu. huhu =D

Mohamad Hj Yawmon said...

omgpetch : ahh sial! mana ada aku tergapai2 dowh. bahagia apa aku dengan si dia sekarang. yang berbaju melayu tu plak, pasti nanti kau tahu. jadi buah mulut lah nanti tu. =D

Mohamad Hj Yawmon said...

shazroul farhan : panas, panas, panas! =D

jejaka anggun said...

dlm mimpi tuh ada scene basah2 x?

Mohamad Hj Yawmon said...

jejaka anggun : hahaha! banyak scene yang basah. tak terkira. =D

Afzainizam said...

Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
Salam dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/

umah u kat belakang UO tu je dekat lah kiranya... tak salah kalau jenjalan pakai baju melayu.... yang salahnya kalau pakai baju kurung.... Ha...ha...ha...

kan baju melayu tu baju kebangsaan kita patut bangga tau...

tak kisahlah mimpi atau tak kangkadang tu mmg boleh berlaku....tak mustahilkan

Mohamad Hj Yawmon said...

afzainizam : haha. kan? lantaklah apa orang nak cakap! yang penting i berbaju. bukan tak pakai pakaian langsung! =)