Thursday, January 14

My Heart Hard Disc (5 Latest Top Friends I Miss)

Hiya. Entah kenapa jari jemari aku ligat sejak dua menjak ni untuk menulis blog. Dan hari ini, aku ingin berkongsi tentang lima orang yang aku rindu dan berada dalam my heart hard disc. Insan-insan teristimewa ni mempunyai kelebihan dan sebab yang tersendiri kenapa mereka berada di carta lima tertinggi. Hehe. Dah macam ranking apa pula kan? Mungkin mereka ni ada karisma sehingga aku merindui mereka selalu? Mari kita lihat. . .

(1)  Khairull Nizam Muriza - Khairull ni merupakan teman sekolah aku yang paling aku rapat. Macam-macam benda sama ada yang jahat atau yang baik kami lakukan bersama. Jangan nak fikir benda kotor ya? Aku rapat dengan dia since form 4 sampailah sekarang, dia dah menghilang. Since dia melanjutkan pelajarannya di Kuala Lumpur Metropolitan University, dia terus menghilang dan menyepi seribu bahasa. Mungkin kerana terlalu busy dengan tugasan-tugasan dan mungkin juga kerana jarak kami yang jauh dan tidak get connected. Hanya beberapa kali selepas SPM kami berjumpa dan selepas itu, hilang lagi. Antara perkara jahat yang aku pernah suruh dia buat, fly dari hostel. Haha. Memang jahat dan buat muka selamba kodok jer keluar pak guard. Macam tak bersalah kan? Satu kebaikan yang aku tak akan lupa sampai dulu, dia lah yang sentiasa berada dengan aku semasa bapa aku sakit. Daripada mula dia sakit sampailah kehujung nafasnya yang terakhir, si Khairull ni sentiasa berada di sisi. Memberikan motivasi dan sokongan agar aku terus tabah dan kuat menghadapi hari depan. Aku sangat merindui dia dan berharap sangat yang dapat buat macam-macam lagi yang best dengan dia sebelum umur aku 30tahun. Time tu, dah tua dan awkward nak buat menda gila. Ada lagi yang aku ingat, kami belajar math sama-sama malam sebelum exam SPM untuk subjek tu berlangsung. Gila tak gila. Berperah otak kami malam tu. Dan lagi, kami berdua time tu memang sangat mengilai scooter sehinggakan sanggup menggembara ke Seremban menaiki scooter. Bukan menggunakan highway, tetapi jalan lama. Sakit badan you all. Tapi itulah antara yang aku rindukan. Ya tuhan, pertemukan lah aku dengan nya sebelum aku mati nanti.  

(2)  Mariana Shahira Shahrul Azlan - Si dia ni lebih dikenali dengan panggilan kimi. Seorang perempuan gila yang memang mengidamkan kerja-kerja gila dan kotor bersama. Haha. Masih lagi aku ingat benda gila yang si dia ni buat. Masa aku sakit semester satu dulu, si Kimi ni lah yang sanggup menjaga dan memberi sepenuh perhatian kepada aku. Memang tak terbalas jasa dia time tu. Dia sanggup menyamar menjadi lelaki untuk naik ke blok aku. Memberi makan ubat dan untuk melihat keadaan aku. Sehinggalah tindakannya itu menyebabkan kami satu blok di kenakan spot check malam tu. Memang tak perbah dibuat orang siswi panjat naik blok siswa. Itulah kerja gila dia yang sampai sekarang, kawan-kawan aku masih ingati. Selain daripada itu, dia juga lah yang menjaga aku selama mana aku ditahan di ward uitm. Tak lama pun sebenarnya tapi sanggup betul dia kan? Duduk di katil sebelah sambil membaca nota kerana masa itu, exam tidak lama lagi. Bukan itu sahaja, dia juga seorang yang gila bila driving. Hanya orang-orang tertentu yang boleh duduk diam bial dia memandu. Tidak cukup dengan laju, dia juga membawa dengan penuh bahaya, bukan bergaya ya?. Simpang, highway mana pun dia redah saja. Dan kerana dia lah aku juga digelar GPS. Menghafal jalan disetiap pelosok Kuala Lumpur-Selangor. Overnight pada setiap malam. Tidak mengenal erti siang atau penat. Itulah kami berdua. Tidur didalam kereta tatkala malam menjelma dan tidak boleh masuk ke kolej. Memang macam-macam yang best. Kami hanya berada di kolej pada waktu penting dan 80% kami adalah di dunia luar. Memang bahagia. Dengan teman-teman lain yang sama kepala. Memang susah nak lupa. Daripada KL, aku bawa dia pulang ke Johor untuk belajar cara hidup kami. Memang kelakar masa tu. Tuhan Maha Esa. Dia menguji kami dengan ujian yang paling getir. Kami berdua dilanda ombak yang menghempas keseluruhan persahabatan kami sehingga berpercah belah, tenggelam. Tiada lagi kenangan yang tercipta dan tiada lagi cerita yang kedengaran. Memang. Memang seketika menjadi buah mulut manusia-manusia prihatin tetapi kami, diamkan sahaja. Penat dan malas nak melayan karenak masing-masing yang ego tetapi tidak lagi kini. Mungkin betul kata-kata sesetengah orang, hidup ini ada pasang surutnya, ada asam garamnya. Kami kini baik kembali seperti biasa. Kembali bercerita tentang masalah masing-masing atau berkongsi suka dan duka. Aku tahu dia bagaimana dan dia faham aku seadanya. Kami kembali bercerita kotor-kotor tentang lelaki dan perempuan di puncak dan kembali gelak ketawa pepek hamis kami. Aku mengharapkan yang terbaik untukknya dan aku juga mengharapkan dia bahagia dengan pilihan hatinya, budak monyet. Dan ya tuhan, kau sempurnakanlah kami dengan persahabatan yang berkekalan.

(3)  Aminah Mohamed - Simple. Itulah word yang palinh sesuai diberikan kepadanya. Seorang yang sangat simple tetapi adorable. Aku mula berkenalan dengan dia semenjak di darjah tiga lagi, Sekolah Kebangsaan Parit Bilal. Memang satu pertemuan yang tidak dijangkakan. Kami berkenalan dan terus berkawan sehingga hari ini. Dari tahun 1999 hingga 2010. Berapa tahun? Sepanjang itulah kami lalui segalanya bersama. Buat macam-macam perkara together dan melewati hari-hari bahagia. Banyak perkara yang tidak dapat nak diungkapkan. Aku menganggapnya sebagai seorang kakak yang boleh aku dambakan dan dia menjanjikan yang sama dan biarlah segalanya berada di dalam memori sehingga aku mati nanti. Dia melihat aku membesar. Daripada sebesar tetikus sehinggalah kini aku lebih besar dari tu. Hehe. Itu kenangan dahulu. Apa yang pasti, aku mendoakan kebahagian dia bersama teman pilihan hatinya di United Arabian Emeriah. Semoga dia berbahagia seadanya dan tidak akan melupakan aku disini nanti. Dia sama. Sama seperti Khairull dan Mariana. Sentiasa berada disisi aku apabila aku memerlukan mereka. Dia tidak lokek berkongsi suka dan dukanya. Berkongsi pahit dan manis akan kehidupannya. Sebab itulah aku begitu tertarik untuk berkawan dengannya. Ceh. Ayat berbunga. Tetapi itulah yang aku rindukan sampai tika ini. Perjalanan hidup yang masih panjang dan berliku-liku selalunya akan berlaku dalam hidup kita sebagai manusia. Dan kadangkala kerana masa, kita manusia berubah. Tetapi apa yang aku harapkan daripada dia, ingatlah aku disini. Kerana, aku sentiasa merindui kamu.

(4)  K. Maran A/L Kadirvellu - Satu-satunya insan hindu yang bertahta di hati. Hehe. Dia seorang yang sangat memahami. Tempat untuk aku berkongsi cerita sesuatu. Setiap hari, aku akan berjumpa dengannya. Secara automatik. Tidak tahu pula kenapa. Kami berkenalan di tempat kerja dan mula melewati hari-hari bersama. Kadangkala dia bukanlah seorang yang menyelesakan tetapi aku tetap memilih dia sebagai teman sejati. Setiap kali aku pulang ke Johor, aku akan terus menghubungi si dia. Sebab aku tahu, hanya dia yang boleh menghiburkan hati. Daripada pentas nyanyian ke pentas dangdut kami bersama. Daripada Pantai Minyak Beku yang dekat di rumah sehinggalah pentas Pantai Puteri di Melaka, pelbagai kenangan kami cipta. Memang akan diingati sampai bila-bila. Hanya satu sahaja perkara yang aku kurang berminat dengan dia, dia seorang yang cepat sentap bila dalam satu-satu situasi, dia tidak dimaklumkan apa-apa. Tapi masih dan tetap, dia jugalah yang melekat dengan aku hingga ke hari ini. Kami berdua juga banyak berkongsi suka dan duka. Cerita-cerita tentang cinta sehinggalah ke hal rumah tangga. Berkongsi pendapat dan idea, Berkongsi harapan dan cita-cita serta yang sama waktu dengannya. Kadangkalan juga kami open membicarakan persoalan kehidupan dan agama. Ada juga terlintas untuk memimpinnya kejalan Islam cuma aku belum cukup yakin sehinggalah salah seorang daripada teman kami memberikannya sebuah buku mengenai wasiat dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. Reaksi pertama yang dia sampaikan kepada aku ialah mengenai mimpi buruk. Mimpi yang menggerunkan dan tidak dapat nak ditafsirkan dengan kata-kata atau perkataan. Hanya dia dan dirinya sahaja yang tahu kandungan mimpi tersebut. Mungkin seruan kepadanya. Mungkin. Ada juga yang disuarakannya. Dia ingin bersunat/khatan. Bagus. Aku setuju dan sangat menyokong ideanya itu dan mengharapkan apa yang dilakukannya itu akan menjadi satu medium atau batu lonjatan ke arah satu kehidupan yang Insya Allah akan menjamin kebahagiaan. Tidak aku kisah akan kata-kata keji dari manusia lain yang hanya memandang daripada kulit, memberi layanan yang kadang kala hipokrit dan menjengkelkan. Itukah mesej yang ingin disampaikan kepada seorang yang baru ingin mengenal Islam? Kita seharusnya membantu mereka-mereka sebegini dan mungkin kadangkala kita akan belajar daripada mengajar orang lain.

(5)  Saiful Ismail -  Seorang lelaki yang mempunyai karisma tersendiri. Sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata sebab dia penuh dengan rahsia. Tetapi apa yang membuat aku terus berkawan dengan dia adalah ENTAH? Tiada sebab. Tidak tahu kenapa dan mengapa semua ini berlaku. Semuanya secara kebetulan. Tidak pernah aku sangkakan yang aku akan rapat dengan dia kerana dahulunya, kami adalah tidak begini. Tidak bertegur sapa malahan hanya menggunakan dan melemparkan kata-kata yang menyakitkan sahaja. Penuh dengan dendam dan kutukan tidak membina. Kami sekelas beri cukup-cukup pada dia. Tuhan Maha Adil. Dia balas segala kebaikan dengan kebaikan. Dia balas kejahatan dengan kejahatan. Aku? dibalas dan  diuji agar terus tinggalkan segala dosa berdaki. Dari mana turning point aku dan dia bersama pun tidak aku tahu bila. Hanya kerana aku pernah care pasal dia satu masa dahulu agaknya?  Hal itu tidak perlu aku ceritakan lanjut rasaku. Semua sedia maklum. Dan dari situlah mula timbul bibit-bibit untuk berteman. Daripada musuh kepada kawan. Daripada masam mencuka kepada manis bergula. Itulah kami. Berbagai-bagai perkara yang kami lakukan bersama. Kemana sahaja kami bersama. Dimana ada dia, pasti disitu akan ada aku. Cuma, ada waktunya, kata-kata dan perilakunya menyakitkan hati. Tapi bagi siapa yang tahu dan faham akan perangainya, ia ibarat satu benda biasa. Tiada hal lah. Bagi aku pula, handle orang yang sama ego, bukan satu kerja yang mudah. Perlukan kesabaran dan kestabilan pemikiran. Ya. Aku memang rindukan dia. Aku rindukan saat kami sama-sama bahagia dahulu. Penuh dengan aktiviti yang memang 24hours dalam list. Tetapi kini tidak lagi, mungkin memerlukan masa. Masa yang secukupnya untuk masing-masing mematangkan diri. Dia kini sudah 20tahun. Aku? Lagi beberapa hari juga. Aku juga akan mengikutnya. Melangkah ke alam 20-an. Meninggalkan teen-age dengan kenangan yang akan penuh abadi di hati. Apa yang aku ingin katakan kepadanya saat ini, "maafkan saya kerana hal itu". Juga, SELAMAT HARI LAHIR. Semoga dia akan mencapai apa yang dihajati selama ini dan panjang umurnya, Ya Tuhan.

Cinta dan Persahabatan kadangkala boleh menjadi 1 perkara yang sama. Setuju?

4 comments:

jejaka anggun said...

mana nama gua?

jejaka anggun said...

mana nama gua?

Payung said...

TERHARU :)

mohamad 'may' yawmon said...

lahai... u pun nak juga ker? nanti i letak post commenter yang activ kat blog i eh? =)