Friday, January 15

Dia Si Lelaki Memerang Kentut

Dia.

Aku pernah menyayangi Lelaki Memerang Kentut satu masa dahulu. Juga aku pernah membencinya. Benci yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata kerana segala perbuatan yang dia lakukan kepadaku bukanlah perkara biasa. Dan juga bukan perkara yang boleh diterima. Sayang dan benci tiba-tiba berubah menjadi satu dengki. Aku dengkikan dia. Ya! Aku mengaku. Aku sebarkan segala yang jahat-jahat pada dia. Aku lemparkan satu persatu kata-kata berkaca sampai berdarah tisu hati. Apa aku kira, akan ku buat sampai mati. Semata-mata nak puaskan hati. Banyak juga yang mempersoalkan akan kenapa. Kenapa aku melakukan ini semua sedangkan perkara yang dilakukan tidak lah sebesar mana. Kamu orang dan mereka yang berkata tidak pernah berpijak di bumi nyata. Tak pernah mereka rasai rasa bila pijak di tanah yang aku pijak. Rasa bagi dihenyak-henyak. Lemas.

Tapi aku tahu, aku susah untuk dia lupakan. Susah untuk dia lepaskan. Susah juga untuk aku kembali menerimanya. Bertahun lamanya aku memendam rasa. Cuba untuk memaafkan segala kesalahan tetapi sukar. Sukar untuk aku padamkan calar pada jiwa dan luka di hati yang berkaca. Apa yang aku lihat, hanya sekadar laluan maaf yang tidak pernah mendapat sapaan. Ya! Hati aku susah untuk memaafkan insan keji sepertinya. Aku benci dia. Benci tatkala mengingatkan segalanya. Segala yang berlaku tidak mudah dimaafkan sekelip mata.

Aku dapat lihat sesuatu. Juga mereka prihatin yang turut perasankan perkara yang sama. Dia. Dia selalu menjadikan aku mata. Mata yang akan dia pandang untuk mendapatkan tumpuan. Kerana apa? Kerana yang lain tidak pernah cuba menerimanya. Semuanya kerana perkara yang sama. Cuma aku. Aku bukanlah seperti pendendam setia. Yang mengharapkan dendam pada setiap masa. Aku beri juga perhatianku semata-mata. Semata-mata untuk membantunya. Tidak salah dan tidak pernah ku ungkitkan. Tetapi masih, aku mengharapkan bantuan. Bukan dari dia tetapi dari teman lainnya.

Tolong! Tolonglah. Hentikan mengkecam dia. Hentikan menghina. Juga hentikanlah meletakkan dia di tempat paling hina. Dia sebenarnya bukan macam tu. Mungkin. Keadaan yang membuatnya jadi begitu. Pernah tak kamu, kamu dan kamu berfikir apalah perasaan menjadi dia? Dihina, dicaci dan dipandang rendah senantiasa. Kita semua manusia dan kita semua sama-sama hamba. Hamba yang tiada status dan darjat ketinggian di sisi-Nya. Berikanlah. Berikan dia peluang. Peluang untuk memperbaiki diri. Kalau bukan atas kehendaknya sendiri, biarlah nanti. Masa dan ketika pasti, pasti akan mematangkan dia dan mengubah segalanya. Sekarang, hentikan segalanya agar jalan yang ada terbuka. Terbuka untuk menerima dan diterima. Marilah kita sama-sama.

Kesian dengan nasib dia, menitis air mata kadangkala.

5 comments:

jejaka anggun said...

can-do x lelaki memerang kentut itu?

mohamad 'may' yawmon said...

boleh lah tahan sekali pandang. tapi kalau tengok lama-lama, macam taik. haha!

Afzainizam said...

Salam dari kami http:firestartingautomobil.blogspot.com

salam ziarah dari kami.... kami sedang melayari entri anda....older post pon kami sedang baca....

thanks kerana berkongsi story.... banyak yang aku pelajari....

salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami...

moga ikatan muhibah terus terjalin

diharapkan kami menerima respon yang baik dari anda.....

mohamad 'may' yawmon said...

btw, thanks coz sudi menyinggah ke blog i dan juga membaca older2 post yang ada.

terharu sangat!
=)

omgpetch said...

ni budak pindah kerakyatan tu ke may????? haha yeh?