Friday, January 29

7 Hari Lagi

7 hari lagi. Ya! Tinggal 7 hari lagi aku akan mencecah umur 20 tahun. Takutnya. Gentar dan rasa berdebar. Aku akan meninggalkan dunia remaja. Dunia belasan tahun. Tapi macam tak rasa rupanya aku dah hidup selama 19 tahun kat dunia ni. Hurm. Sekejap jer kan masa berlalu. Banyak sangat perkara yang berlaku dan tak mungkin akan aku lupakan sepanjang 19 tahun ni.
Menjadi anak tunggal - 08 Feb 1990 aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin. Tak punya apa-apa. Satu fenomena biasa bagi orang kampung macam kami. Bapak aku time tu pun umur dah lanjut tapi aku tak pasti berapa. Masa dia meninggal tahun 2006,  umur dia 91 tahun. Quite old rite? Tapi itulah yang dikatakan cinta buta. Cinta mak dan abah aku tak mengenal usia. Aku lahir cukup sifat sebagai seorang anak lelaki dan yang paling penting, anak tunggal. Orang cakap menjadi anak tunggal ni best. Tapi tak plak bagi aku. Memanglah apa yang aku nak, pasti akan dapat tapi aku sunyi. Tak ada kawan. Tak ada teman gaduh. Zaman kanak-kanak yang membosankan. Aku tak macam anak kampung lain yang main parit, mandi sungai, main basikal, main layang-layang dan lain-lain. Apa yang aku buat? Duduk rumah tengok tv. Membesar seorang diri. Sedih dan sepi.
Botol susu dan bantal busuk - Haha. Lawak bila teringatkan botol susu dan bantal busuk. Memang perkara biasa yang dilalui oleh semua orang. Ada botol susu. Ada bantal busuk. Aku ingat lagi dulu aku minum susu fernleaf. Dengan milo sikit. Kira dah senang lah ckit time tu kan? Botol tu plak memang lekat do ploh pat jam kat mulut. Tak pernah tanggal. Tu yang macam jonggang sikit ni. Hehe. Ingat lagi, aku akan bawak botol susu g tadika. Cikgu akan tolong pegangkan. Masa rehat, dia bagi lah. Tapi aku isap senyap2. Malu kowt nak isap depan kawan2. Fakta yang aku masih ingat, aku berhenti isap botol masa umur aku 12 tahun. Dah sekolah rendah pun still isap botol. Tapi kat umah jer lah. Tak pernah lah nak bawak g sekolah. Macam sial ingat balik.
Sekolah Rendah - Aku mula masuk sekolah tahun 1997. Time tu g sekolah naik van. Memang penuh dan aku pendek gila time tu. Orang semua panggil aku mamat pendek. Time sekolah lah aku tahu nama aku mamat. Mohamad Bin Yawmon. Tapi kalau ingat2 balik, banyak betul ejaan nama aku time sekolah. Muhammad bin Yowman, Mohamad bin Voiman, Mohamad itu lah, Mohamad inilah. Aku pun bingung mana satu yang betul akan nama aku kan? Maklumlah time tu sekolah lagi. Time tulah aku kenal ngan member2 dan mula berkawan. Ramai sangat kawan. Antara pengalaman sekolah rendah yang tak pernah aku lupa, aku terberry dalam seluar. Hehe. Tapi aku antara budak yang paling nakal gak ar kat sekolah. Buat dajal jer! Mantul kat cikgu dan macam-macam lagi lah yang serba kejahatan. Tapi time tu jugalah aku banyak contribute kat sekolah. Join dikir barat. Pastu banyak kali menang pertandingan mewarna anjuran utusan malaysia. Banyak kali gak ar masuk paper. Pastu aku banyak join pertandingan sajak, melukis, mewarna dan macam-macam lagi. Aku pernah gondol johan 3 kategori berturut-turut pada satu hari. Macam puki tak? Haha. Time tu jugaklah aku jadi pengawas. Pengawas paling garang dan jahat kat sekolah. Kira budak2 takut ar. Huhu. Tugas aku dah macam cikgu disiplin. Bawak rotan kehulur kehilir tapi aku bawak buluh. Jahat kan? Memang dajal time tu.
Sekolah Menengah - Zaman culture shock yang teramat2. Lepas tamat sekolah rendah, aku pun sambung belajar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Tongkang Pechah atau lebih dikenali dengan nama sekarang, Sek Men Keb Tunku Putra. Yang kelakarnya, budak jahat macam aku masuk kelas aliran agama. Iaitu apa anak2? Kelas yang menggunakan bahasa arab sebagai bahasa ketiga atau lebih dikenali dengan nama Luqman Hakim. So, aku ni pun membelajarkan lah diri aku sebagai pelajar arab selama 3tahun. Sebu kepala hotak u ollss. Ntah apa2 jer. Pastu aku tak pernah nak dapat A pun subjek tu. Susah kot. Masa sekolah menengah lah aku active dengan english teather n science society. Huhu. Jangan tak percaya. Masa tu jugalah aku jadi pengawas pusat sumber. Agak2 malas nak belajar, duk lam library. Buat2 busy. Huhu. Then, aku gak pernah menang naib johan pertandingan syarahan bahasa arab, johan syarahan agama dll yang lain. Yang melibatkan diri kat sekolah lain. Huhu. Kira agak activ gak ar dulu. Teater tu, teater ni. Tapi yang tak bestnya, orang masuk teknik, aku pun nak. Last2 dapat sekolah teknik.
Sekolah Teknik - Form 4 aku tukar sekolah. Sekolah kat Kluang. Dapat asrama tapi aku bertahan 1 bulan jer. Then, aku jadi NR. Form 4 aku dah duk berdikari sorang-sorang kat umah atuk sedara aku yang time tu kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Best. Heaven. Dari situlah yang agaknya mematangkan aku. Masa form 4/5, aku amik Bussiness Management. Memang perah kepala hotak 2 tahun berada dalam aliran perakaunan. Asyik2 akaun tu, akaun ni. Aku sangat2 jahat time kat sekolah ni. Pernah tak datang sekolah 3 bulan. Dah dapat surat amaran pertama, kedua, ketiga dan amaran gantung sekolah lagi. Memang gila. Pastu pernah gak time tu aku hanya datang sekolah hari rabu sahaja sebab malas nak buat akaun. Hari2 ada akaun selain rabu. Then, hujung tahun 2006, abah meninggal n start dari situlah aku mula ulang alik g sekolah. 1 jam hari2 atas moto. Kul 6pagi aku dah gerak. Sampai sekolah, kul 7.15. Memang tepat2 jer kan? Tapi itulah. Macam2 yang tak dapat nak lupakan. Masa aku sekolah tu jugaklah, berlaku banjir besar kat Johor. Meredah lah uollsss. Pastu aku gak pernah menggegar sekolah bila nak amik 15subjek, maki hamun cikgu, lawan pengetua dan macam2 lagilah. Even trial SPM pun aku tak datang. Memang pelajar bermasalah tapi ranking aku dalam kelas setiap kali exam hanya 1 dan 2 jer. Tak pernah lebih dari tu. Kira budak bermasalah yang pandailah ni. Huhu. Macam kimak.
Dapat scooter, wave & satria - moment yang paling best bila aku dah dapat my own asset. Scooter vs150 yang ada kat umah aku sekarang ni hadiah dari arwah abah. Memang aku sayang sangat kat motor ni. Motor ni aku dapat sebab tak nak sekolah. Kira pujuk punya pasal lah ni. Tu yang dapat scooter tu. Tapi sekarang ni, scooter tu ada kat dapur umah aku. Dah letak surat khabar, periuk kat atas dia. Sebab apa? sebab dah tak ada siapa nak bawak. Sebab apa? sebab dah ada kete. So, kiranya sekarang aku gunakan kete sebagai medium utama aku nak g mana2. Minyak n bajet pun memang lenjun ar. Tapi aku sayang gilak babeng kat kete tu. bila nak dapat kete ni! cepatlah mechanic siapkan kereta aku. Yang wave plak aku beli suka2 sebab time tu tak tau nak buat apa so g lah menyopping kan diri dengan membeli harta peribadi. Tapi akhirnya, motor tu tidak aku gunakan. Hanya simpanan jer!
Masuk UiTM - Melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi memang impian semua orang termasuk diri aku sendiri. Aku macam tak percaya impian yang hanya angan-angan kini sudah menjadi realiti. Disini, aku mengenali lebih ramai orang dan kerenah yang memang tak dapat cari ditempat lain. Kawan-kawan disini bukan sahaja baik malah sangat2 memahami. Mereka ibaratkan adik beradik bagi aku. Berkongsi masalah, suka duka dan macam-macam yang lain bersama. Happy sangat.
Tu lah, macam tak caya lagi seminggu umur aku akan mencecah 20tahun. Apa yang aku perlu lakukan dan apa yang akan mendatang kelak? Takut nak fikirkan dan azam aku untuk tahu baru ni, "Tentukan Pasangan Hidup". Okay tak?

4 comments:

omgpetch said...

tentukan psgn hidup?

TAK OKAY!!!!

mohamad 'may' yawmon said...

aiyoo! seharusnya kamu tu menyokong temanmu. bukan menghalangnya! kamu tu ngapain sih?

jejaka anggun said...

happy bday!!!!

mohamad 'may' yawmon said...

ahhhh! jejaka anggun orang pertama yang wish beday kat i! sayang dia!