Friday, January 29

Cemburu? Eiyuwww...

Saya cemburu? Tidak kowt. Saya tak pernah cemburu. Betul! Saya tidak pernah cemburu dengan siapa-siapa. Tidak kiralah sama ada dalam bercinta, bersahabat atau apa-apa pun. Tapi kan, mengapa sejak kebelakangan ini saya rasakan saya telah mencemburui seseorang. Ya! Eh, tidak lah. Ha? Entah lah...
Pertamanya, saya mesti akan telefon dia dan tanya dia dimana. Mungkin itu tanda saya risau. Bukan cemburu kan? Tapi dia selalu jujur dan kadangkala kejujurannya itulah yang buat saya sakit hati. Ah! Lepas tu, saya mesti marah. Tak kiralah sama ada dia cakap betul atau tak, saya mesti marah juga. Lepas itu kan, saya mesti akan rasa kecewa bila tahu dia tiada. Aduhai, kenapa dengan saya ni? Saya takut nanti dia bosan pula bila saya selalu tanya dia dimana dan berada dengan siapa dan apa juga yang dia lakukan. Minta-mintalah tidak.
Keduanya, saya selalunya akan cuba untuk berfikiran positif bila memikirkan tentang dia. Ramai teman-teman yang menyampaikan kisah kurang enak tapi saya cuba juga neutralize kan kisah tersebut. Kadang-kala berkesan tapi kadangkala tidak. Dan pada masa itulah, saya mula akan menuduhnya keluar dengan orang lain. Lebih-lebih lagi insan yang saya tidak suka. Bencilah!
Ketiganya, ada juga article yang saya baca mengatakan yang orang yang cemburu selalunya akan buka wallet atau beg dan tidak semena-menanya mengeledah untuk mengetahui kisah sebenar-benarnya tapi tidak pula saya. Saya bagi dia ruang untuk bernafas tapi sekarang macam ada rasa nak buka beg dia cari apa ada? Bagus tak? Mana tahu kalau-kalau jumpa barang best kan? Huhu. Matilah!
Keempatnya, bila berdepan dengan dia, saya try untuk berlagak cool padahal kadang-kala panas dan marah apabila melihat dia  bermesra dengan orang yang saya tidak suka. Tapi, tiadalah pula saya nak menyoalnya seperti pensyarah buat soalan peperiksaan. Tanya detail-detail tetapi bila ada kesempatan, saya perli saja dia. Mana tahu, ada yang kena kan? Tapi bila dah try untuk tahu akan kebenaran, saya tidak peduli akan penjelasan atau sebab musabab yang dia berikan. Pada saya, itu semua taktik lama. Pembohong. Dusta lebih atau kencing besar (Eisya Penuh, 2010). Adakah itu masih dipanggil cemburu?
Walau apa pun sekarang saya cuba untuk mengawal semua sifat yang berkaitan. Saya tidak memanggilnya cemburu tetapi hanyalah risau atau mengambil berat. Setuju tak?

7 comments:

omgpetch said...

nope, tak setuju at all. kau cemburu. akui sajalah labu! HAHAHAHAH

mohamad 'may' yawmon said...

aiyoo akak! tak ada maknanya saya nak cemburu! btw, siapakah yang anda maksudkan ini wahai sahabatku? huhu...

superbSUNSHINE said...

tak setuju langsung! mengaku je lahh, kau memang cemburu en en? aiyoO mamat, suda jatuh cinta ka??

jejaka anggun said...

cemburu tandanya sayang.
cemburu buta tandanya sayang buta.

mohamad 'may' yawmon said...

superbsunshine : tak ada maknanya eh? dan juga tak jatuh cinta. saja jer suka2 scandal!

mohamad 'may' yawmon said...

ada gak ker perkataan cemburu buta? huhu! baru pertama kali i mendengarnya wahai sahabatku!

mohamad 'may' yawmon said...

ada gak ker perkataan cemburu buta? huhu! baru pertama kali i mendengarnya wahai sahabatku!