Tuesday, January 19

Projek MTV 'Dilamun Rindu'

Assalamualaikum. 
Pertama-tama sekali aku nak mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua talent dan crew production yang telah bertungkus lumus membantu dalam menyiapkan assignment pertama 'MTV Project' yang bertajuk 'Dilamun Rindu'. Projek MTV pertama di bawah kelolaan azahari zain atau abang zack ni betul-betul membuatkan kepala otak beku aku ni kembali berfungsi. Sebenarnya apa yang diinginkan oleh abang zack bukanlah se-complicated yang aku buat. Aku begitu bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan kali ini atau mungkin sebenarnya aku menyahut seruan teman-teman yang lain untuk DL semester ini. Insya Allah.
Terima kasih kepada Muhammad Taufiq Mohamed Ibrahim@Topec (main cast) yang sangat-sangat memberikan kerjasama walaupun terpaksa berpanas di kawasan perkuburan dan juga di lokasi berkaitan. Begitu juga dengan Carthinie@Tini (supporting cast) yang juga turut membantu dalam melengkapkan naratif cerita tersebut. Tidak dilupakan Tengku Idzuddin Nazrin Tengku Idris@Oden (director of photography), Muhammad Danial Faris Khairul Anuar@Dan (assist. dop), Jescica Redi Samuel Meliu (helper), Syazrul Farhan@Aerowl (editor off-line 1), Muhd Ridzuan Harun (editor off-line 2) dan Hamzi Hanafi Hamzah (pengangkutan). Wah! Lengkap. Dah macam production betul-betul plak kan aku buat. Tetapi berkat kerjasama dan usaha gigih merekalah terhasilnya music video aku yang pertama. Rasa macam sangat-sangat excited bila dalam proses menyiapkan video clip ni tetapo macam biasalah, ada sahaja halangan yang melanda.
Betul-betul tension aku dengan movie yang tidak boleh dipublishkan, Tak tahu plak kenapa. Kesilapan teknikal yang menyebabkan aku hilang mood untuk editing yang seterusnya tetapi syukur kehadrat illahi kerana usaha kami tidak sia-sia. Walaupun tidak berpuas hati dengan markah yang diberikan, tak apalah. Mungkin itu kesilapan yang biasa. First kowt.  
Antara yang tidak dapat dilupakan apabila aku begitu tertekan dan cemas semasa berada di kawasan perkuburan. Aku memilih Kawasan Perkuburan Islam Kiara di Damansara walaupun pada awalnya perancangan di Kawasan Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Kawasan yang aku pilih ini lebih senang nak cari berbanding dengan di Sek.21 yang entah dimana-mana letaknya kawasan tersebut. Sesampai di lokasi pertama, aku main petik jer mana kubur yang cantik dan kelihatan bersesuaian. Tetapi apa yang menganggu aku pada ketika itu ialah orang sekeliling yang memerhatikan kami. Kebetulan pada waktu tu, ada plak orang meninggal so, we're part of them. Bayangkanlah macam mana perasaan aku masa tu. Dah lah pinjam kubur orang. Bukannya boleh cakap "...mak cik, boleh pinjam kubur?". So, macam takut-takut juga lah. Ada pula shot yang memerlukan aku meniarap di tanah. Dah nampak macam orang tengah buat apa kau baring kat celah-celah kubur orang. Macam pelik tapi itulah yang sebenarnya berlaku. Sementara di lokasi kedua iaitu di Bukit Jelutong Sentral, ada scene yang memerlukan kami berada di tengah-tengah roundabout. Kelakar. Semua orang hon dan memerhatikan kami. Nak tak nak, buat muka tak tahu jer lah. Apa aku kira, yang penting aku director dan dapat shot yang aku nak. Memang penat lah. Tapi hasilnya, memang seperti yang aku harapkan. Memang best. Thanks korang semua.
Dah, itu jer nak cerita.
Tapi sebelum tu nak cakap, " mak cik, terima kasih bagi pinjam kubur ya? ".




2 comments:

jejaka anggun said...

same same

mohamad 'may' yawmon said...

hahaha. ngok ngek lah u ni! lau lah betul2 macam mana?