Tuesday, March 9

Bidan Terjun

Selasa - Hari ini merupakan antara hari yang paling bersejarah dalam hidup aku sepanjang mencecah umur 20tahun. Nak tau apa yang aku buat? Sungguh tak aku jangka kan akan berlaku dan membuat aku tak senang duduk sampai lah ke saat ni. Aku masih tak percaya dengan apa yang dah berlaku hari ini. Mungkin pada sesetengah orang, menda ni perkara biasa tapi tidak pada aku. Satu benda baru. Yang secara tidak langsung memberikan keinsafan dalam diri aku yang dah jauh melupakan yang maha Esa. Maafkan aku Ya Allah. Mungkin ini petunjuk yang kau berikan pada aku. Thanks Allah once again.
Citer dia macam ni, petang tadi masa dalam kelas screen writing, aku dapat news yang atuk sorang member aku ni meninggal. So, aku pun gatal2 lah nak mengikut dia balik umah untuk  menziarah (niat pada mulanya). Tapi sampai2 jer kat umah arwah di PJ, ada sorang auntie ni baru nak kuar g masjid. Katanya, jenazah baru nak dimandikan. Dan, dia memerlukan kakitangan untuk membantu menguruskan jenazah tersebut. Masa tu, tak macam tercengang plak aku. Terkebil2 aku memikirkan. Aku mana lah tahu semua aspek nak mandikan jenazah ni. Dalam keadaan untuk tidak mengecilkan hati sesiapa, aku dan kawan aku ni pun gilah masjid tolong.
Sampai2 kat masjid, aku tengok keadaan sangatlah tenang. Tak ada orang pun. Tak macam kat kampung. Sejurus lepas tu, aku ngan member aku sorang ni pun masuklah ketempat jenazah nak dimandikan. Ya Allah. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku ketika itu. Aku rasa serba salah. Takut. Nak pengsan. Pening dan segalanya yang pelik2 lah bermain kat kepala. Tapi aku gagahkan juga kaki aku untuk melangkah kedalam. Member aku yang sorang ni dengan beraninya terus g tolong manakala aku plak, berdiri di satu sudut yang lain kat mana segala peralatan untuk memandikan jenazah tersebut diletakkan. Aku hanya melihat dari jauh dan kaki aku terasa semakin ringan. Apa yang mampu aku buat hanyalah menghulurkan apa yang diperlukan oleh mereka2 yang bertugas.
Proses memandikan jenazah agak memakan masa. Baru aku tahu. Selama ni tak pernah plak aku nak amik kisah sal semua hal ni kan? Lepas jer jenazah dimandikan, aku tengok diorang dah mula nak angkat. Aduh! Tak kan aku nak tengok jer kan? Aku kenalah tolong2 juga. So, aku pun memberanikan diri untuk mengangkat jenazah ketempat perkafanan. Time tu, aku belajar lagi something yang baru. How to kafankan jenazah. Selama ni aku tak pernah tahu pun macam mana. Now baru minda kosong aku ni terisi. Sikit-sikit aku belajar. Tengok apa yang orang tu buat. Agak ringkas. Tapi kalau aku awal2 dah join kursus jenazah kat kolej aku b4 ni kan lagi senang. Tahu jer nak buat apa. Lepas jer jenazah disembahyangkan, ia dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara. Jauh tu. Kat dalam van tu, aku tawu banyak perkara. Nanti akan aku letakkan dibawah post ni nanti isu tersebut.
Sesampainya di tanah perkuburan tersebut, kami terus mengebumikan jenazah. Sekali lagi. Tak pernah aku lihat semua prosedur2 mengebumikan jenazah ni. Aku learn lagi something dari situ. Sikit demi sikit tanah kami masukkan dalam liang. Timbul rasa keinsafan tatkala melihat apa yang orang akan buat pada kita nanti bila kita mati. Sama. Tak ada beza pun. From beginning to the end, kami2 inilah yang menguruskan jenazah tersebut. Hanya tujuh orang, memandangkan jenazah dari Britain. Tapi dah lama menetap kat Malaysia cuma tak punya ahli keluarga sebenar. Hanya keluarga angkat. Agaknya, kalau aku dan member aku sorang tadi tu tak datang tolong, mesti kesian kat diorang semua sebab memang tak ada orang pun. Tapi pertolongan yang kami hulurkan ikhlas. Dan kami belajar dari situ. Aku masih tak percaya akan apa yang aku lalui hari ini.
Walau apapun, Thanks Allah. Al-Fatihah buat roh agar dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.
(badan rasa seram sejuk, macam nak demam)

Isu : Masa dalam van jenazah tu, pak cik yang menguruskan jenazah tu ada cakap yang sekarang ni untuk mendapatkan tanah perkuburan pun susah. Penduduk Selangor dah dikhaskan di Sek 9, Kota Damansara. Jauh. Menyusahkan ahli keluarga yang terdekat. Bukan tak ada yang dekat, tetapi di khaskan untuk penduduk Wilayah. Kalau orang tu  duduk kat ceruk KL tetapi dalam kawasan Selangor, contohnya PJ, kan jauh. Simpati pada waris si mati. Pandangan aku, sepatutnya dalam urusan2 kematian macam ini, kita seharusnya lebih prihatin. Rasanya, tak perlu timbul isu dimana dan siapa yang sepatutnya di situ. Kita semua sama manusia dan sama juga akan mati dan berjumpa Allah nanti di sana. Usahlah ada isu2 macam ni. Harap2 satu hari nanti semuanya akan kembali seperti sediakala dan lebih memudahkan segala urusan. Amin.

8 comments:

omgpetch said...

kau dah mandi wajib belum? takut nanti kena badi

jejaka anggun said...

wow. ai x penah terfikir lak utk blaja2 pasal semua tuh.....

tahniah. pahala tuh.

Mohamad Hj Yawmon said...

omgpetch : aku wisau gak kena badi. bila kol mak aku, dia soh balik joho amik air tangkal. malas lah plak! =( tapi siyuzly badan aku memang sakit2 sekarang ni. rasa tak selesa.

Mohamad Hj Yawmon said...

jejaka anggun : ilmu yang datang tanpa diundang uollss! apa2pun, i learn somthing dari situ. =)

omgpetch said...

air tangkal? ya Allah, air apekebende tu?

Mohamad Hj Yawmon said...

omgpetch : solution org kmpg kalau nak bagi sihat. macam air ubat lorh... =)

omgpetch said...

ish tak syirik ke?

*ahah taktaw petua2 org kmpg

Mohamad Hj Yawmon said...

omgpetch : tak lah. kita berusaha, bertawakal. bukannya memuja syaitan ker apa ker? nnti lau ko ikut aku balik joho, aku akan carikan kau minyak dagu paling baik. mahu? =)