Thursday, December 3

Bagai apek lupa nak top up

Buat kau,
Aku rasa kau dah jadi apek! Apek yang lupa nak buat apa yang sepatutnya dia buat. Haha. Macam tak kena jer kan peribahasa ni. Macam ni, aku ada satu kawan. Kawan baik yang aku dah kawan sejak kecik tapi baru2 ni, aku rasa dia dah tak macam dulu. Dia dah hilang entah kemana. Bukan setakat hilang dimata, dia juga hilang di talian. Nak cakap miskin, sekarang ni dah mula kaya. Kaya sangat. Nak cakap tak ada handphone, handphone mahal tu. Aku pun tak mampu nak pakai. Aku bukan apa, bukan nak sibuk hal kau atau apa cuma aku rindukan kau. Aku happy, happy sangat tengok kau dah mula mengubah hidup kau yang melarat kepada yang lebih sempurna. Kau boleh berubah kalau kau mau tapi kan, apa salah aku pada kau ek? Aku rasa setakat ni, tak pernah lagi aku buat salah pape kat kau. Nak cakap kau makan hati ngan aku, aku lagi makan hati ngan kau. Kau dah lupa dan aku rasa kau tak akan pernah ingat pun yang aku pernah terasa hati sangat2 dengan kau tapi aku diamkan sebab aku tak nak hubungan persahabatan kita musnah macam tu tapi rupa2nya, aku sorang saja yang menarik, kau tak. Malah kau lepaskan tali tu macam tu jer! Aku masak sangat lah dengan perangai kau. Aku bahagia, bahagia melihat kau bahagia. Nikmatilah kebahagiaan itu selagi ada dan jangan lak kau masuk gear (R) lepas ni.
Aku tak iri hati dengan kesenagan hidup yang kau kecapi. Kau berhak miliki semua tu. Dah memang takdir kau Tuhan tentukan macam tu tapi sekali lagi aku tanya, apa salah aku ek? Buat pengetahuan kau, aku tak pernah hingin dengan duit kau dan tak pernah terlintas nak kau kongsi sama2 dengan aku sebab aku tahu, tu hak kau. Hak asasi kau yang MUNGKIN abadi. Kita tak tahu, ajal maut ditangan tuhan. Bukan kita yang tentukan cik abang/kak oi.Aku tak pernah rasa langsung nak kau jamahkan duit kau tu pada aku. Kalau ada yang pernah terlepas, terjamah kan kat aku, halalkan lah apa yang dah aku ter makan, ter minum. Maklumlah, aku kan anak yatim, serba kekurangan. Halalkan yer.
Ya! Mungkin kau busy. Al maklumlah, masing2 sekarang punya kerjaya dan kehidupan masing2. Aku tak nafikan yang kadang kala aku busy tapi, at the end of the day, aku still contact kau juga. Tanya khabar apa semua. Mungkin aku pernah lupa. Ya! Salah aku tapi tak lah serupa sebagaimana kau buat aku. Kau mungkin pernah lupa semua kenangan2 kita bersama, janji budak2 yang kita buat dan macam2 lagilah yang kalau diingatkan, bisa mengalirkan air mata ni. Entahlah, aku tak tahu mana salah, mana silap aku. Kalau ada, harap kau maafkan.
Mungkin juga kau sedang membaca post ini sekarang ni, harap... kau tabah dengan apa yang aku dah coretkan sebab aku tahu kau tentu tak percaya yang aku akan tulis benda2 macam ni kat sini. Nak tau kenapa? Semuanya sebab kau. Tanya diri kau. Apa yang kau dah buat? 
Salam...

3 comments:

Unknown said...

Terasa ar..maaf la...maybe yO pun xsempat nak tanya khabar may..

jejaka anggun said...

biasalah. manusia slalu lupa jasa baik seseorg sahabat itu selagi sahabatnye itu masih idup.

Mohamad Hj Yawmon said...

orang hanya akan menghargai bila sesuatu tu dah tak ada. kan?