Thursday, November 26

Happy 60th Mum!

Khamis - 22hb November yang lalu merupakan Ulang tahun kelahiran mak aku yang ke 60 tahun. Mesti korang terkejut kan? dah 60tahun dah mak aku dan 2bulan lagi aku plak yang akan menyambut ulangtahun aku yang ke20 tahun. Ahh! dah tua. Dah masuk 20-an. Tak mau. Tak mau. Haha. Berbalik kepada topic tadi, mak aku dah 60tahun dan aku berharap sangat yang dia akan dipanjangkan umur dan sempat melihat aku berjaya nanti. Memang aku sayang dia cuma aku tak tahu nak sampaikan dengan cara macam mana sebab aku ego. Kadang2 ego ni menyebabkan aku malu nak cakap aku sayang kat dia atau apa2 pun lah.Cuma aku agak terkilan sedikit sebab mak aku akan buat majlis hari lahir/doa selamat kat umah aku petang esok dan aku plak terpaksa bekerja. Aku tak leh nak buat apa2 sebab dah memang jadual aku fix macam tu. Malam semalam aku balik n buka fridge, macam2 yang dia dah beli untuk esok dan masa aku keluar tadi ni pun, dia ngah potong2 carrot. Sepatutnya aku tolong kan? Tapi bad mood aku ni melampau2 lak perginya. xpelah, jap lagi balik, aku tolong lah apa yang patut. Walau apa2 pun aku sentap ker apa ker, aku harap2kan yang majlis esok tu akan berjalan lancar seperti yang dirancang. Chaiyookk2 mak! Ramai gak kawan2 dia yang dia jemput. Alah, sekali ngan raya korban kan? So, sekali datang, sekali raya lah. 

Dan satu lagi yang baru aku perasan baru 10minit ni, hari ni 26hb November. Sama tarikh dengan hari abah meninggal. So, masuk tahun ni, abah dah 3tahun meninggalkan aku ngan mak. Kalau abah masih hidup, umur dia sekarang ni 93 tahun tak silap aku. Sebab umur dalam ic dia lain. Orang dulu2 kan mana ada ic. 

Urm (menitis air mata sekejap). 

Sayu plak aku memikirkan nasib sebagai seorang anak yatim. Patutlah pun aku tak nak ada mood sangat n tadi rasa macam nak ziarah kubur rupa2nya tarikh ulangtahun kepergian abah. Kenapa lah abah pergi terlalu awal kan? 3 hari lepas aku ada mimpi abah dan dia nasihatkan aku untuk jaga mak. Aku tak berapa nak faham sangat mimpi tu tapi apa2 pun, aku sedekahkan al-fatihah untuk arwahs emoga rohnya akan dicucuri rahmat. Sekarang ni, aim aku adalah menjaga mak dan study tol2 agar segala pelaburan yang telah dibuat tak sia2 begitu saja. betul tak? so, kepada korang yang masih punya mak dan ayah, sayangilah mereka sepertimana anda menyayangi diri anda. Kalau mereka dah tak ada nanti, baru korang akan rasa macam mana anak2 yatim yang dah tak ada parents rasa disaat2 hari raya macam ni. 

Urm... =')

4 comments:

jejaka anggun said...

sedih.

*jejaka anggun pun teda berbapa.

Qarl said...

huhu

karl doakan your mum trus dipanjangkan umur


hap[py eid adha

omgpetch said...

kau jgn la salu ckp mcm ni. aku sebak

Maganda Si Intan said...

that's so lovely may! you tcare! (: