Thursday, November 12

Another One!



Khamis - Another one film that  u guys should go is Phobia2. I baru jer tengok film ni semalam. Aku ingatkan filem ni gila bapak punya seram. Yer lah kan, Phobia1 pun leh tahan kot kalau nak buat awek/bf peluk sebelah sebab takut. So, harapan aku untuk jerit2 dalam filem ni tinggi tapi rupenya hampeh! Bodoh punya cita. Bukannya seram tapi kelakar. Genre apa yang dia nak bawak pon aku tatau. Disebabkan aku tak mau korang g tengok, aku nak citer sikit jalan cerita dia. Hahaha. Nanti korang dah tak suprise lagi dah nak tengok so kalau rasa2 nak g alami sendiri pengalaman bodoh tengok citer ni kat wayang, STOP reading! 

Hantu Lapar
Ni cerita pertama. Pasal hantu lapar. Kelakar kan? Hahaha. Ada sorang budak ni dia jahat. Kiranya dia ni mat rempit lah. Salu merembis malam2 sana sini dan merompak orang yang lalu lalang kat kawasan gelap. Satu malam ni dia ngan member dia pun pergilah membuat projek bodoh, merompak lagi. taktik dia merompak ialah dengan membaling batu kearah cermin kete so, kete akan terbabas dan dia akan amik apa yang ada. Tanpa dia sedari, dia dah baling batu kat satu kereta dan terus terbabas kat gaung. Bila dia lari nak g copet apa yang ada, dia tengok kete tu kete bapak dia dan bapak dia mati kat tempat kejadian. Apa yang dia sempat amik, hp bapak dia dan masih dia pegang sampai hari ni. Sebab dah marah kat anak dia, mak dia ni g hantar anak dia belajar moral kat sami buddha. Kepala dia kena botak. Muka hensem2 dah tak hensem lagi. Masa ngan sami tu, dia ni kena lalui beberapa halangan. Kena bertapa kat dalam hutan dan ditinggalkan sorang2 dan syaratnya dia tak boleh nak makan apa2. Disebabkan dia lapar, dia g balik kat hutan yang dia lalu before pondok yang dia tinggal malam tu untuk amik makanan2 yang diletakkan disetiap pokok2 besar, dia siap masak maggi kay? Lepas tu maggi dia kena rampas n dia tak makan apa2. Since malam tu, dia dah mula kena kacau dengan hantu lapar yang marah dengan tindakan dia curi makanan. Hantu tu kacau dia gila babi sampailah dia larikan diri keluar hutan. Sebelum sempat lari, dia kena baling ngan batu2 yang sama yang pernah dia baling masa buat jahat dulu. Muka dia habis lebam apa semua. Ending dia, dia jadi hantu lapar yang baru. Bodoh tak kawan2?

Wad
Cerita kedua. Pasal wad hospital. Haha. Ni memang tak boleh belah! Doktor ni ngah bedah sorang lelaki punya kaki yang excident...
"awak rasa apa?" kata doktor
"bosan" jawab lelaki tu
"bukan, kaki awak ni kebas tak? Rasa sakit ker?" tanya doktor tu lagi
"ohh..." reaksi lelaki tu ngan muka bodo slenge
Malam lepas pembedahan tu, lelaki tu dihantar ke wad yang ada sorang laki tua dah nak mampus! Lelaki tu macam pelik lah kan? Dia nak private room tapi hospital bagi class C punya wad lak. Kimak! Malam tu, jururawat datang nak inject org tua tu tapi jarum patah n dia boleh bantai senyum. Lelaki tu pun senyum n jururawat tu cakap yang org tua tu dah tak leh rasa apa2 n hanya bergantung pada mesin hayat. Kalau ahli keluarga datang, n setuju tanggalkan, maka jiuunnn lah pak cik tu dengan kioknya! Haha. Lelaki ni pun jenis penyibuk. Malam tu dia dok mengendap org tua tu. Ner tau ada apa2 ke kan n start dari tu, dia kena kacau dengan hantu org tua tu gila2 babi punya. Sampai dah terjerit2, tertiarap kat lantai apa semua. Semuanya sebab orang tu tu! Last skali dia kena pijak ngan hantu tu n hantu tu boleh lak muntah darah kat muka dia. Dia sedar2 dari pengsan jer, org tua tu dah mati komfirm. Mayat dia lalu kat depan dia n dia tengok jer. Lima minit lepas tu, ada insert scene pengikut2 org tua tu dah berkumpul kat luar wad. Upenya org tua tu macam ayah pin lah. Ada pengikut. Tak lama lepas tu, kuar lelaki yang kena kacau tadi sambil diiringgi oleh ahli jawatankuasa tertinggi (biro mungkin) org tua tu. Muka dia close up memang tak boleh belah. Berlagak gila dengan senyuman bangganya! Rupenya, hantu tu kacau dia malam tadi sebab nak jadikan dia pewaris. Haha. =D macam mana lak ending kali ni?

Bag Packer
Cerita selanjutnya adalah mengenai si bag packer dari jepun. Sorang lelaki, sorang pompuan. Diaorang ni dok menahan kereta nak tumpang g bangkok tapi satu pun tak berhenti. Sampailah satu ketika, ada satu lori besar stop. Diaorang ni naik dengan gumbiranya tapi kena bayar untuk g bangkok tu. They have no choice so, kena lah bayar. Dengan english thailand tu terabur habis, lagilah si jepun tu. Entah apa2. Dalam perjalanan tu, ada bunyi bising2 macam orang ketuk2 kat belakang lori tapi drebar dia tu buat bodoh ker. Mereka yang kat lam lori tu pun takut nak tegur sebab muka drebar tu bengis gila. Bila dah tak tahan, drebar tu melencongkan lori dia kat tempat lain n terus g belakang lori bawak pistol. Bila dia bukak, ada ratusan mayat kat belakang yang mata dah putih. Lelaki tu terkejut king kong lah n dia arahkan dia punya klendan tu pindahkan mayat. Masa duk sibuk nak pindahkan mayat, klendan lori tu amik pisau dan potong dada salah satu drpd mayat lelaki tu. Dia boleh lak masukkan tangan n seluk dada orang tu. Pastu dia bawak keluar satu bungkusan yang macam sup bunjut tapi benda tu dadah. Dia paksa semua orang yang dalam lori tu makan so, semua terpaksa telan. Disamping nak seludup orang. dia seludup dadah guna badan orang. Si jepun 2 ekor tu terkejut n tengah duk sibuk bergaduh dengan 2 bahasa yang masing2 tak faham, mayat lelaki tu bangun n jadi zombi. Maka, matilah jepun tu. Lepas tu, sorang demi sorang bangun memandangkan tindakan kimia yang berlaku dan jadi zombi. Semua kejar lori tu. Si kledan dan jepun pompuan yang tinggal ni tak sempat naik lori so, diaorang pun lari selaju mungkin. Sempatlah juga diorang lompat walaupun zombi2 tu punya larian sangat2 lah laju. Laju punya laju, diorang yang berdua kat belakang dah selamat tapi makhluk tuhan sorang kat depan tu tak. Zombi tu dulu bekas atlet Thai. So, dibuatnya love bite kat drebar tu. Lori pun terbalik. Tengah pening2 tu, 2 orang kat belakang tu dalam gelap bukak lighter. Ada lagi beberapa mayat mata putih yang tak sempat nak pindahkan keluar bersama mereka. So, tak macam gigil lak kan. Yang si minah jepun tu dah menangis sebab ada satu mayat duk elok baring kat riba dia. Baik punya landing. Haha. Lelaki tu keluar nak tengok2 keadaan sekeliling dan ada satu kete datang. Tengok2 dalam kete tu, tinggal tangan jer pegang gear. Motif sangat! Pastu lelaki tu tengok pompuan tu dipeluk oleh seorang budak lelaki normal yang tak jadi hantu. Tapi lelaki tu dok ingat2 balik kalau2 budak tu pun makan bunjutan tu! Memang sah. Budak tu makan gak bunjut tu. Lelaki tu terus patahkan kaca dan suh pompuan jepun tu lepaskan budak lelaki tu tapi dia cakap dalam thailand. Mana lah budak jepun tu nak faham. Dah budak jepun tu ingat yang dak lelaki tu nak bunuh dia so, dia tembaklah lelaki tu ngan bangganya dan bawak bdak tu naik keta n bwk lari dari tempat tu. Sampai2 kat satu simpang, ada lak keteapi yang sibuk nak melintas. So, dia pun kenalah stop. Bunyi langau & lalat banyak sangat time tu. Dia tengok jer kanan dia, mata budak tu dah putih n mayat dia dah busuk. Si jepun ni terus amik pistol n nak tembak budak tu tapi tak kesampaian. Last2 sekali, pompuan tu yang kena tembak dan zombi budak tu terus kuar lari ke arah penduduk kampung yang ada kat situ dan gigit sorang tok sami. Pastu end. Haha. Kimak star berapa nak bagi ni?

Pembaikan
Apa punya tajuk lah pembaikan ni kan? Haha. Cita kali ni lak menceritakan tentang sorang pompuan yang kariernya merupakan seorang penjual kereta mewah dan dia ni g keje bawak anak dia. Kerja anak dia yang umur dalam 5 tahun ni lak dok main jer. Tak kisah lah nyorok2 lam kete yang hampir ratusan banyaknya ataupun main kete kontrol. Kesian mak dia ni asyik dok cari jer mana anak dia ni main sembunyi2 kan? Satu hari, dia ni tengok record2 kereta yang dia jual. Rupanya, kebanyakan daripada kereta yang dijual tu kereta yang dah eksiden teruk. Ada yang terbakar, remuk, penuh dan sebagainya. Dan2 sibuk dia ngah tengok record, dia tengok sekali cctv kat mana anak dia main memandangkan dah malam n dia ni dah nak balik. Tibe2 jer anak dia ni hilang. So, dia dah mula panic. Amik semua kunci2 yang ada dan tekan kat satu2 kete. Bayangkan lah betapa takutnya situasi time tu. Tapi malangnya, dia tak jumpa sapa2. Dia patah balik n rewind balik cctv yang ada. cop2. (skrg ni aku tnggl sorg kt umh dan seriusly bulu roma dah meremang 2 3 kali dah ni). Lepas tu, mula lah dia nampak anak dia main kat satu kete dan ngah cakap ngan seseorang. Time tu lah dia nampak hantu n terus kena kacau gila babeng. Disebabkan dah takut gila, dia g kat kete dia n nak start lari. Malangnya kete dia tak leh nak hidop. Time tu dia dengar bunyi org ketuk2. Mesti lah dia ingat hantu so, dia pun cemas dan cepat2 start kete. Hidup kejap jer kete tu, mati balik tapi sempat sampai kat luar pagar kedai dia tu. Dia turun dan terus lari depan kete. Cuba teka apa yang dia nampak time tu? Dia nampak kasut anak dia kat depan kete ngan darah. Bila dia buka jer bonet depan kete, dia nampak anak dia dah mati kat kipas kete tu. Rupenya, masa dia dok jerit2 cari anak dia, anak dia sembunyi kat bonet enjin tu sebab kalau sembunyi kat lam kete, dah biasa n tentu mak dia dapat cari. Masa mak dia duk sibuk nak start enjin kan ada bunyi org ketuk yang disangkakan hantu, tapi upenya anak dia. N sebab tu jugalah kete tu tak leh nak hidup. Budak tu duk kat kipas dia. Hurm... Sadis tul ending dia!


Dan Akhirnya
Ni cite last yang lagi bodoh dari yang sebodoh2 alam. Sebenarnya cerita ni tak habis lagi. Ada lagi satu cerita yang sangat bodoh dan tajuknya ialah Dan Akhirnya! Urm, cerita ni menceritakan tentang satu penggambaran yang berkisarkan cerita hantu. Tetapi yang trajiknya, hantu2 dalam cerita tersebut bukanlah hantu yang sebenar. Ada sorang cast ni pegang watak hantu tapi masa scene dia, dia tak dapat nak wat sebab batuk yang sangat teruk dan terpaksa dikejarkan ke hospital. So, pengarah terpaksa menukar jalan cerita untuk back up balik scene yang tak jadi tadi tu. Dalam diorang duk memikir nak buat jalan cerita macam mana, datang plak si cast yang pegang watak hantu ni tadi. Diorang ni pun pelik lah. Kenapa sekejap sangat g hospital kan? Dah elok ker dia? Si cast ni pun cakap lah nak g toilet n minta kawan dia temankan. Dalam masa nak g toilet tu, kawan dia ni dapat panggilan daripada kawan yang temankan si cast ni tadi g hospital dan bagitahu yang si cast tu dah mati. Terkejut mamat tu. Dah lah masa tu, dia ngan si cast tu otw g toilet. Haha. Apa lagi yang mamat tu boleh buat daripada menahan takut sebab dia dapat tahu yang bersama2 dengan dia tu hantu. Bukan si cast tu. Masa tu jugak lah kawan dia yang memegang watak utama datang. Dia ni pun bagi lah si cast ni kat kawan dia dan lari g kat crew2 yang lain. Sampai jer, dia terduduk kat atas walkie talkie so apa yang dia cakap, didengari oleh semua crew2 yang lain. Haha. Memang kelakar. Bila diorang cuba nak bagitau kat yang lain, semuanya dah cabut lari. Nak tak nak, diorang terpaksa memikirkan jalan untuk habiskan cerita tu memandangkan diorang tahu yang hantu tu kembali sebab nak selesaikan urusan yang belum selesai. Memang sadis keadaan time tu. Diorang nak tak nak terpaksa juga buat scene yang terakhir tu dengan hantu tersebut. last sekali, semua bukan hantu dan semua mati katak macam tu jer!


Hampeh!

6 comments:

mohamad 'may' yawmon said...

tengok pisau cukur. best lagi dari tengok phobia 2 nie.

jejaka anggun said...

hahahaha..... yg penting ada lagi yg nak tambah kat komen tuh.

apa2 pun mmg best tgk citer seram bodoh camnih. teringat citer puaka tebing biru ataupun puaka topeng putih dulu. mmg hanjeng!

hans said...

phobia 1 je aku baru tgok
yg no 2 ni tak
tapi diorang kata 3 cerita seram n 2 lagi lucu..betul ke?

pisau cukur dgn 2012 best..silalah tgok..
fourth kind pun ok

mohamad 'may' yawmon said...

pisau cukur dah tengok tapi tak tahu nak bagi komen macam mana sebab masa tengok tu, i pening kepala. Rasa macam bosan jer!

2012 buat masa ni bagi i hanyalah sekadar mimpi. tak dapat nak tengok lagi. semua full. sunway, ou, cineluisure, pavillion dll pun full. geram gila! tunggu pirates jew lah nanti!

Choo said...

i watched it!! mmg i xbrani nk bkk mata la time budak tu kne baling batu.. sian gile.. btw.. i know who u did want to hug while we were watching phobia 1 dulu.. n i know exactly the details.. haha =p

mohamad 'may' yawmon said...

tak faham lah choo.. sapa ek? kita tengok kat ner ek?