Tuesday, July 14

Isu PPSMI : Kampung Sangat Ke Kampung?

Merujuk kepada kenyataan BeritaHarianOnline, Selasa 14 Julai 2009, ada lagi pihak yang tak senang dengan keputusan kabinet terhadap pemansuhan PPSMI seperti yang kita sedia maklum. Ada yang cakap, pertimbangkan lah kalau-kalau PPSMI ni diteruskan disekolah-sekolah didaerah bandar. Memang niat kerajaan murni untuk mempertimbangkan isu ini tetapi adilkah pada pelajar-pelajar diluar bandar plak? Kampung sangat ke pelajar-pelajar kampung di negara kita ni? Tolonglah fikir sikit, kalau pelajar bandar sahaja yang nak diberikan penekanan, bagaimana pula dengan nasib pelajar-pelajar lain yang tinggal di luar bandar? Adalah sangat tidak adil bagi mereka. Saya sedih apabila membaca arikel ini di Berita Harian Online (Selasa 14 Julai 2009) sebab saya juga budak kampung. Lagi yang saya baca dari artikel ini, terdapat segelintir pihak yang menyatakan tahap penguasaan para pelajar dibandar lebih bagus. Kalau macam tu, tak payah tubuhkan sekolah di kampung-kampung/luar bandar! Bina saja sekolah di bandar. Bagi budak bandar jadi pandai dan mendikriminasikan budak kampung. Kalau nak dilihat daripada rekod yang sedia ada, ada juga pelajar kampung yang berjaya. Lagi teror dari budak bandar pun ada. So, kalau mereka tu pandai tetapi apa yang patut disajikan kepada mereka tak dapat, jadi bodohlah budak tu dan sampai bila kita nak 'set mind' yang semua budak kampung bodoh? Kata kita tinggal dalam konsep '1 Malaysia', jadi apa yang perlu dilakukan ialah tindakan yang seadilnya. Adil pada pelajar bandar, adil pada pelajar kampung. Kan senang? Sama-sama dapat rasa. Tak perlulah nak teruskan 'penjajahan' ni. Nak divide kan budak kampung dan bandar. 1 Malaysia mean satu suara. Semua sama. Sama juga macam apa yang Menteri Perdana kita cakap semalam berkaitan Dasar Saksama.
"Menteri Perdana kita memberi jaminan yang kerajaan akan memberi pertimbangan yang adil dalam membentuk sebarang dasar supaya semua kaum menikmati faedahnya. Ucapannya di Invest Malaysia baru-baru ini, beliau nyatakan dasar mikro untuk mencapai sebuah masyarakat yang adil, saksama... maknanya Bumiputera terus terbela, tidak diketepikan, matlamat asal diperjuangkan, apa yang berbeza adalah kaedah atau jalan ke arah mencapai matlamat itu"

So, sama je lah kan konsepnya dengan isu ni so bersikap proffesional lah sebelum membuat sesuatu keputusan agar tidak akan luntur kepercayaan yang telah diberikan kepada kita. Jangan pula biar seteru-seteru kita mula naik kepala dan bagi cermin kat kita balik. Harapan banyak rakyat bergantung pada pihak yang berkenaan. PYB yang menentukan hala tuju negara dan masa depan mereka.

No comments: