Friday, July 17

Crush

Satu topic yang agak menarik untuk dibincangkan. Am I on crush? Hahaha. Pernah tak korang jatuh cinta pada seseorang? Tak kira lah pada lelaki ataupun perempuan. Mesti pernah kan? Macam mana ek rasanya? Boleh kongsi tak? Adakah ia satu perasaan yang akan membuatkan diri kita 'ecstasy' ?Aku pun tak pasti tapi daripada apa yang aku rasa ni, sememangnya aku rasa aku dah jatuh hati. Sekali lagi jatuh hati pada seseorang? Macam tak percaya sebab aku dah serik dengan pengalaman pahit yang sebelum2 ni dengan tutt. Tapi apa yang aku rasa sekarang ni memanglah sebenarnya perasaan yang dialami oleh seseorang yang sedang jatuh cinta. Dilamun dengan khayalan yang sangat menggusarkan. Aku berdebar-debar bila melihat dia. Aku rasa nak take care bout dia dll. Boleh tolong bagitahu aku macam mana nak tangani masalah ataupun perasaan ni? Sebab aku sendiri pon tak tau nak buat apa lagi?

Bila nampak dia jalan, aku tak dapat nak menahan diri untuk mendekati dia. Senyuman dia membuatkan dia kelihatan comel. Senyuman dia juga lah yang membuatkan aku crush kat dia. Bila mula2 sekali mengenali diri dia, aku tak suka sangat dia ni dan banyak sangat problem yang berlalu antara kami tapi akhir-akhir ni entah tak tahu kenapa dia macam memanggil-manggil aku untuk singgah ke dalam hati dia. Hahaha. Apa yang membuatkan aku tambah suka kat dia :

1. Apa yang dia pakai, selalu kena dengan diri dia so bila bercinta, tentu pasangan dia tu kena/secocok dengan dia sebab dia pandai pilih apa yang dia suka

2.Bila dia makan, dia akan habiskan makanan dia. Maknanya dia bukan seorang yang suka membazir dan mungkin kalau bercinta, dia akan hargai orang yang dia cintai tu. =p

3.Kawan rumah dia cakap, bila dia tido, dia sangat2 comel macam baby dan akan bangun dengan muka yang teging so kalau bercinta, dia tentu akan buat muka comel bila nak pujuk/ask for something

4. Dia mempunyai sifat dan ciri-ciri seorang pemimpin sebab dia pandai handle sesuatu conference ataupun eny event yang diadakan so kalau bercinta nanti, tentu dia boleh menjadi seorang pasangan yang baik dan boleh memimpin

5.Bila dia menjadi diri dia dalam scene 'driving' sebab time memandulah kita dapat lihat siapa diri kita/dia yang sebenarnya so kalau bercinta, aku dah tahu siapa dia dan attitudenya

Semua orang sukakan seseorang/pasangannya mesti bersebabkan? Ada yang kerana rupa, harta dan ada juga yang disebabkan clubbing. Hahaha. Tapi jodoh rupanya boleh dibahagikan kepada 3 konteks. Macam apa yang aku tonton dalam 'Syurga Cinta', ada jodoh kerana syaitan, jodoh kerana jin dan juga Jodoh Kerana ALLAH. So, dimana status aku berada sekarang ni pun aku tak tahu. Apa yang aku tahu, aku akan terus meminatinya dalam diam sehinggalah satu hari nanti, bulan tahu pungguk sentiasa merinduinya.

No comments: