Wednesday, July 29

God, Please Save His Life!

Babak 1

Hari rabu lepas, lepas meeting pasal trip dan sesi photo dengan prof, aku, epul, ashmeer ngan aby g Gombak. Umah ashmeer sebab dia nak amik camera dia. So, epul ajak aku n anku drive memandangkan dia kurang sihat dan yang lain-lain dalam kete tu tak tahu drive. dalam kete tu jer, epul dah mula batuk2. Teruk. Kami sampai kat Gombak lam pukul 6.30 petang. Cuaca time tu memang sejuk ar. Kat umah ashmeer ada kucing comel. Nama dia Cumi. Comel cangat. Yang si epul ni pon degil juga. Dah tahu batuk, g cium idung kucing tu. Idung kucing tu sebijik macam muka lori kena langgar, kemek gile. Mana ashmeer dapat kucing tu pon tak tahu lah. Aku dah cakap 2 3x ngan epul, jangan cium! Nanti batuk. Dia tak cium tapi ditonyoh2 lak. Aiyoo...

Babak 2

Kami sampai kat puncak lam kol 8.35. Time tu kiteorang plan nak g tengok screening. Citer Gadoh. Mamat handsome berlakon, sah2 lah kiteorang g tengok kan? Tapi sebelum tu, aku hantar abby dulu balik umah memandangkan dia tak sihat. kat dalam screening tu, penuh sangat dengan orang. Epul batuk lagi tapi biasa punya batuklah. Lepas jer habis screening, time Q & A session, aku ajak epul kuar g makan, time tu tak makan apa2 lagi. Sebelum g kandang tu, sempat juga menyinggah tengok dak2 peska punya latihan. Join sebentar.

Masa makan kat kandang, epul makan nasi ayam ngan teh o ais. Bukan kecik punya gelas tau. Gelas besar! Pale otak dia ar.. Time tu aku malas nak marah. Kang dia cakap aku kongkong dia lak. Dia minum, dia batuk. Aku bagi dia tisu. Order kan dia air suam. Dia minum tapi batuk still lagi. Lepas tu dia cakap nak g muntah jap. Tapi aku tahu dia g mana. Dia g smoking! Pandai dia sembunyi2 smoke kat belakang toilet kandang tu. Lepas makan apa sume, kami pon balik. Budak2 ni kepala gila. Ajak panjat pagar belakang! Memang cepat. Cepat sangat sampai umah. Sampai kat depan blok nampak ramai yang lain lepak termasuklah housemate aku. Epul tak join. Dia g join dak2 part 2. aku g belikan dia strepsil n msg dia suh balik memandangkan jap lagi ada spotcheck n dia tak makan ubat lagi. Dia balik aku pun balik. Kat umah, semua sibuk kemas umah. Disebabkan dah tak ada keje lain, aku basuh pinggan. Time tu mawar datang nak cakap something tapi tak jadi. Masa tu, aku ada terlintas nak msg epul suh makan ubat apa semua so dia tak lah ngelat tak nak makan kan? Habis keje apa semua lam kul 12 aku msg dia.

"epul, u jangan lupa makan ubat tu semua. Kalau batuk-batuk lagi, makan strepsil yang i bagi tu and please lah jangan smoking!"

Tengah dok syok aku berbual ngan mawar, ada msg.

"meiy, i sesak nafas"

Aku terus bangun dari katil n cepat2 g kat locker aku amik minyak angin. Terus lari g umah dia. Sorang pon tak tahu melainkan chu yang agak pelik kenapa aku kelam kabut.

Babak 3

Sampai2 kat umah dia tak ada sapa. Yang lain semua g memondan rasa kat bawah tadi. Yang ada ashmeer. Ashmeer cakap dah sapu ubat dah. Time tu aku tengok dada dia dah mula berombak kencang. God! Aku jadi panic. Tak tahu nak call sapa. 2 minit lepas tu, dak2 umah dia balik. Aku tanya kat diorang kalau2 ada simpan no RS bertugas coz nak bawak epul g sepital. Time tu barulah diaorang semua sedar yang epul sakit. Time tu jugalah ombak dada dia gile babeng punya kencang.

Babak 3.1 (sial bermula)

Aku ngan oden lari turun bawah nak cari no rs. Tapi xder. Kebetulan time tu TH ada kat depan blok D. Aku terus lari mendapatkan dia. Aku cakap kat dia apa semua. Tapi dia punya reaksi, relax jer. Kepala otak dia lah! Dia suh aku cari rs bertugas sedangkan time tu ambulan tak der. Tolonglah! Ko tu kan TH merangkap P* xkan xbole nak fikir apa2. Then aku g lari jumpa guard kat depan. Lari lagi. Masa tu dah 3 4x amar kol cakap epul makin teruk. Aku dah makin panic. Air mata jangan cakap lah. Mengalir dah macam paip bocor. Bukan ngada-ngada tapi risaukan kawan. Sapa tak sayang kawan beb. Lagi plak aku dah ngan dia selama dia sakit.

Sampai kat post guard depan, oden terangkan keadaan sebenarnya kat guard. Time tu aku leh lah tahan nak marah sampaikan dia cakap dia tak leh nak buat apa2. Fuck lah! Aku apa lagi, mantol ar. Aku cakap kat dia, kalau tak boleh tolong sekalipun, bukalah pintu pagar, aku boleh amik kereta aku. Tak payah nak tunggu apa semua. Tak kan nak tunggu sampai mam*** baru nak bukak kot. Time tu tau apa dia punya reaksi? Dia cakap tak boleh lah. Apa2 pun kena tunggu rs gak baru leh bukak. Aiyoo! Bodo sial guard ni. Aku dah mula nak marah ni tapi oden suh sabar. Aku lari balik kat blok sebab amar dah kol banyak kali. Aku panic. Panic!

Masa tu aku terus lari balik rumah sebab nak tengok keadaan dia. Kebetulan sebelum naik tangga, jumpa Abg Said. Wakil JPK. Sah2 lah ko sasaran aku. Time tu abang tu kena sekolah tadika, agama dan seterusnya sampailah dia bawak aku g office. Ingat sampai office lah settle problem lah tapi rupanya makin teruk!

To be continue...



1 comment:

since1990 said...

nothing to say...
epul terlalu dan tersangat sangat bertuah kerana memiliki sahabat sehebat kau!!(",)