Friday, November 4

Aku nak juga.... tapi malangnya....

Assalamualaikum & Hi my followers and public readers. Korang apa khabar? Aku harap sangat yang korang semua dalam keadaan yang sihat-sihat belaka. Post kali ini focusnya lebih kepada meluahkan perasaan yang membeku dihati. Perasaan yang entah aku tak tahu nak expresskan macam mana? Bercampur baur. Sedih ada, gembira pun ada tapi apa-apa pun, aku nak namakan post kali ini sebagai “Aku nak juga... tapi malangnya...”. Nak tahu kenapa? Beginilah ceritanya bermula...

27 Oktober 2011, antara tarikh keramat, antara tarikh terpenting, antara tarikh bersejarah dalam hidup aku dan hidup kawan-kawan aku yang lain. Nak tahu apa yang istimewanya tarikh ni? Inilah tarik hari konvokesyen aku, Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-75 2011. Istimewa kan? Ya. Ia sepatutnya menjadi hari yang istimewa. Mungkin, sangat istimewa tapi...banyak hal yang membuatkan aku rasa ada yang kurang hari ini. Ish, apa entah perasaan dalam kepala ni tapi itulah! Perasaan yang duduk bermain jongkang jongkit dalam kepala otak! Ada juga yang duk menghayun buaian agar aku terus hanyut dan lena melayan perasaan dorongan  syaitan ni. Tak tahu mana silapnya. Tak ada silapnya lah kata otak kanan tapi otak kiri yang ada iblis syaitan ni duduk sibuk pujuk suruh nangis tunjuk kelemahan, hanjing! Aku tengok semua orang gembira hari itu, sangat gembira bersama keluarga masing-masing. Gembira dengan orang penting masing-masing! Tapi aku...

Aku nak juga...ada ramai family yang datang support dan meraikan hari besar dan istimewa ini tapi malangnya...hanya mak aku dan mak ngah yang datang, bersama dengan tiga orang sepupu aku yang lain. Bukan tak cukup ramai. Bukanlah nak bawak satu kampong atau segerombolan rombongan tapi kan best kalau ada family yang complete. Ada mak, ada abah. Abah? Hmm... lama dah abah tinggalkan aku. Tak sempat dia nak tengok hari penting ni. Masih terngiang-ngiang ditelinga aku masa berseluar pendek dan berhingus dulu, orang-orang tua, orang kampong suka kalau anak-anak diorang membesar dan berjaya. Dapat sambung pelajaran ke universiti dan kemuncaknya, mengenggam segulung skrol. Tak kiralah diploma atau ijazah. Asalkan, ada gambar anak dia salam dan terima skrol dari pro canselor yang mungkin sama umur dengan mereka. Tapi abah aku tak sempat nak tengok semua tu! Dia tak pun sempat nak tengok aku habis sekolah dan melangkah ke universiti ni. Inikan lagi nak memenuhkan salah satu tempat daripada dua jemputan tetamu untuk masuk duduk dalam dewan. Tak sempat. Haha. Tuhan lebih sayangkan dia, mungkin. Dalam dewan tu, ada video yang disediakan khas untuk pelajar dan tetamu iaitu ibu bapa yang membawa mesej yang sangat mendalam. Sangat sangat mendalam. Memang sedih dan menusuk kalbu. Tapi masa tu, aku hanya mampu tunduk. Diam je. Buat-buat macam tak ada apa berlaku tapi dalam hati, tak ada siapa tahu. Tak ada siapa. Aku keraskan hati. Toleh belakang, tengok semua mata merah, hidung merah, telinga merah. Tapi aku masih maintain dengan make up putih medium beige yang tebal, sembunyikan semua kemerahan yang ada. Toleh belakang, Nampak Hamzi tunduk. Walaupun tak nampak sangat merah sebab... haha, aku babi! Toleh lagi belakang, nampak Ika 113, bukan main rancak lagi nangisnya. Diam lagi, bertahan. Toleh belakang lagi, nampak Erol nangis merah sana sini. Masih lagi bertahan. Keras hati. Tapi sikit demi sikit, hati mula berdegup kencang. Dah nak terkeluar dan airmata tapi...tak! keras hati dah buktikan yang dia masih mampu bertahan. Kalaulah, kalaulah ada yang duduk sebelah aku tu jenis yang senang mengeluarkan airmata, matilah aku! Percayalah, muka buruk sebab nangis pasti kelihatan. Aku pasti, sangat pasti yang aku tak mampu nak mengawal keadaan. Tak mampu nak menahan airmata yang akan mengalir dengan penuh deras. Tapi Alhamdulillah, tuhan tak nak aku menangis macam pondan. Aku masih keras, jantan keras, keras hati! Nasib baiklah Yo yang duduk sebelah aku dan dia pun cool je, tak kan lah aku nak nangis teresak-esak sebelah dia kan? So, terima kasih Yo. You dah buat i jadi lelaki. Hee... Itu baru cerita di dalam dewan. Belum ceritanya diluar. Apa yang aku pasti, mesti mak menitiskan air mata masa aku kat atas stage tu. Apatah lagi dengan video yang sedia ada tu! Mesti kalau ditadah, boleh dapat setempayan airmata mak aku. Haha. Dah lah jenis senang nak nangis, tapi itulah. Masa nak naik stage, rasa sangat sangat sangat takut. Control je senyum sepanjang perjalanan dengan harapan gambar yang akan keluar nanti, cantik. Nak gantung kat rumah kat kampong kan. Bukti! Tapi bila dah turun, rasa macam nak naik lagi! Nak jerit-jerit atas stage tu tapi mampu ke kau? Haha. Tak pasal-pasal kena halau pulak kan? Itu baru cerita dalam dewan, bila kat luar dewan, lain pulak ceritanya. Aku keluar, tengok sangat sangat sangat sangat ramai mak bapak adik kakak kawan-kawan aku. Pegang bunga besar-besar, peluk cium segala tapi aku...

Aku nak juga...ada satu family yang complete dan besar tunggu aku kat luar tu dengan bunga besar, bear besar tapi malangnya...malunya nak cerita! Sekarang ni pun, airmata dah mula nak keluar tapi aku tahan. Ada cerita best kat TV3, pencalonan Anugerah Skrin : Kemaafan Yang Tertangguh. Macam nak berhenti menulis tapi, rasa macam nak teruskan je. Mata mula curi-curi tengok tv sekarang ni tapi otak masih disini. Saja, nak buat airmata lupa. Lupa yang dia patutnya dah keluar tadi. Yes! Aku berjaya. Sambung cerita, aku nak sangat bila aku keluar tu, family aku bagi bunga kat aku! Tapi time tu, keluar-keluar je mata kau dah mula melilau cari mana family aku. Mana mak? Mak, mak kat mana? Aku berjalan meredah orang yang sangat ramai. Rasa macam kerdil je time tu. Tengok kanan, orang tu dengan family dia. Gembira! Tengok kiri, orang ni dengan family dia, juga gembira! Aku hanya mengekor bontot Petchai konon-konon macam tak ada apa tapi aiiiiiii...hanya Tuhan je tahu macam mana rasanya aku pada masa tu! Jalan punya jalan, aku jumpa juga dengan mak dan mak ngah aku. Kesian diorang. Duduk bawah pokok petai mini. Panas. Mana aku nak bawa dioarang ni. Ha, ada pun tempat redup! Aku buat-buat gembira! Senyum lebar walaupun padahalnya, mata ini bila-bila masa saja boleh mendung! Sempat bertanya mana lagi tiga orang, mak ngah cakap, diorang pergi beli apa entah. Nak bagi pada aku! Ha? Ada juga akhirnya. Walaupun tak seberapa, tapi aku besar hati. Bersyukur sangat-sangat pada tuhan. Masih ada yang ingat pada aku. Bukan tak ada langsung, ada. Cuma, ianya tak sama macam yang kawan-kawan lain pegang. Comel je aku punya. But, aku suka! Ianya dah cukup bermakna. Sangat sangat bermakna. Aku ada juga dapat bear dari Minah, dia dah bagi siap-siap dah dari Batu Pahat tapi aku tertinggal. Lupa nak bawak. Menyesal pun ada sebab tak bawak. Aku jalan sana sini, ada yang pegang bunga BESAR, beruang BESAR, ahh! Macam-macamlah yang besar. Tapi aku hanya pegang satu je bunga kecik. Alah, tak kemananya pun hadiah-hadiah tu semua sebenarnya tapi...bila aku fikirkan balik, ini mungkin konvokesyen aku yang pertama dan terakhirnya. Mungkin! Itu yang membuatkan aku tambah sedih. Kalau aku sambung belajar, tak apa. Kekurangan yang ada pada hari ini, boleh touch up masa konvokesyen satu lagi tapi kalau dah ini je satu-satunya konvokesyen aku, tak ke haru? Tapi aku masih lagi mampu memegang kata, keras hati. Aku diam je. Aku masih lagi buat-buat gembira. Ambil kamera dan pergi ke orang ramai. Ambil gambar dengan orang tu, ambol gambar dengan orang ni. Semuanya kena ambil sendiri. Sedih lagi! Hanjinglah perasaan ni. Macam sial! Tengok depan, kakak Ceyda yang amikkan gambar. Pusing kiri, mak cik Hamzi yang amikkan gambar, banyaklah. Tak terkira. Terdetik juga hati pada waktu tu! Rasa macam..macam macam macam lah! Ada, ada yang seronok! Kami buat flashmob. Ramai-ramai. Semua orang tengok. Rasa sangat gembira. Gembira buat saat terakhir bersama dengan kawan-kawan yang kurang rapat. Gembira memang terasa sampailah satu saat ada pak cik ni sabo pergi terpijak kami punya plug dan termati lagu tu. Adoiyaiii. Memang nak kena bunuh lah pak cik tu! Haha. Tapi, rasa terkilan pun ada juga! Terkilan sebab tak hafal step flash mob tu betul-betul. Ingatkan tak jadi, tapi my batchers are so awesome!!! Haha. Seronoklah ingat saat tu. lepas daripada tu, sesi amik amik gambar pun bermula...semua seronok amik gambar dengan family dan sanak saudara masing-masing tapi aku...

Aku nak juga...amik gambar family ramai-ramai. Amik gambar family dengan mak, abah, kakak, abang dan adik kalau ada. Tapi, semua macam sia-sia. Kenapalah aku cakap benda yang sia-sia. Mak memang ada, kakak memang ada, abang memang ada tapi hanya mak je yang betul-betul ada. Kakak dan abang aku, walaupun saudara tiri, aku tak ajak diorang datang. Sebab, entah sebab apa ek? Mungkin sebab aku nak bawak yang lagi penting! Sedih juga bila teringatkan dioarang, mungkin diorang tak ingat. Tapi bila balik dan online facebook, ada juga komen tahniah dari kakak sulong aku. Rasa macam terubat sikit. Aku tahu dia ingat dan aku gembira dapat ucapan tahniah tu daripada dia walaupun ianya hanya sekadar di alam maya. Abah? Masih lagi abah. Aku tengok kawan-kawan aku seronok bergambar dengan mak abah masing-masing. Walaupun ada yang tak complete, tapi bila dapat bergambar dengan mak dan abah yang dah besarkan kita hingga ke tahap itu, ianya merupakan satu saat yang sangat menggembirakan. Hadiah! Hadiah untuk susah payah mereka selama ini. Membesarkan aku dan memberikan didikan yang sebaik-baiknya sehinggalah aku mampu untuk berada di isitiadat ni. Terima kasih mak abah. Terima kasih banyak banyak. Ada satu saat, aku ternampak mak Amar. Mak cik yang pernah aku jadikan tempat menumpang kasih. Bapak dia pun ada sekali. Aku peluk mak Amar banyak banyak kali. Rasa rindu yang tak tertahan. Ada juga bergambar dengan diaorang. Rasa seronok tengok gambar tu. macam a complete family. But still, my dad wasnt around. Nak bergambar dengan mak abah macam Amar, macam Erol, macam Epul, macam Kimi, macam yang lain-lain. Nak sangat!!! Huwaa...  Gambar punya gambar, dia datang. Dia minta aku amikkan gambar dia dengan kawan-kawan lain. Time tu aku tunggu je dia cakap nak bergambar dengan aku tapi malangnya, tak ada. Haha, perasan lah aku ni! Tapi, ada satu saat tu, dia ingat! Dia minta orang amikkan gambar kami berdua. Ingat juga dia pada aku. Ingatkan tak. Kalau tak, tambahlah sedih kan? Ish, macam mana boleh masuk dia dalam cerita ni lah! Masih lagi dalam mood yang sama. Mood yang tak menentu. Pada ketika ini, aku berhenti menaip seketika, tonton drama TV3. Boleh tahan. Tapi ada pulak perkara yang membuatkan mood aku turun dan naik. Tapi tak apalah. Tak usah diperbincangkan. Selain daripada itu, ada lagi...

Aku nak juga...ada banyak jambangan bunga dan hadiah yang pelbagai dihari istimewa ini namun malangnya...aku bukan datang dari family yang macam itu. Selain hanya melihat rakan-rakan yang lain bergembira dengan adanya family yang datang, aku juga hanya mampu melihat orang lain menjerit kegembiraan dengan adanya hadiah dan kejutan yang pelbagai. Contohnya, bila aku naik kerumah Epul, aku nampak ada banyak banyak banyak jambangan bunga kat atas meja dan katil dia. Meaning, dia dapat banyak. Mungkin dari ahli keluarga dia atau juga mungkin dari kawan-kawan dia. Macam tu juga Petchai. Dalam masa yang sama, aku nampak dia pegang handphone baru. Mungkin, itu pemberian daripada mak ayah dia atau juga mungkin hasil dia tarah duit mak ayah dia belikan dia handphone tu. entahlah. Apa apapun, konsepnya sama. Hanya mampu melihat. Malam tu, aku keluar berhibur. Karaoke bersama teman-teman yang lain. Nak celebrate konon-kononnya. Tapi, masuk-masuk je Hanis dalam kereta, dia cakap yang dia akan pakai Blackberry. Kakak dia bagi sempena konvokesyen dia ni. Bestnya. Dapat taka pa aku cuba sampaikan. Aku juga menanam harapan yang aku nak berada ditempat mereka namun pada saat ini, aku hanya mampu melihat. Aku tak dapat semua tu. mungkin sebab tak ada sesiapa nak bagi. Mungkin tak mampu. Itulah. Macam-macam sebab ada. Beratus-ratus ribu duit yang arwah abah tinggalkan dah habis macam itu saja. Tak tahu kemana hilangnya pelaburan duit tersebut. Dulu, ya! Aku memang mewah. Sangat mewah. Tapi bila abah dah tak ada, aku rasa susah. Aku rasa apa itu erti kesusahan dan apa itu erti pengorbanan. Kini, aku terpaksa berjimat. Banyak lagi perkara penting yang memerlukan pelaburan. Bukan pada perkara-perkara kebendaan yang aku inginkan. Namun itulah naluri remaja macam aku. Aku nak juga apa yang orang lain dapat namun malangnya kini, aku hanya mampu melihat. Lihat, senyum dan makan hati sorang-sorang. Aku tak pernah nak cerita kat sesiapa sebab aku tahu, bukan semua orang nak dengar cerita sedih kita. Bukan senang nak cari kawan menangis sekarang. Cerita sikit mesti dah bosan. Kita mana tahu kan? Kalau ada yang baca ni pun, aku rasa bersyukur sebab sudi nak teruskan pembacaan. Senang kata, aku hanya berani cakap dalam ni. Tak berani dan tak mampu nak cerita depan depan sebab aku pasti SYABAS dan SAJ akan bantu aku menangis tak habis habis. Bagi bekalan air mata yang secukup-cukupnya. Oleh sebab itulah, aku selesa menulis. Banyak perkara yang dah aku tulis tapi tak pernah aku postkan. Mungkin sebab takut, malu. Macam macam rasa ada sekarang ni. Rasa yang tak tahu nak expresskan macam mana. Sampai sekarang ni pun, aku malu nak teruskan menaip sebab takut banyak yang korang akan tahu nanti. Betapa bodohnya aku kan. Kalau boleh, jangan tanya apa-apa kalau kita berjumpa. Oh, aku tak dapat bayangkan betapa tebalnya mekap yang aku harus pakai untuk tutup malu dan betapa banyaknya duit perlu aku rasuah pada mata agar jangan keluar airmata. Itu korang tak tahu, aku saja. Biarlah ianya hanya dalam alam maya ini dan bukan pada dunia realiti. Yes! Mungkin korang lihat aku seorang yang cukup strong di dunia nyata. Ya! Aku memang hebat. Mampu. Mampu sembunyikan sedikit kesedihan dan keperitan yang aku alami. Kalau ada yang dapat juga tangkap perasaan sebenar aku. Maknanya aku lemah. Tapi atleast bagilah peluang pada aku untuk cakap pada diri aku sendiri yang aku hebat! Boleh kan? Hee...

Saat ini, aku amat memerlukan sokongan. Sokongan dari siapa? Itu aku tak pasti. Yang aku tahu, aku dah lemah. Aku tak mampu berdiri lagi. Setiap saat tika ini, apa yang bermain diminda adalah berkaitan dengan masa depan. Entahkan cerah. Entahkan gelap. Macam mana lepas ni? Aku tak nampak jalan aku. Gelap sangat depan tu. aku hanya dengar suara-suara kecil yang cuba bawak aku kesana namun aku masih kaku. Aku perlukan huluran tangan yang boleh pimpin aku ke jalan masa depan yang sebenar. Bukannya aku malas nak bergerak sendiri tapi aku kurang pasti mana jalan yang betul. Tolonglah! Aku takut aku tersesat dalam menghadapi cabaran dunia yang mendatang ni. Aku takut! Boleh nampak dari mata aku. Boleh nampak dari kata-kata aku! Boleh nampak dari cara aku mendengar kata-kata korang. Aku rasa macam dah jadi buta dan pekak. Buta dan pekak dari melihat masa hadapan. Andai kata ketika ini ada tangan yang sudi menghulurkan bantuan, bantulah! Tolonglah. Aku tak malu saat kau cakap kau nak tolong aku. Masa tu, aku hanya akan tersenyum sebab tuhan dan makbulkan doa kecil aku. Ya Allah, kau bimbinglah aku ke jalan yang benar dan kau kurniakanlah pada aku sahabat yang akan bersama aku, harungi susah dan senang bersama aku dan yang akan memimpin aku ke jalanmu Ya Allah. Untuk saat ini, kau biarkanlah aku sendiri untuk menenagkan fikiran yang gusar. Biarkanlah aku sendiri belajar cara untuk keluar dari belenggu kedukaan ni. Apapun yang berlaku pada 27 Oktober 2011 yang lalu, akan aku jadikan ianya satu memori yang tak akan aku lupakan sampai akhir hayat aku nanti. Insya Allah, aku tak akan biarkan anak cucu aku nanti, mahupun anak saudara saudara aku dan mungkin anak sahabat sahabat aku berjaya! Aku akan cuba untuk bantu dan memberikan semangat pada mereka. Ya, dulu selalu saja aku tengok dalam TV, ibubapa berkorban demi masa depan anak anak agar tidak menjadi seperti mereka. Tapi kini, giliran aku. Ya! Aku tak akan biarkan anak anak selepas aku susah dan jadi seperti aku. Terpaksa menamatkan pelajaran disaat hati meronta-ronta nak sambung lagi namun keadaan belum lagi mengizinkan. Ya! Akan aku pegang kata-kata ini. Percayalah. Dan, buat kawan-kawan yang masih lagi menyambung pengajian, belajarlah rajin-rajin. Janji aku untuk belanja korang Chillis andai kata korang dapat pakai selempang pink tu bukanlah satu kata kata atau janji kosong. Aku akan tunaikan. Ianya tak bertujuan untuk mencabar korang sebab aku tak yakin akan kebolehan korang tapi ianya adalah pembakar semangat untuk korang terus berjaya. Walaupun aku tak berjaya, dengan melihat kejayaan korang, aku tahu aku pasti akan tumpang gembira. Ahh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

3 comments:

omgpetch said...

awww maya.

look, firstly, kalau nak taw cerita dari side aku pula. aku tak memandang dapat bunga besar ke, bear besar ke, pada aku, tu semua nothing. apa lah sangat lambang dapat benda2 besar mcm tu kalau nak dicomparekan dengan usaha gigih kau tu kan. contoh, kalau dapat bunga satu lori pun, tp kalau grad takde bintang pun buat apa? faham tak maksud aku? aku tu pun, ada satu je bunga. tu pun dari qis ngan kodak. kalau dorg takde bagi, takdenye aku dapat. but still, aku tak kisah pun kalau tak dapat. tp, Alhamdulillah lah dapat tu pun sbb dulu masa dorg grad, aku bagi. so, kira cam balas balik lah. get what i mean? haha

kau lg kenal aku cmne kan. yg dtg lagi lah, hanya parents aku je. ibu ngan ayah aku, tu pun tngkp gmbr satu dua (biasa-biasa je), pastu, dorg terus g mana aku tataw. tu pun, nasib ada kodak ngan qis. kalau tak, aku lg lah boleh dikatakan no one yg dtg ya. tp, aku tak kisah semua tu. dan kau pun tak perlu nak bersedih sangat, envy kan benda2 mcm tu. semua org dah tertulis takdir hidup dorg masing2. aku taw dan aku percaya, kau punya pun mesti dah cun-ly written.

terima kasih jugak atas kata-kata pencabar semangat kau. ktorg akan work our ass off utk kopak duit kau makan chillis. insyaAllah. hehe, kang ramai dapat kopak, kau jgn lari negara pulak.

chill lah beb ye. aku sekarang pun tataw apa yang akan aku lalui lepas ni. same goes to u. apa yg aku taw, kita go with the flow je lah ye. slow2. kalau nak dikatakan dari segi kemewahan pulak kan maya, aku ni nampak je macam wow sana sini, tp dalam poket aku, kosong! pinjaman ptptn tak setel lg, kalau setel pun dpt separuh je, pinjaman anak selangor kena tolak. mohon scholarship kena tolak. so, skrg ni kira aku buta-buta takde pape. duit bulanan bapak aku bagi, aku byr sewa rumah dgn bil. duit makan pun sendu yall. apa yg aku nak cuba sampaikan is, aku pun memendam rasa je lah nak beli itu ini, lagi2 tgk si lawiyah dgn mahfuza tu shopping sana sini. aiii makan hati je kita. tp takpe, tu la pembakar semangat aku utk cari duit, supaya one day, aku boleh shopping lagi kaw2 dari dorg. get what i mean?

and yes, maya. aku tataw sama ada kau boleh percaya ke tidak, tp insyaAllah, aku akan bersama kau, support kau tak kira susah dan senang. mungkin financially, aku nobody; tp selain daripada tu, aku ada je. pape kau boleh roger je aku. aku pun bukanlah ada sesiapa pun. so, kita even.

so, chill ok maya? tamaw sedih2. kalau nk diikutkan, hidup aku lg sendu dan sedih dari kau ok? so, takyah nak feeling sgt. haha. chill ye.

**btw, pasal hamzi tu, kau mmg babi!

Mohamad Hj Yawmon said...

thanks petchai, suka baca komen kau. beri ransangan kehidupan. kira macam dapat semangat nak hidup balik lah macam tu! bukan apa sangat pun, saja nak suka-suka dan bergembira dengan yang lain. tak apa, nanti aku akan bagi kau bunga banyak-banyak okay? SETIMPAL dengan apa yang kau dapat ye dak? jangan tak ada bintang tapi bunga alahai, banyak macam bintang pecah empat belas. kah kah kah! anyway, aku sayang kau! aku tak sangka pulak aku boleh lend my shoulder pada unexpected person. HAHA. tapi aku tahu, kau adalah lebih baik berbanding yang lain. jangan risau! nanti kalau tak ada duit sangat nak makan, call je aku okay? aku try masuk berapa yang aku ada. bagi kau makan. jangan risau. tu pun tunggu aku dapat best job lah ya? HAHA. pasal chillis tu, tak ada maknanya aku nak lari keluar negara. saja nak bagi semangat. yang penting, belajar rajin-rajin okay?

omgpetch said...

i pun suka baca comment you babe :)

aku an unexpected person lah? haha tak kisahlah tu. so used to it. HAHA

duit makan? wow, dah ada orang offer. hahaha. takpelah may, macam mana pun insyaAllah aku boleh survive. umah ni ada je beras boleh buat makan. paling-paing sendu pun, sambil makan boleh pasang lagu jaclyn victor yang OST bersamamu tu. boleh feeling2 rusydi. HAHA

i'll always survive. u know me.

pasal belajar rajin-rajin tu, akan diusahakan! insyaAllah, doakan yang terbaik untuk aku, untuk kitorang semua. and we always do the same thing to you.

thank you so much babe. i love you, my only girlfriend! haha