Sunday, January 17

Apa Yang Ku Harapkan Hanya Sekadar Di Pinggiran

Ya. Betul. Tepat dan muktamad. Itulah isi kandungan untuk post kali ini. Apa yang ku harapkan hanya sekadar di pinggiran. Aku pun tak tahu kenapa keadaan boleh jadi macam ni dan dia berubah sejauh ni. Aku tak kisah. Tak kisah dengan apa yang di cuba buat tetapi jangan letakkan aku dalam golongan insan merempat.
Terima kasih sayang. Kau pernah bagi apa yang aku hendakkan. Kau juga pernah tunaikan apa yang aku idam-idamkan. Aku tak pernah mengharapkan lebih dari kau. Kau tentu tahu dan arif tentang apa yang aku maksudkan. Maafkan aku. Maafkan kerana pernah menganggu hidup kau. Singgah dalam kehidupan kau. Masuk kedalam hati kau. Aku minta maaf.
Aku terdengar suara kau tadi. Aku rindukan suara itu. Sangat-sangat. Aku memang nak peluk kau sama macam dulu. Sama-sama kongsi bahagia. Sama-sama kongsi cerita. Tapi, mungkin semua tu hanya mimpi dan sekadar di pinggiran. Aku RINDUKAN kau sebenarnya.
* Tangisan pinggiran

1 comment:

omgpetch said...

awwww. sekadar di pinggiran u all. ke, melukut di tepi gantang? ish pening la. bencilaa