Thursday, September 10

Perbezaan Budaya

Isu perbezaan budaya sering kali di perdebatkan di mana-mana tempat terutamaya di institusi pengajian tinggi! Semua masalah yang berlaku adalah disebabkan oleh perbezaan cara hidup yang telah diadaptasikan daripada kita kecil lagi. Bila kita dah biasa dengan satu benda kita, kita akan tetap terus terbiasa. So, bila kita sampai pada satu situasi dimana kita perlu sesuaikan diri dengan keadaan yang baru, kita sukar untuk menerima orang lain dan begitulah juga orang lain yang sukar menerima kita. Mari kita lihat antara contoh situasi2 yang kerap berlaku di sekeliling kita tanpa disedari. Aku tak berniat untuk menyentuh apa2 sensitiviti cuma apa yang ditulisk di dalam post ini adalah berdasarkan pemerhatian sepanjang bergaul dengan orang2 daripada pelbagai negeri dan budaya kat Malaysia ni. So, aku nak ulas sikit sal budak2 Johor, Melaka, KL/Selangor, Kelantan, Sabah/Sarawak memandangkan majority dak2 tempat aku ni datang dari situ. . .

(1) Johor
Bukan nak mengangkat negeri kelahiran sendiri tapi orang Johor merupakan antara orang yang mudah berkomunikasi dan bercampul gaul dengan orang lain. walaupun baru jumpa sekejap! Letak jer lah kat mana2 jer, orang Johor insya Allah boleh sesuaikan diri. Orang Johor juga senang nak faham apa yang diaorang cakap sebab dialek yang digunakan sama dengan dialek KL ataupun lebih dikenali dengan dialek melayu pure. Satu jer masalah bagi sesetengah orang Johor ialah bila datang kat satu tempat baru, diorang mudah terpengaruh dan lupa asal usul. Ada juga yang cakap orang Johor ni mulut tak berapa nak sopan dan sombong. Tapi bila dah kenal orang Johor, barulah anda akan tahu siapa mereka ni sebenarnya.

(2) Melaka
Orang Melaka ni plak jenis yang kaya dengan budi bahasa seorang mak cik2. Tapi sebenarnya, mereka tu semua punya 'sense' kekeluargaan yang membuatkan mereka jadi macam tu. Orang Melaka bila bercakap memang lagi kasar daripada orang lain. Mereka semua dah terbiasa tapi bila dipertemukan dengan orang dari negeri lain, mesti ingat orang Melaka ni kurang sopan lah, apa lah. Bahasa/dialek orang Melaka gak senang kita nak faham dan seiringan dengan Melaka yang berada dekat dengan Johor dan KL, so tak lah orang Melaka akan hadapi sebarang masalah bila berjumpa dengan jiran2 sebelah negerinya. Antara masalah yang dapat dilihat pada orang Melaka ialah, mereka ni suka makan makanan yang pelik2!

(3) Kuala Lumpur/Selangor
Budak KL memang popular dengan isu2 yang hangat! Mereka ni tak habis2 menimbulkan kekecohan tak kiralah sama ada yang baik mahupun yang buruk. Antara yang baik ialah, budak2 KL ni kebanyakannya high educated dan mudah mesra. Mereka punya budaya tak lah jauh sangat dengan Johor dan Melaka cuma sikit tinggi lah klas mereka sebab tinggal di Metropolitan City. Sebut jer sal isu2 semasa dunia hiburan/semasa, mesti diorang tau. Kelebihan yang diorang ada adalah kemudahan yang sangat banyak. Bila datang sal keburukan lak, ada juga budak KL yang jenis berlagak. Bila ada apa2 demonstrasi, suka sangat nak join. Satu lagi keadaan, bila budak KL ni jumpa jer dak2 yang pelik sikit, mulalah dia cakap budak tu disaster lah, kolot lah. Macam2 kan diorang ni?

(4) Kelantan
Budak Kelantan? Tak banyak perkara yang boleh dibincangkan dengan budak Kelantan. Sebab apa? Perkara utama, kita tak faham apa yang diorang cakap kan. Then, lepas tu kita pasti akan mengajuk balik. Pernah fikir perasaan diorang? Lepas tu, kang kalau salah cakap, ada yang naik parang. Bahaya sangat sebab budaya dan cara hidup yang tak sama buat kita jadi macam ni tapi sebenarnya kan, kita boleh nak ubah kalau betul2 willing to accept them. Kita kena belajar menerima! Okay x budak Johor dan KL yang ada masalah dengan budak Kelantan?

(5) Sabah/Sarawak
Sabah & Sarawak pun lagi satu yang buat kita jadi masalah. Tapi sebenarnya diorang langsung tak ada masalah dengan kita! Pelik2 kan mereka ni. Tapi satu yang aku respect tentang penduduk Sabah/Sarawak ni, diorang senang nak suaikan diri dan respect terhadap sensitiviti orang lain. Bagus kalau ada kawan dengan orang yang macam ni! Senang hidup. Rasanya setakat tu dulu, bila ada lagi masa, kita akan cakap sal negeri2 yang lain pulak kay?

Any Feedback?

8 comments:

Unknown said...

kita semua sama,1 Malaysia...
thanks utk tidak terlalu mgutuk bdk kelantan....hehe...
pesanan drpd "budak kelantan",,,
"jangan diganggu harimau yang tidur,jangan diusik naga yang mengelamun"...tq...

Ariz Lufias said...

disebab saya ni orang melaka, saya nak komen sikit part makan makanan yang pelik tu. Haha, ye ke? seyes baru tau ni. XD

Mohamad Hj Yawmon said...

betul epul, makanan dari melaka agak pelik. tak tahu nak cakap macam mana, mungkin gak i yang tak pernah makan makanan2 tu semua tapi kawan i sorang ni orang melaka n bila balik college jer dia mesti akan bawak balik makanan yang i tak pernah makan. sebab tu lah i cakap 'pelik'. haha!

Mohamad Hj Yawmon said...

ahh yo! apa may kira! nak kutuk ker, nak apa ker!! lantak i lah! haha, lagi satu, tak ada dah orang nak kacau harimau tidur sebab kalau g zoo, harimau semua duk dalam kandang diam2! siap ada pagar besi yang ada karen lagi so nak kacau apa jer?
haha. sal naga lak, ada ker naga yang mengelamun? ap ker rupa agaknya kan naga tu ngelamun n apa jer yang dia fikirkan? haha, mesti naga tu comel macam cicak bila ngelamun kan? 'cak, cak, cak' .

Mohd Shazroul Farhan said...

tiada diskriminasi. itu yang saya sukakan tentang saudara. keep it up =)

Anonymous said...

tiada diskriminasi. itu yang saya sukakan tentang saudara. keep it up =)

Mohamad Hj Yawmon said...

kita malaysian! tak leh nak dikriminasi sangat!
nanti kne choi!
haha!
btw, thanks for the comment!

Anonymous said...

aku tak setuju ko kata budak johor lupa asal usul..aku ni masih kuat semangat johor..segelintir je yg mcm tu..