Wednesday, April 21

Status

Kadang-kadang kita boleh jadikan orang yang dah meninggal jadi bahan lawak. Betul. Kena cuba try!
* bergurau kena beragak, bukan semua orang suka kau =)

Friday, April 16

Status

Kau dan diri kau tak ubah macam anjing! =/

Wednesday, April 14

Mak, itu monyet kan?


Mak, itu monyet kan?
Ha'ah nak. Itu monyet. Jangan jadi macam monyet yer nak? Monyet selalu buat lawak bodoh. Jadi ker tak jadi lawak dia tu, monyet tu tak kisah. Apa yang penting dalam diri monyet tu, dia nak kelihatan macam monyet sebenar. Mak nak anak mak jadi manusia, bukan monyet yer? Biarlah orang nak cakap anak mak bodoh tapi anak mak bodoh bertempat.
Mak, itu monyet kan?
Ha'ah nak. Itu monyet. Jangan jadi macam monyet yer nak? Monyet ni bunyi bising jer lebih tapi sebenarnya hampeh. Tak ada apa yang istimewa mengenai monyet ni nak.Bising sana, bising sini.Nak tunjuk yang tempat tu dia punya. Tapi sebenarnya tak macam yang dia dok bising-bising tu. Mak nak anak mak jadi manusia, bukan monyet yer? Biarlah orang nak cakap anak mak ni suka buat bising ker, apa ker. Apa yang penting anak mak tak cakap lebih macam monyet tu, tapi sebenarnya apa pun tarak/hasilnya macam taik.
Mak, itu monyet kan?
Ha'ah nak. Itu monyet. Jangan jadi macam monyet yer nak? Monyet ni suka romen tepi jalan? Bukan reti malu. Monyet tak ada otak nak. Sebab tu dia main jer kat mana dia suka. Pasangan monyet tu plak kadang-kadang kena paksa. Bukannya rela. Binatang tak ada otak, so dia tak fikir apa yang dia buat. Mak nak anak mak jadi manusia, bukan monyet yer? Biarlah orang nak cakap anak mak ni macam monyet, tapi monyet yang ada otak. Yer nak?
Mak, itu monyet kan?
Ha'ah nak. Itu monyet. Jangan jadi macam monyet yer nak? Monyet tu dah lah memang monyet. Buat muka lak tu kalau manusia marah atau halau. Monyet tu ingat muka dia comel agaknya wat macam tu. Monyet tu bajet manusia semua takut dengan dia. Tembak sekali, mati! Muka monyet tu macam sial kan nak? Muncung ntah hape2. Gigi pun kadang-kadang terjiuh keluar. Lantaklah monyet tu nak bajet apa pun. Yang penting, mak nak anak mak jadi manusia, bukan monyet yer? Biarlah orang nak cakap anak mak ni tak semengah, tapi tak hodoh n buat muka sial macam monyet. Yer nak?
Mak, itu monyet kan?
Ha'ah nak. Itu monyet. Jangan jadi macam monyet yer nak? Tapi bila mak teliti betul-betul, tu macam kawan pada kawan mak jer. Tapi kenapa macam monyet ek? =)

Thursday, April 8

Pengotor

Pernah atau tidak anda mempunyai kenalan yang suka mengeluarkan gigi palsunya di khalayak ramai dan seterusnya mengigit cebisan-cebisan makanan yang tersangkut di celah giginya itu. Bukan untuk dibuang tetapi ditelan. Eiyuwww...

Monday, April 5

Status

Penat. Sangat penat. Dan lama juga aku dah tak meng 'update' kan blog ni. Terlalu dan tersangat-sangat busy dengan event dan assignment yang tak henti-henti setakat ni. Sebelum terlupa, aku nak ucapkan tahniah kepada seluruh krew produksi CT 111 - Kaky Trypod Productyon yang telah menjayakan Konsert Kemuncak Seni di UPSI malam sabtu yang lalu. Korang memang the best. Thanks juga diucapkan kepada semua Floor Crew yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada saya sebagai Floor Manager untuk event tersebut. Harap maaf kepada individu-individu yang aku termarah dan tercarut time tu. Aku tak maksudkan apa2. Just melakukan kerja aku dengan sebaiknya. Harap kita dapat bekerjsama dengan baik untuk projek filem pendek sem depan nanti. =)

Monday, March 29

Sepanjang Holiday 2009 - Port Dickson

Masa ni baru jer sampai kat Port Dickson, excited ni!

Dah mula berposing dalam apartment. Semua bajet comel lah! Siapa agaknya pemenang Most Cutest Award?

My Lovely Prince & Princess dah mula mencelup badan di air tenang.

Dah mula main lompat-lompat dah time ni.Sapa boleh jadi pocong terbaik nanti agaknya?

Main dukung-dukung pulek? Sapa tinggi? Opps, sapa berat?

Pertandingan lawan paha sapa lagi gebu? undian anda?

Complete set! Sayang semua.
Carjthynie, Noraziah Othman, Saiful Ismail, Jescica, Shaidah Azreen

Three some? Haha. Teka mana saya? 

Sesi dukung 2. Sama jenis plak kali ni. Huhu. Noraziah Othman banyak dosa. Tu yang berat!

Sesi suai kenal! Haha. Amir Zakuwan?

Banana Boat! Ahhh... 
 Lambaian terakhir. Wish us luck!

Sesi buat dajal! Masuk kan pasir cepat dalam suar dia! Biar lemas 'adik' dia! Haha.

 Dia dah pergi. Huk huk... =( 

rindu nak pergi lagi. nak. jom?

Monday, March 22

Status

Bebas dari masalah. Terima kasih Tuhan. Satu persatu masalah selesai. Handphone sudah boleh pakai, begitu juga dengan pc (so, tak perlulah pinjam orang lagi lepas ni, btw thanks kepada yang telah berbaik hati meminjamkan handphone dan laptop anda selama ini). MTV yang aku kurang yakin dapat siapkan juga siap, macam tak percaya. Betul orang cakap, kita perlu berusaha dan jangan putus asa. Shooting filem pendek yang baru berlalu masih lagi meninggalkan kepenatan pada badan. Apa yang berlaku, akan aku try untuk lupa. Kalau tak, matilah budak itu nanti aku kerjakan. Huh! =D