Jangan Tidur Lagi : MALU
Wednesday, March 10
Tuesday, March 9
Status
Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Sesungguhnya engkau maha melihat lagi maha mengetahui. Amin. =(
Bidan Terjun
Selasa - Hari ini merupakan antara hari yang paling bersejarah dalam hidup aku sepanjang mencecah umur 20tahun. Nak tau apa yang aku buat? Sungguh tak aku jangka kan akan berlaku dan membuat aku tak senang duduk sampai lah ke saat ni. Aku masih tak percaya dengan apa yang dah berlaku hari ini. Mungkin pada sesetengah orang, menda ni perkara biasa tapi tidak pada aku. Satu benda baru. Yang secara tidak langsung memberikan keinsafan dalam diri aku yang dah jauh melupakan yang maha Esa. Maafkan aku Ya Allah. Mungkin ini petunjuk yang kau berikan pada aku. Thanks Allah once again.
Citer dia macam ni, petang tadi masa dalam kelas screen writing, aku dapat news yang atuk sorang member aku ni meninggal. So, aku pun gatal2 lah nak mengikut dia balik umah untuk menziarah (niat pada mulanya). Tapi sampai2 jer kat umah arwah di PJ, ada sorang auntie ni baru nak kuar g masjid. Katanya, jenazah baru nak dimandikan. Dan, dia memerlukan kakitangan untuk membantu menguruskan jenazah tersebut. Masa tu, tak macam tercengang plak aku. Terkebil2 aku memikirkan. Aku mana lah tahu semua aspek nak mandikan jenazah ni. Dalam keadaan untuk tidak mengecilkan hati sesiapa, aku dan kawan aku ni pun gilah masjid tolong.
Sampai2 kat masjid, aku tengok keadaan sangatlah tenang. Tak ada orang pun. Tak macam kat kampung. Sejurus lepas tu, aku ngan member aku sorang ni pun masuklah ketempat jenazah nak dimandikan. Ya Allah. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku ketika itu. Aku rasa serba salah. Takut. Nak pengsan. Pening dan segalanya yang pelik2 lah bermain kat kepala. Tapi aku gagahkan juga kaki aku untuk melangkah kedalam. Member aku yang sorang ni dengan beraninya terus g tolong manakala aku plak, berdiri di satu sudut yang lain kat mana segala peralatan untuk memandikan jenazah tersebut diletakkan. Aku hanya melihat dari jauh dan kaki aku terasa semakin ringan. Apa yang mampu aku buat hanyalah menghulurkan apa yang diperlukan oleh mereka2 yang bertugas.
Proses memandikan jenazah agak memakan masa. Baru aku tahu. Selama ni tak pernah plak aku nak amik kisah sal semua hal ni kan? Lepas jer jenazah dimandikan, aku tengok diorang dah mula nak angkat. Aduh! Tak kan aku nak tengok jer kan? Aku kenalah tolong2 juga. So, aku pun memberanikan diri untuk mengangkat jenazah ketempat perkafanan. Time tu, aku belajar lagi something yang baru. How to kafankan jenazah. Selama ni aku tak pernah tahu pun macam mana. Now baru minda kosong aku ni terisi. Sikit-sikit aku belajar. Tengok apa yang orang tu buat. Agak ringkas. Tapi kalau aku awal2 dah join kursus jenazah kat kolej aku b4 ni kan lagi senang. Tahu jer nak buat apa. Lepas jer jenazah disembahyangkan, ia dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara. Jauh tu. Kat dalam van tu, aku tawu banyak perkara. Nanti akan aku letakkan dibawah post ni nanti isu tersebut.
Sesampainya di tanah perkuburan tersebut, kami terus mengebumikan jenazah. Sekali lagi. Tak pernah aku lihat semua prosedur2 mengebumikan jenazah ni. Aku learn lagi something dari situ. Sikit demi sikit tanah kami masukkan dalam liang. Timbul rasa keinsafan tatkala melihat apa yang orang akan buat pada kita nanti bila kita mati. Sama. Tak ada beza pun. From beginning to the end, kami2 inilah yang menguruskan jenazah tersebut. Hanya tujuh orang, memandangkan jenazah dari Britain. Tapi dah lama menetap kat Malaysia cuma tak punya ahli keluarga sebenar. Hanya keluarga angkat. Agaknya, kalau aku dan member aku sorang tadi tu tak datang tolong, mesti kesian kat diorang semua sebab memang tak ada orang pun. Tapi pertolongan yang kami hulurkan ikhlas. Dan kami belajar dari situ. Aku masih tak percaya akan apa yang aku lalui hari ini.
Walau apapun, Thanks Allah. Al-Fatihah buat roh agar dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.
(badan rasa seram sejuk, macam nak demam)
Isu : Masa dalam van jenazah tu, pak cik yang menguruskan jenazah tu ada cakap yang sekarang ni untuk mendapatkan tanah perkuburan pun susah. Penduduk Selangor dah dikhaskan di Sek 9, Kota Damansara. Jauh. Menyusahkan ahli keluarga yang terdekat. Bukan tak ada yang dekat, tetapi di khaskan untuk penduduk Wilayah. Kalau orang tu duduk kat ceruk KL tetapi dalam kawasan Selangor, contohnya PJ, kan jauh. Simpati pada waris si mati. Pandangan aku, sepatutnya dalam urusan2 kematian macam ini, kita seharusnya lebih prihatin. Rasanya, tak perlu timbul isu dimana dan siapa yang sepatutnya di situ. Kita semua sama manusia dan sama juga akan mati dan berjumpa Allah nanti di sana. Usahlah ada isu2 macam ni. Harap2 satu hari nanti semuanya akan kembali seperti sediakala dan lebih memudahkan segala urusan. Amin.
Saturday, March 6
Awak Dah Salah Faham
Awak, saya nak bagitahu awak sesuatu, Sebenarnya saya tak pernah sukakan awak. Awak tak perlu nak perasan yang saya syok atau desperatekan awak.
Saya malulah bila kawan-kawan saya tahu hal ni. Saya tak ada niat pun nak buat awak malu dan bengang dengan saya. Saya sebenarnya lagi bengang bila nampak awak. Lagi-lagi bila salah seorang kawan saya yang merupakan kawan baik awak juga bagitahu saya hal sebenar. Dari situ, baru saya tahu status kita selama ni.
Saya tak berpeluang nak bagitahu secara depan, kerana saya tahu kita masing-masing pasti akan kaku. So, macam ni je cara saya nak bagi tahu awak apa yang saya rasa. So, saya harap, awak dan saya dapat hentikan segala salah faham.
Kita kawan? (salam tangan sambil senyum)
- untuk you, budak bmw
- untuk you, budak bmw
Terima Kasih Nek Unggal
Terima kasih Nek Unggal dan sepupu2 yang lain kerana menggembirakan saya! Saya happy kerana dapat keluar menghabiskan masa dengan family malam ini, berkaraoke, makan chicken wing dan macam2 lagi. Atleast, saya dapat lupakan masalah sejenak. Sayang Nek Unggal, sayang Lily, sayang Fika, Sayang Nisa! Thanks semuanya! =)
Thursday, March 4
I'm Proud Of You, JOHN!
John... John... Aku kagum dengan kau. Kau memang terbaik diantara jantan-jantan lain yang ada kat puncak ni. Kau memang terbaik. Mungkin kerana skill 'berasmara' yang kau ada membuatkan kau disegani oleh jantan-jantan lain kat sini. Mampu yang lain?
John... John... Nak cakap kau handsome, tak jugak tapi aku pelik kenapa semua betina yang ada, terpikat dengan kau. Mungkin kerana kau macho, gentleman. Mana lah tahu kan? Dalam diam-diam kau, kau punya seribu satu rahsia perhubungan. Kalau aku ada peluang dan dapat cakap dengan kau, aku akan minta sikit tips bagaimana nak pikat perempuan. Tapi, macam mustahil lah. Kau selalu jer mengelak dari nak jumpa dengan aku. Kenapa? Kau takut aku jatuh cinta dekat kau ker? Insya Allah tidak. Aku masih ada pertimbangan lagi.
John... John... Lama dah aku tak nampak kau dekat puncak ni. Kau sakit ker? Kenapa dah lama tak keluar? Kalau aku terserempak kau pun, kau selalu kelihatan penat, letih, lesu. Kau sakit ye? Aku kesian tengok kau tapi macam mana ek aku nak tolong kau? Hurmm...
John... John... Izinkan aku 'kiss' kau. Boleh? Kalau dapat, aku nak dakap kau erat-erat. Penuh dalam dakapan aku! Mesti aku tak akan lepaskan kau. Walaupun kau kelihatan lebih berumur dari aku, aku tak kisah. Kau tetap comel.
John... John... Semua orang mungkin kenal kau. Kau adalah legenda di puncak. Semua orang akan keluar ke balcony kalau kau lalu. Sama macam aku juga, pantang dengar suara kau dari bawah, pasti aku menjenguk. Ah! Kau sangat err... dari atas.
John... John... Aku suka kau lah bodoh! Tapi aku bukanlah seorang yang jahat untuk menjatuhkan perhubungan kau dengan dia. Dia yang mana, kau pasti lebih tahu kan? Mungkin aku tak layak untuk menandingi dia dan aku tahu kau mesti lebih sayangkan dia lebih dari segalanya. Kan? Kan? Tak apalah. Kau memang layak untuk dia dan dia juga layak untuk kau. Karang, apa plak orang cakap bila tengok aku dengan kau, berbual dengan kau, pasti ada mulut yang akan mengata. Malu lah nanti.
John... John... Anak-anak kau semua comel dan kelihatan seperti kau juga. Sumpah! Semuanya comel dan aku tak dapat nak menafikannya lagi. Kau adalah segalanya bagi anak-anak kau. So, jangan risau. Aku akan berhenti menyukai dan mencintai kau John. Tak sangka kau dah jadi bapa sekarang. Tapi, impian tetap impian. Aku akan try untuk grab it. Aku nak cium kau juga. Tak kira!
John...
- warkah untuk John (si kucing puncak yang gatal miang, perogol, rakus, everything)
=)
Wednesday, March 3
Subscribe to:
Posts (Atom)