Wednesday, February 24

Knak Nya Mesti Jak Ada Dalam 24 Jam?

Sakit benak hatiku melihat kau senantiasa berada dengan si dia. 24/7 kau bersamanya, berdamping dengannya dan  pelbagai perkara lain kau lakukan dengannya. Kau selalu membangkitkan persoalan. Kenapa aku berubah? Tapi pernahkah kau bertanyakan pada diri kau sendiri, persoalan yang mungkin jawapannya ada pada diri kau sendiri. 
Sejujurnya aku tak tahu siapa dia dihati kau. Dan jujur juga aku tak tahu siapa aku dihati kau. Dan jujur juga aku tak tahu siapa kau dan dia dihati aku. Perasaan benci, sakit hati dan segala yang negatif mula berlegar dibenak hati. Menghantar mesej kepada minda untuk mula menjauhkan diri dari kau dan membenci dia.
Ya! Semua orang nampak dia baik. Begitu juga kau. Tapi pernah kau berada dibelakang penutup botol? Tidak! Dari situ nanti baru kau tahu siapa dia yang selalu berada dengan kau. Aku bukan tak mahu menyedarkan kau tapi mahu kau sedar dengan sendiri. Selepas itu nanti, kau akan tahu siapa dia dan siapa aku.
Semoga berjaya memilih jalan ke kilang kebahagiaan 24/7...

Tuesday, February 23

Status

Peristiwa memalukan di rakaman ''Jangan Tidur Lagi'' siaran 10 Mac 2010 membuatkan aku tidak henti senyum bengang sampai sekarang. Malu ah! Satu Malaya tengok kalau editor tak cut apa yang berlaku tu. Malu ah! Apa2 pun, jangan lupa saksikan Jangan Tidur Lagi pada 10 Mac (Diddy Alias & Aliff Satar) dan 17 Mac (Awal Ashaari & Akim AF7) 2010 nanti. Penat saya enter frame muka tau! Haha. Seriously bengang sampai sekarang! =)

Saturday, February 6

Lirikan Matamu

aku kalah dengan itu. sekali pandang tak ubah macam cinta yang berbunga-bunga

Friday, February 5

Happy 20th Birthday

Malam tadi sahaja aku dah menyambut birthday 2 orang insan yang paling aku sayang. Muhammad Danial Faris Khairul Anuar dan Muhammad Taufiq Mohamed Ibrahim! Kedua-duanya dikejutkan dengan suprise party yang woaw! Bombastik! Best gila dan aku harap korang berdua enjoy. Tak sangka dalam satu malam jer korang berdua dah jadi 20. Haha! Aku masih ada masa lagi. Huhu. Apa2 pun, aku mendoakan yang terbaik buat korang! Hadiah nanti aku post dari Dubai yer? Tak sempat nak beli lagi. Hehe. =)

Wednesday, February 3

Simple But Meaningful

Coaw?! Terkejut aku dengan apa yang aku dapat hari ini. Terima kasih kamu untuk itu! =)

Tuesday, February 2

Status

Ingin menukar naratif cerita si kena maki kepada orang lain yang lebih sesuai kena maki!! So, kepada yang dah pernah kena, kau dah bebas. Aku dah ada target baru. Aku malas dah nak ambil tahu pasal kau, so bebaslah kau! Pergi main jauh-jauh eh?

Monday, February 1

Status

Masing-masing dah mula hipokrit dan tunjuk belang. Mungkin sebab sakit hati. Cubalah jadi matang sebab 'kamu' tak ubah macam seorang yang meludah ke langit.