Thursday, January 21

It's All About You Mr Black


Salam... Sebenarnya aku baru sahaja selesai melakukan blog jogg (bukan blow job eh?) di semua blog kepunyaan student fact/puncak perdana. Rasa teruja membaca hasil pemikiran mereka dan berminat untuk tahu dengan lebih lanjut tentang dunia perfileman kita. Mungkin, kali ini akan mengubah pendapat aku berkaitan apa yang pernah aku postkan dulu. Dalam sedang aku bersiar-siar melihat keindahan bahasa dan komentar berkaitan filem, pandangan tumpuan aku beralih kepada satu post berkaitan Mr Norman Yusoff. Ya! Our ketua program.
Walaupun baru 4 semester di Puncak Perdana, aku turut berasa sedih apabila tahu yang Mr Norman akan melanjutkan pelajarannya di Sydney, Australia. Mungkin 3 tahun. Bukan apa, Mr Norman seorang yang baik, berkredibiliti, mengambil berat akan kepentingan student, open minded dan menarik. Personalitinya yang tersendiri pasti tidak akan dapat dilupakan oleh siapa-siapa. Seorang ketua program yang menyokong semua usaha anak didiknya agar terus berjaya dan melangkah setapak kehadapan lagi. Aku sangat berbangga dengan dia. Mak cik aku yang juga merupakan lecturer dia satu masa dulu turut mengatakan yang sama tentang beliau. Ahh, alangkah bahagianya kalau Mr Norman tetap berada di Fact bersama kami. Apa-apa pun, aku mendoakan yang terbaik untuknya. Semoga Allah akan mengurniakan keselamatan kepada beliau untuk melalui hari-hari yang mendatang di sana nanti dan kembali pada kami bila pulang kemari. Insya Allah.
We love u Mr Norman!

Kau Dah Rampas Dia Dari Aku


Kau. Kau dah musnahkan segalanya sayang. Kau dah musnahkan cinta aku. Kau dah buat aku patah hati. Kau dah rampas semuanya. Aku hendakkan dia dan dia adalah milik aku. Aku tak pernah buat dajal pada kau. Tapi kenapa kau mesti buat benda-benda macam ni pada aku? Kau tak takut dengan karma ke? Apa salah aku (air mata pepek menitis). Aku tahu kau tahu aku sayangkan dia. Tapi perangai dajal sundal kau lebih dari segalanya kan? Kau tak pernah fikirkan perasaan aku. Atau mungkin perasaan orang lain yang turut menyayanginya. Tak kan? Kau buat selamba walaupun kau tahu ramai yang bencikan kau. Kau buat muka kesian kau untuk tarik perhatian orang lain. Aku dah hilang sabar. Tunggu lah nanti. Aku dah tak punya sesiapa sekarang. Kau! Kau dah rampas semuanya. Daripada sayang, aku terus benci dengan kau. Kau buat aku meluat dan satu hari nanti, pasti pelempang jantan singgah kat muka kau. Percayalah. Kau memang insan jalang!

Wednesday, January 20

Public Screening of Hide/Seek (The Pro&Con)


Thanks to all my friends yang coming malam tadi untuk melihat tayangan perdana pertama Hide/Seek, my first experimental short film. Ini juga filem pendek pertama yang mencabar kredibiliti aku sebagai Art Director walhal, zero knowledge masa tu. Filem pendek karya Benz Muadid sepenuhnya ini sebenarnya dah siap pada hujung pertengahan tahun 2009 tetapi tidak ditayangkan kepada umum khususnya di Fact atas sebab-sebab yang tertentu. Meh aku story sikit pasal cerita ni (feedback to comment last night).
Ada yang cakap, cerita ni tak masuk akal/tak logik. Persoalan yang diajukan oleh mereka, masih adakah lagi budak-budak zaman sekarang ni nak main sembuny-sembunyi lagi? Jawapan dia senang jer, tu cerita dia, lantak dia lah nak buat logik atau tak! Faham? Lagipun, tu gak duit dan modal dia sendiri. Kalau salah atau tak best atau sampah pun, pergi mampus lah sama kau! Duit mak bapak dia. Tak ada kena mengena dengan agensi tertentu atau orang perseorangan yang taja atau apa. So, kesimpulannya, apa nak jadi dengan cerita tu, lantak dia lah! Hak dia! Karya dia! Duit dia! (tak ada jawapan logik atau formal untuk soalan babi ni).
Ada juga kedengaran suara-suara belakang yang cakap filem pendek ni ntah apa-apa, sampah lah apa lah. Lantak lah. Kami punya suka. Kami punya penat. Titik peluh kami. Kalau gagal nak divisualizekan pun, bukan masalah kau! Kau ada buat? Time tu kami baru semester dua. Know nothing about everything. Just for fun. Dengar tak semalam apa bekas ketua program kami cakap? "salah satu filem pendek yang dibuat suka-suka secara indipendent". So, tak payah lah nak mempersoalkan kemana akan perginya filem kami yang macam ni. Dah nama pun suka-suka bodoh! Tak dapat lagi? Bukannya kami nak pergi jual atau apa pun, suka dan suka! Eh, pergi mampuslah dengan orang macam kau. Pandai cakap, padahal bodoh. Kosong. Cetek kepala otak. Bangang tak bertempat.

Apa-apa pun yang ditemplek kan terhadap kami, aku nak mengucapkan tahniah kepada pengarah filem pendek ini, Benz Muadid bin Malek atas jalan cerita yang begitu menerujakan. Kau memang ada kredibiliti sebagai seorang penulis skrip yang menarik dan kau memang mempunyai idea-idea bernas yang letop. Suka sangat bila baca cerita atau idea baru yang kau buat. Tapi satu jer, kau mungkin belum lagi bersedia untuk mengarah kerana kau sibuk sangat dengan 'mioooww mioooww' kau tu. Lain kali bagi focus yang lebih okay? Selain daripada Benz, tahniah juga diucapkan kepada Mariana Shahira Shahrul Azlan yang bertindak sebagai pengurus produksi dan penerbit. Kredibiliti you memang tiada tandingan. I minta maaf juga lah kepada you kalau masa pre-production dulu, i selalu buat masalah dan tidak bersikap proffesional mungkin. Kita tak tahu kan apa kita buat. 
Tapi kerja keras kita bersama naik turun KRU Sdn Bhd, Digi (M) Communication Sdn Bhd, News Strait Times Sdn Bhd, Finas, Victoria Institution dan banyak lagi penaja lain yang berkenaan. Walaupun usaha indie kita masa tu tak berhasil 100%, tapi usaha kita bersama akhirnya membuahkan hasil. Tahniah beb. Thanks juga kepada anak pemilik Teraju Reka Sdn Bhd, Rusydi Amir Rodi yang memegang peranan sebagai pengarah fotografi kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik. Juga setinggi penghargaan kepada Teraju Reka Sdn Bhd dan personally kepada Raimi Rusydi Rodi yang telah menjadi editor offline sehingga terhasilnya filem pendek ini. Juga tidak dilupakan kepada semua krew yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam pembikinan filem pendek Hide/Seek ini. Thanks korang!


Somehow We Need To Confrant With The Things We Hate. It's a PIMPLE!!!

Please stop growing lah pimple. It's ashamed!
This must be fallin' pimple.
Mood in celaka haram jadah. =/ huh!

Tuesday, January 19

Ahh! I Fall In Love.


Ahhhhh!!! I fall in love. Susahnya bila dalam keadaan macam ni. Rasa tak senang duduk. Tengok sana muka dia, tengok sini ingat dia juga! Macam mana ni u ollss... I need house. Eh? Salah plak. I need a therapy. Please somebody help me! Huhu =(

Projek Skrip Filem Pendek "Bonggol Ke 5ima"

Sekarang, aku sedang bertungkus lumus untuk menyediakan proposal atau raph script untuk filem pendek yang bertajuk "Bonggol Ke 5ima". Idea yang datang tiba-tiba semasa dalam kelas tadi secara tiba-tiba membuahkan hasil. Aku memang langsung tak ada idea pada mulanya tetapi terpaksa juga mengerah otak sebab pitching idea ini sahaja sudah melibatkan 10% markah untuk final. Banyak juga idea-idea kreatif yang dipersembahkan oleh rakan-rakan yang lain dan diantara 21 cerita yang dicalonkan adalah :
Outerline by Tengku Idzuddin Tengku Idris (p.p.t, i.b.t)
"menceritakan tentang seorang kanak-kanak perempuan genius yang ingin membalas dendan terhadap orang yang merogolnya"
Habits by Syakira Isa
"menceritakan tentang seorang perempuan hingusan yang ingin memikat seorang lelaki tetapi mempunyai habit yang agak menjengkelkan"
Atheist by Shaida Azrin Mohd Shamsuldin
"menceritakan tentang seorang lelaki yang ingin menyampaikan ajaran sesatnya sendiri"
The Messages by Saiful Ismail (p.c.r)
"menceritakan tentang dunia sms yang complicated"
Frequency by Rusydi Amir Rodi (e.t.k, p.t.k, d.t.k)
"menceritakan tentang dua kumpulan pengganas yang berbunuhan sesama sendiri kerana perlawanan bola diradio"
Lukisan by Nur Ain Ajeerah Ahmad Damanhuri (b.m.k, s.k.t, p.t.t.k) 
"menceritakan tentang seorang lelaki yang tidak pernah menjumpai ibunya tetapi senantiasa menghasilkan lukisan yang menggambarkan seorang perempuan dan rupa-rupanya gambaran tersebutlah merupakan ibunya"
Ilussion by Nurul Baritsha Abdul Jabar
"menceritakan tentang seorang ibu yang berusaha mengubah ilusi anaknya sendiri"
Obssess by Noraziah Othman
"menceritakan tentang seorang perempuan yang berusaha untuk mencantikkan dirinya sendiri walaupun dia sedia cantik"
Crisis by Munawar Hafizie Mukmin Mohamed
"menceritakan tentang seorang doktor sakit jiwa yang sebenarnya merupakan seorang yang sakit jiwa"
Mamak by Muhd Faisal Muhd Noor (p.t.k, b.t.k, m.c.t, i.t.k)
"menceritakan tentang seorang personaliti tv yang mempunyai dua personaliti yang berbeza"
Dengar by Muhd Danial Faris Khairul Anuar (c.r.b, m.t.k)
"menceritakan tentang seorang pemuzik yang pekak" 
Bonggol Ke 5ima by Mohamad 'May' Yawmon
"menceritakan tentang seorang lelaki yang tinggal di sebuah kampung bonggol empat tetapi terlanggar bonggol yang kelima pada suatu malam"
Nasuha by Shazrul Supian (r.k.t)
"menceritakan tentang iman yang lemah"
Diluar Dunia by Muhd Rizal Abd Aziz (s.k.p)
"menceritakan tentang seorang perempuan yang ingin mencapai segala kemahuan yang mustahil tetapi berhasil juga pada akhirnya"
Cangkul by Muhd Ridzuan Harun (c.s, m.d.p) 
"menceritakan tentang seorang penggali kubur yang menggali kubur bagi orang hidup"
Tembok by Kamaredzwan Kamaruzzaman
"menceritakan tentang pelajar sekolah yang selalu cilok tetapi kantoi juga akhirnya"
Ego by Intan Qamarhani (a.e.m, p.t.k)
"menceritakan tentang 2 orang yang mempunyai tahap keegoan yang sama tetapi bersama juga diakhirnya"
Dua by Irda Kartini Irwan Helmi James 
"menceritakan tentang dua dunia yang berbeza"
Undur by Fazlinda Nawawi
"menceritakan tentang seorang kaki kerja yang berada dalam masa yang berundur"
Red Shoes by Ary Suriani Abd Halim (a.c.r)
"menceritakan tentang perjalanan sepasang kasut"
Allisya Abu by Ahmad Ashmeer Ahmad Fauzi
"menceritakan tentang seorang mak nyah 44 tahun yang berkahwin dengan seorang minah rempit 25 tahun"
Dan Top 5 yang berjaya ke peringkat seterusnya ialah
  1. Dengar by Muhd Danial Faris Khairul Anuar
  2. Undur by Fazlinda Nawawi
  3. Bonggol Ke 5ima by Mohamad 'May' Yawmon
  4. Frequency by Rusydi Amir Rodi 
  5. Alissya Abu by Ahmad Ashmeer Ahmad Fauzi 
Dan seterusnya, kami semua ditugaskan sebagai panel skrip dan terpaksa memilih krew-krew yang diinginkan. Bagi aku, untuk memilih krew yang diinginkan bukanlah satu kerja yang mudah kerana kalau silap memilih, pasti akan mendatangkan ketidakpuashatian dan rasa sakit hati. Dan aku amat mengharapkan krew yang telah dipilih, dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya untuk menjayakan projek kedua ini. Yang pastinya, aku akan membuat yang terbaik untuk "Bonggol Ke 5ima". Insya Allah.

Aku juga mengharapkan daripada korang-korang semua sedikit idea untuk filem pendek aku ni. Kerjasama amat-amatlah dihargai.


Projek MTV 'Dilamun Rindu'

Assalamualaikum. 
Pertama-tama sekali aku nak mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua talent dan crew production yang telah bertungkus lumus membantu dalam menyiapkan assignment pertama 'MTV Project' yang bertajuk 'Dilamun Rindu'. Projek MTV pertama di bawah kelolaan azahari zain atau abang zack ni betul-betul membuatkan kepala otak beku aku ni kembali berfungsi. Sebenarnya apa yang diinginkan oleh abang zack bukanlah se-complicated yang aku buat. Aku begitu bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan kali ini atau mungkin sebenarnya aku menyahut seruan teman-teman yang lain untuk DL semester ini. Insya Allah.
Terima kasih kepada Muhammad Taufiq Mohamed Ibrahim@Topec (main cast) yang sangat-sangat memberikan kerjasama walaupun terpaksa berpanas di kawasan perkuburan dan juga di lokasi berkaitan. Begitu juga dengan Carthinie@Tini (supporting cast) yang juga turut membantu dalam melengkapkan naratif cerita tersebut. Tidak dilupakan Tengku Idzuddin Nazrin Tengku Idris@Oden (director of photography), Muhammad Danial Faris Khairul Anuar@Dan (assist. dop), Jescica Redi Samuel Meliu (helper), Syazrul Farhan@Aerowl (editor off-line 1), Muhd Ridzuan Harun (editor off-line 2) dan Hamzi Hanafi Hamzah (pengangkutan). Wah! Lengkap. Dah macam production betul-betul plak kan aku buat. Tetapi berkat kerjasama dan usaha gigih merekalah terhasilnya music video aku yang pertama. Rasa macam sangat-sangat excited bila dalam proses menyiapkan video clip ni tetapo macam biasalah, ada sahaja halangan yang melanda.
Betul-betul tension aku dengan movie yang tidak boleh dipublishkan, Tak tahu plak kenapa. Kesilapan teknikal yang menyebabkan aku hilang mood untuk editing yang seterusnya tetapi syukur kehadrat illahi kerana usaha kami tidak sia-sia. Walaupun tidak berpuas hati dengan markah yang diberikan, tak apalah. Mungkin itu kesilapan yang biasa. First kowt.  
Antara yang tidak dapat dilupakan apabila aku begitu tertekan dan cemas semasa berada di kawasan perkuburan. Aku memilih Kawasan Perkuburan Islam Kiara di Damansara walaupun pada awalnya perancangan di Kawasan Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Kawasan yang aku pilih ini lebih senang nak cari berbanding dengan di Sek.21 yang entah dimana-mana letaknya kawasan tersebut. Sesampai di lokasi pertama, aku main petik jer mana kubur yang cantik dan kelihatan bersesuaian. Tetapi apa yang menganggu aku pada ketika itu ialah orang sekeliling yang memerhatikan kami. Kebetulan pada waktu tu, ada plak orang meninggal so, we're part of them. Bayangkanlah macam mana perasaan aku masa tu. Dah lah pinjam kubur orang. Bukannya boleh cakap "...mak cik, boleh pinjam kubur?". So, macam takut-takut juga lah. Ada pula shot yang memerlukan aku meniarap di tanah. Dah nampak macam orang tengah buat apa kau baring kat celah-celah kubur orang. Macam pelik tapi itulah yang sebenarnya berlaku. Sementara di lokasi kedua iaitu di Bukit Jelutong Sentral, ada scene yang memerlukan kami berada di tengah-tengah roundabout. Kelakar. Semua orang hon dan memerhatikan kami. Nak tak nak, buat muka tak tahu jer lah. Apa aku kira, yang penting aku director dan dapat shot yang aku nak. Memang penat lah. Tapi hasilnya, memang seperti yang aku harapkan. Memang best. Thanks korang semua.
Dah, itu jer nak cerita.
Tapi sebelum tu nak cakap, " mak cik, terima kasih bagi pinjam kubur ya? ".