Monday, September 14

What?

Apa yang korang rasa bila ada orang lain yang suka merendah2kan diri korang? Dia seolah2 ingat kita ni bodoh atau apa? Bila ko dah melangkahkan kaki ke universiti ni, ko ada zero! tak payah nak bangga2 kan apa yang ko ada sebab tak kan kemana. Berlagak weyh!

Memang, setiap orang ada kelemahan. Aku admit aku juga ada kelemahan aku yang tersendiri. Tapi sebodoh2 aku, aku tak pernah nak memandang rendah pada orang yang lebih bodoh dari aku sebab apa? we are Allah creation so, kita semua sama! Jangan nak berlagak lah weyh!

Apa yang aku nampak pada ko dari dulu sampai sekarang, semuanya still sama dan aku rasa akan tetap sama kalau tak di'laha' sekali sekala. Mak aku yang kampung pun tak pernah nak pandang rendah pada aku. So, apa yang ko kesah kalau aku bodoh? Ish, berlagak siot!

Aku tak faham lah apa yang ko bangga2 kan dengan keputusan dan kawan2 ko yang agak pandai tu? Ko agak, kawan2 ko tu akan mention nama ko juga ke bila dia cerita sal kepandaian? Tapi kan, ada gak antara diorang yang pandai ni, pandai nak kawal pandai diorang tapi ko? Berlagak!

Kalau dulu aku boleh tahan, tapi kali ni tak? Sebab, orang yang salu dianggap bodoh pun punya tahap kesabaran mereka! Kalau dah kena sekali, baru kau tahu kami macam mana? Nasihat yang perlu ko ingat, kepandaian ko tak kan tolong ko kalau ko tersungkur satu hari nanti! Outch!! So, jangan berlagak!

Friday, September 11

10 Malam Terakhir

Sedar tak sedar kita dah pun melalui Ramadhan yang mulia ni hampir 20 hari. So, meant kita dah berada dalam 10 malam terakhir? Kita tak tahu bila malam lailatulqadar kan? Tapi apa yang pasti, ia pasti ada, so marilah kita ramai2 membuat amal jariah agar dapat keberkatan daripada Nya. Tak lama lagi Syawal plak akan menjelang! Bila sebut jer sal Syawal, aku mesti akan rasa something! Nak cakap rasa sedih tak lah tapi rasa tersentuh bila syawal2 yang mendatang 3 tahun sebelum2 ni tak sama macam syawal2 yang pernah aku lalui dulu. Yer lah, syawal ni merupakan syawal ketiga aku tanpa seorang ayah. Masih fresh dalam ingatan aku bila kami dapat beraya bersama2 dulu. Bila time raya jer, arwah abah mesti akan. . .

"Mat, nah amik ni $200, belilah apa2 yang patut!" - arwah abah

"Mat, jom ikut abah g pasar beli barang nak masak. Nak tak?" - arwah abah

Masa tu 200 pun dah kira paling banyak nak beli baju ker, samping ker, apa ker! Meriah sangat bila nak raya. Arwah abah pasti akan beriya2 nak sambut memandangkan abang dan kakak2 tiri aku akan datang sambut raya pertama sama2. Bukan setakat tu jer, cucu dan cicit dia gak ada! So, means, memang akan meriah gila! Tapi tak lagi sekarang bila abah dah tak ada. Semuanya diambil alih oleh mak dan aku kesian sangat tengok dia. Raya bagi kami tak lagi meriah macam dulu. Kakak2 dan abang tiri aku tetap datang tapi rasa lain tu tetap ada bila orang yang paling tua dalam family dah tak ada. Raya2 yang lepas tak lagi macam raya dulu. Salunya pagi raya, kami akan tunggu kepulangan kakan2 dan abang aku tapi sekarang, aku ngan mak pulak yang dinanti2 kan pulangnya kami kekampung mak. So, means kami beraya di kampung dah. Bila tengah hari jer, kami pasti akan balk umah balik memandangkan kakak2 dan abang akan datang waktu petang. Urm, lain kan rasanya raya kali ni.

*tersentuh. mengalir air mata tiba2

Mercun dan meriam :

Salunya masa bulan pose, mak akan memulakan bisnesnya sebagai penjual mercun. Haha! Memang lawak gila. Aku pun tak main sangat sebab tak berapa nak berminat dengan benda2 yang letop2 ni. Fobia. Then, mesti mak salu kena marah sebab main mercun kat luar rumah sambil aku yang salu dok tengok. Dah macam aku lak yang mak kan? Macam2 mercun yang dia jual, aku pun tak tahu apa nama. Tapi yang aku salu main, mercun pop2. Haha. Bila nak raya jer,

"Samekom. Tok uda nak beli mercun"

Aku plak yang malas nak melayan karenah dak2 kampung yang tiap2 malam datang umah beli. Malam sebelum raya, salunya mak akan get ready nak masak2 untuk esok. Mak tak pandai nak buat ketupat n salunya kami akan beli yang dah siap atau lebih senang lagi, beli jer ketupat Nona. Siap tinggal masak jer kan? Aku lak malam raya pasti akan sibuk kemas rumah. Memandangkan aku jer yang ada kat umah, so akulah yang kena buat. Sambil tu, telinga ni dah naik bernanah dengan bunyi meriam yang berdentum dentum sana sini. Berlawan2. Itulah suasana raya kampung yang aku paling rindu. Dulu masa kecik2, aku tak berpeluang nak enjoy sangat main menda tu suma tapi tu lah. Sayang kan?

Pagi raya :

Salunya aku paling liat nak bangun masa pagi2 raya ni nak g sembvahyang raya kan? Tapi mak pasti akan kejut aku sampai bangun! Aku salu akan g masjid jalan kaki jer sebab tak bape nak jauh dan abah akan iring aku sama2 kat sebelah dengan nek basikal. Lepas tu, aku akan memohon maaf dengan abah dan mak sebelum aku akan bawak mak g ziarah kubur nenek kat kampung. Kalau dulu, pagi2 raya jer, pasti kak ngah aku akan sampai dulu sebelum kak long dan abang. Diorang dan family masing2 pasti akan stay sampai petang! Bestnya time tu.Tapi sekarang, aku akan g sembahyang raya sorang2 naik motor. Tak ada lagi dah abah yang akan teman aku jalan kaki. Sedihnya.

Ziarah kubur :

Raya pertama sebelum2 ni, aku akan bawak mak g ziarah kubur nenek sebelum ziarah kubur adik aku tapi raya kali ni... pagi raya jer aku akan bawak mak g ziarah kubur arwah abah dulu dan seterusnya arwah adik. Hening pagi salunya akan buat aku gugur air mata tapi spake dah menyelamatkan aku daripada mak nampak. Nanti dia lagi sedih, aku kena strong. Bila aku lihat batu nesan yang ada berukir nama Yawmon Bin Mohamed, aku kadang2 seperti tidak dapat menerima kenyataan. (ahh...) . Lepas jer ziarah kubur arwah abah dan adik, aku kali ni akan bawak mak g ziarah kubur arwah nenek dan datuk yang baru jer meninggal raya tahun lepas. Ah, banyak tul orang tersayang yang dah g tinggal kan aku tapi aku lagi sedih bila tengok kawan2 dan adik2 sepupu aku yang dah tak punya ayah masa diorang kecik sangat2 lagi. Apa yang diorang rasa agaknya kan? Urm.

Suasana raya :

Suasana raya yang pernah aku rasa dulu tak pernah lagi aku akan dapat kali ni. Berbeza sangat. Sekarang, aku salunya akan lepak kat umah atuk lama2 sebab semua ada kat situ. Kecik2 dulu, semua orang akan bagi duit raya tapi bila dah besar ni, tak ada pun dapat macam dulu. Diorang semua fikir bila aku dah ada kete sendiri, motor sendiri, rumah sendiri, aku dah kaya n tak payah dapat duit lagi tapi apa yang aku nak kan ialah suasana raya tu jer sebenarnya. Bukan duit ataupun apa2. Bila tengok kawan2 lain excited nak raya, aku pun rasa excited gak tapi sampai satu tahap nanti, aku mesti akan terdiam sendiri bila aku ingat balik semua kenangan yang pernah ada ni. Tapi lantaklah, selagi aku masih ada, aku akan happykan mak. Buat juga raya kami berdua jadi meriah dan happy walaupun disebaliknya penuh dengan kesedihan. Ahh.

Itulah raya bagi aku. . . korang?

Thursday, September 10

No Title


There's no word to describe my feeling towards you
Only Allah know the truth


Thanks beb! Sekarang ni, u lah langit yang selalu ada dengan i! Tak kira senang atau susah. I SAYANG you sangat but janganlah teruskan muka itik u tu lagi kay?

Perbezaan Budaya

Isu perbezaan budaya sering kali di perdebatkan di mana-mana tempat terutamaya di institusi pengajian tinggi! Semua masalah yang berlaku adalah disebabkan oleh perbezaan cara hidup yang telah diadaptasikan daripada kita kecil lagi. Bila kita dah biasa dengan satu benda kita, kita akan tetap terus terbiasa. So, bila kita sampai pada satu situasi dimana kita perlu sesuaikan diri dengan keadaan yang baru, kita sukar untuk menerima orang lain dan begitulah juga orang lain yang sukar menerima kita. Mari kita lihat antara contoh situasi2 yang kerap berlaku di sekeliling kita tanpa disedari. Aku tak berniat untuk menyentuh apa2 sensitiviti cuma apa yang ditulisk di dalam post ini adalah berdasarkan pemerhatian sepanjang bergaul dengan orang2 daripada pelbagai negeri dan budaya kat Malaysia ni. So, aku nak ulas sikit sal budak2 Johor, Melaka, KL/Selangor, Kelantan, Sabah/Sarawak memandangkan majority dak2 tempat aku ni datang dari situ. . .

(1) Johor
Bukan nak mengangkat negeri kelahiran sendiri tapi orang Johor merupakan antara orang yang mudah berkomunikasi dan bercampul gaul dengan orang lain. walaupun baru jumpa sekejap! Letak jer lah kat mana2 jer, orang Johor insya Allah boleh sesuaikan diri. Orang Johor juga senang nak faham apa yang diaorang cakap sebab dialek yang digunakan sama dengan dialek KL ataupun lebih dikenali dengan dialek melayu pure. Satu jer masalah bagi sesetengah orang Johor ialah bila datang kat satu tempat baru, diorang mudah terpengaruh dan lupa asal usul. Ada juga yang cakap orang Johor ni mulut tak berapa nak sopan dan sombong. Tapi bila dah kenal orang Johor, barulah anda akan tahu siapa mereka ni sebenarnya.

(2) Melaka
Orang Melaka ni plak jenis yang kaya dengan budi bahasa seorang mak cik2. Tapi sebenarnya, mereka tu semua punya 'sense' kekeluargaan yang membuatkan mereka jadi macam tu. Orang Melaka bila bercakap memang lagi kasar daripada orang lain. Mereka semua dah terbiasa tapi bila dipertemukan dengan orang dari negeri lain, mesti ingat orang Melaka ni kurang sopan lah, apa lah. Bahasa/dialek orang Melaka gak senang kita nak faham dan seiringan dengan Melaka yang berada dekat dengan Johor dan KL, so tak lah orang Melaka akan hadapi sebarang masalah bila berjumpa dengan jiran2 sebelah negerinya. Antara masalah yang dapat dilihat pada orang Melaka ialah, mereka ni suka makan makanan yang pelik2!

(3) Kuala Lumpur/Selangor
Budak KL memang popular dengan isu2 yang hangat! Mereka ni tak habis2 menimbulkan kekecohan tak kiralah sama ada yang baik mahupun yang buruk. Antara yang baik ialah, budak2 KL ni kebanyakannya high educated dan mudah mesra. Mereka punya budaya tak lah jauh sangat dengan Johor dan Melaka cuma sikit tinggi lah klas mereka sebab tinggal di Metropolitan City. Sebut jer sal isu2 semasa dunia hiburan/semasa, mesti diorang tau. Kelebihan yang diorang ada adalah kemudahan yang sangat banyak. Bila datang sal keburukan lak, ada juga budak KL yang jenis berlagak. Bila ada apa2 demonstrasi, suka sangat nak join. Satu lagi keadaan, bila budak KL ni jumpa jer dak2 yang pelik sikit, mulalah dia cakap budak tu disaster lah, kolot lah. Macam2 kan diorang ni?

(4) Kelantan
Budak Kelantan? Tak banyak perkara yang boleh dibincangkan dengan budak Kelantan. Sebab apa? Perkara utama, kita tak faham apa yang diorang cakap kan. Then, lepas tu kita pasti akan mengajuk balik. Pernah fikir perasaan diorang? Lepas tu, kang kalau salah cakap, ada yang naik parang. Bahaya sangat sebab budaya dan cara hidup yang tak sama buat kita jadi macam ni tapi sebenarnya kan, kita boleh nak ubah kalau betul2 willing to accept them. Kita kena belajar menerima! Okay x budak Johor dan KL yang ada masalah dengan budak Kelantan?

(5) Sabah/Sarawak
Sabah & Sarawak pun lagi satu yang buat kita jadi masalah. Tapi sebenarnya diorang langsung tak ada masalah dengan kita! Pelik2 kan mereka ni. Tapi satu yang aku respect tentang penduduk Sabah/Sarawak ni, diorang senang nak suaikan diri dan respect terhadap sensitiviti orang lain. Bagus kalau ada kawan dengan orang yang macam ni! Senang hidup. Rasanya setakat tu dulu, bila ada lagi masa, kita akan cakap sal negeri2 yang lain pulak kay?

Any Feedback?

Friday, September 4

Done!

Sebagaimana post terdahulu, aku ada cakap yang aku buat satu "Perfume Assignment" bagi mempromosikan bisnes kecil-kecilan aku kat sini. Dan kini ia sudah 99% siap dan akan menemui korang dalam masa yang terdekat. Minta sokongan korang semua untuk support 'my effort' ni. Saja nak try2 jadi usahawan muda. Harga boleh dirunding dan kalau korang sebarkan pada kawan2 dan keluarga yang lain, ada cendeahati yang akan korang dapat. =)
Thanks

People Change

Perubahan?Apakah yang korang faham sal perubahan? Bagi aku, perubahan ni selalu sangat ada pada semua sangat orang. Haha. Apa punya bahasa aku pakai ni. Perubahan dalam diri seseorang sangat banyak yang boleh kita lihat. Antaranya penampilan, perangai, kewangan dan status orientasi seksual.

1. PENAMPILAN

Penampilan sangat penting pada semua orang sebab penampilan lah yang akan menggambarkan siapa kita sebenarnya. Bagi aku, aku tak pandai sangat nak dress up. Apa yang aku pakai, aku tak kisah selagi ia ok pada pandangan aku. Paling pantang bila orang tegur sal penampilan aku. Lantak aku lah nak pakai apa pun. Kimy 112 pun pantang kena tegur sal baju. Dulu dia pernah sound balik pengawas peperiksaan sebab tak kasi dia masuk. Sebab apa? Sebab baju dia tu seksi sangat. Haha. Lantak lah wei. Kami tak menyusahkan kamu semua.

Selain daripada itu, ada juga yang berpenampilan bombastic tapi hotak bom kosong isi plastik! Dia punya outside what? Prada, Top Man, Zara, Gucci, Giordano, Soda etc. Nak tau dia punya inside? Bodoh, bangang, pemalas, tak punctual, putax belit cerita, mulut puaka, kuang ajar etc. Tu lah hakikat. Tak payah nak cakap sapa lah, kalau yang baca mesti dah dapat detect sapa kan?kan? Pakai jer cantik, tapi apa pun tak der. Ada plak yang berlagak dengan apa yang dia pakai. Eee.. Menyampah tol lah.

Bukan tu jer, ada lagi sorang minah ni dok kutuk minah yang sorang lagi bila dia jumpa minah tu kat bundle. Derr... Please lah beb, ko tu kaya sangat ker? Tak salah kan nak pakai bundle. Aku pun pakai bundle tapi aku tak malu pun. Minah tu pasan letop tapi padahal dia nothing lah. Apa yang dia pakai tu memanglah nampak mahal, tapi ntah2 dia paksa mak bapak dia bagi duit nak beli jadah tu. Pernah satu hari aku keluar dengan dia g shopping. Dia tak leh nak tengok orang lebih dari dia. Mesti dia nak menang. Lantak kau lah.

2. PERANGAI

Selepas bercakap sal penampilan, mesti ada kaitan dengan perangai kan? Perangai gak ada macam-macam jenis. Perangai yang baik, budiman, setan, sial etc. Yang bertalam bagai pun ada gak. Yang betul2 baik susah nak cari sekarang, macam kita sedia maklum, people change kowt. Mula2 memang nampak baik, dah 2 3 sem, nampak perangai sebenar. True color macam2 warna. Yang jenis setan sial plak ada yang dah berubah. Berubah kearah kebaikan dan ada gak yang tak berubah langsung. Sial saja.

Yang tu semua tak banyak sangat masalah tapi yang talam2 ni yang tak best. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Korang yang macam ni kan g mam*** lah lagi bagus. Menyusahkan hidup orang lain. Tak cukup dengan tu, suka lak mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain. Apa punya manusia lah korang ni. Hish...

3. KEWANGAN

Perubahan dari segi kewangan? Memang tak dapat nak dinafikan setiap orang akan ada masalah sal wet. Perubahan dari duit yang banyak menjadi sikit. Contohnya bagi sem ni mak aku bagi RM5000 n pandai2 lah aku nak handle macam mana. So...

RM 500 digunakan untuk bayar yuran
RM 500 digunakan untuk shopping
RM 2000 digunakan untuk Canon 1000D
RM 2000 digunakan untuk lap top actually

Tapi apa yang berlaku? Lain jadinya. RM2000 dah digunakan untuk benda lain. Bayar tu, bayar ni. Buku, stationery etc. So, macam kelakar pulak yang aim aku untuk dapatkan lap top kedua tak dapat2. Dulu bukan main lagi sibuk nak beli tapi tak juga kesampaian tapi tak perlah. Nanti ada rezeki, boleh beli. Tak mau dah susahkan mak! Tapi kalau mak ada lagi budgeting, mak beli lah apa2 pun jenamanya. Tak kisah asalkan mobile.

Betul tak? Bila cakap sal kewangan, semua orang akan berkerut even aku sekarang ni pun punya masalah duit tapi diamkan jer. Malas nak fikir sangat. Hurmm.. Ada tak cara nak cari duit yang efektif macam mana?

4. Sexual Orientation



Sexual orientation? Apa komen anda? Haha. Sekarang isu ni agak hangat dibicarakan. Bukan sahaja didunia hiburan tetapi juga di dunia pelajaran. Kalau dulu kita tahu orang tu straight, tapi bukan lagi sekarang. Ada banyak sangat pilihan orientasi dunia sekarang : Gay, Bisexual, Lesbian etc.

Kes (1) Gay - Dia ni memang dah sah2 gay. Dari dulu sampai sekarang tak nak berubah. Entah apa yang dia minat sangat kat jantan pun tak tau lah. Dari apa yang dapat dilihat, dia ni couple sebab seks. Tak der nyer atas dasar cinta atau apa tapi kalau ada pun eee, macam pelik lah. Terlalu menyayangi lelaki padahal kau pun lelaki. Bertukar2 boyfriend dengan mudah. Macam touch n go. Yang peliknya, tak pernahkah dia terfikir akan kesan yang bakal dia dapat? urm... Golongan2 macam ni orang cakap nabi tak mengaku umat. Tapi kan, ada yang lebih advanced, sampai berani cakap "Biar nabi tak mengaku umat, asalkan Pak Lah mengaku rakyat". Astagfirullah. Sampai macam tu sekali. Bukan nak cakap orang tapi berpada-padalah wahai kawanku... Kalau kita g mana2, kita boleh nampak yang jambu2 ni. Gila bapak punya handsome. Tapi pegang tangan apa semua. Terkejut korang. Kalau g club diorang, lagi lah menangis pompuan tengok. Yang jambu banyak gila beb. Yang body builder pon ada gak. what the f. Sampai ada yang tukar2 position. Jap top, jap bottom. flexi sudah. Memang betul2 dah terbalik dunia ni.

Kes (2) Lesbian - Yang ni plak susah sikit nak dilihat. Luaran normal tapi dalaman, sayang kat pompuan lain. Main gesel2 lah, apa lah. Tapi kan, kenapa kalau perempuan yang lesbian tak salu sangat kena kecam macam laki yang gebex? Ish, ini tidak adil! Haha. Ada lagi satu makhluk ni, dia punya awek memang cun. Menangis ar jantan kalau tengok. Lagi melalak kalau jantan tu tau yang minah tu lesi plak. Macam tak cukup jantan jambu dah kan? G jer mana2, melambak yang handsome. Sedap mata memandang kowt. Tapi yang sama bumper jugak yang dipilih. Dunia2. Tapi biarlah, tu pilihan dia.

Kes (3) Biseks - Seterusnya adalah golongan biseksual yang memilih dua2 jantina dalam satu masa. Aim bagi golongan sebegini ialah memperjuangkan konsep keadilan dalam perhubungan. Orang yang macam ni kadang kala membuatkan kita konfius akan orientasi dirinya yang sebenar dan menyebabkan banyak spekulasi yang timbul. Bila dah timbul masalah, banyak pihak akan dipersalahkan. So, kepada sesiapa yang berkenaan, pilihlah pasangan yang sebenar2nya anda mahu.

Kes (4) Gay turn to Straight - Kenapa aku tak tulis lesbian turn to straight? Sebab tak pernah nampak lagi tapi gay menjadi straight ada dah aku nampak. Ada sorang budak ni dulu dia memang gay tapi sekarang dia dah kembali ke jalan yang benar. Apa yang aku nampak dia betul2 insaf n tak nak dah terjebak lagi. Semangat dia kental dan aku dapat lihat hasilnya.

Kes (5) Straight turn to Gay - Dulu kau straight, ada awek apa semua tapi dalam masa yang sama ada jantan. Motif nak manja yang lebih dari seorang kawan. Kalau sorang saksi yang nampak tak per tapi banyak kot. Disebabkan tak dapat nak kawal nafsu amarah pada lelaki, last2 awek ditinggalkan. Pastu, makin menggedik. Dah lah perangai tu ramai orang tak berkenan, then ko tambah lagi masalah yang macam ni. Orang dah tak respect ko lagi dah pasni. When people yang staright turn to gay mesti orang akan salahkan pompuan tapi sebenarnya lelaki tu sendiri yang salah.

Kes (6) Confius - Haha, kalau yang kat atas semua dah ada hala tuju, macam mana pulak dengan golongan ni? Konpius. Dia tak tau mana yang dia suka. Ciri-ciri orang konpius ni salunya dia suka nak jadi jantan, kadang2 gak nak jadi pompuan. So, macam mana kita nak tahu dia nak golongan yang macam mana. Secara tak langsung, kita dah terikut2 kekonfiusan dia. Entah2 dia suka binatang kot. Kah2. Tapi buat sesape yang berada di kelompok konfius ni, anda harus tetapkan jalan anda. "Jangan Pilih Jalan Hitam".

Jika korang ada cerita/pengalaman menarik untuk dikongsikan, just comment kay?