Tuesday, September 1

Coming Commercial

Right now i'm strungling to finish up my "Perfume Assignment" whereas Petchai be my model and hope all readers can wait to see the result

Saturday, August 22

Welcome Ramadhan

"Selamat Berpuasa Kepada Semua"

Thursday, August 20

Satu Penghargaan

Tahniah Abah. Mamat bangga dengan abah. Aicehh.. Ayat struktur sangat. Haha. Btw, ini merupakan satu penghargaan buat arwah abah. Aku pun tak tahu kenapa nama arwah abah yang terpilih untuk menjadi street identity. Ramai kawan-kawan yang tanya. Tapi aku pun tak tahu kenapa. Mungkin share kampung 65% kot. Haha. Bangga dan bersyukur pun ada. Masa kecik-kecik dulu aku salu mimpi akan dapat jadikan jalan ni sempena nama abah, tak sangka jadi betul-betul tapi yang harunya, tak sempat arwah abah nak tengok perkembangan dan pengiktirafan yang telah diberikan kepadanya, Allah lebih sayangkan dia. Tapi nak dibetulkan disini ejaan dan nama yang betul adalah "Jalan Haji Yawmon Bin Mohamed". Eh, Macam nama aku lah.. Mohamad Bin Yawmon, Yawmon Bin Mohamed. Kih-kih. Recycle kid upenya aku ni. So, kepada sesiapa yang nak menghantar kad raya, sila poskan kad raya anda ke alamat :

Mohamad Bin Yawmon
No 210, Jalan Yawmon
Parit Sha'aban
Kampung Parit Bilal
83050 Batu Pahat
Johor Darul Takzim

Thursday, August 13

Edisi Foto : Kenangan D'Malacca


Kenangan paling best bersama-sama dengan kawan yang paling letop. Korang sume memang gila babeng punya sial. Aku rindu time2 kita sama-sama gather macam ni. Hope satu hari nanti kita dapat lagi cipta kenangan terindah. Btw, nak promote Bandar Melaka. Korang park jer kete kat Mahkota Parade then korang dah boleh g pusing-pusing satu Bandar Hilir o Dataran Pahlawan kat situ. Agak memenatkan sebab terpaksa berjalan tapi kepuasan yang korang akan dapat lepas tu lebih daripada segala-galanya.
Nak shopping kat mana-mana pun boleh. Dataran Pahlawan kelas punya tempat but Mahkota Parade not that bad. Korang kena g dan try. Kalau bawak family gerenti best. Nak view pemandangan lak, naiklah Menara Taming Sari. Baru RM20/seorang. Tak mahal lah. Berpatutan dan berbaloi. Lepas tu, g naik beca Digi yang banyak bersepah warna kuning kat sekitar place tu and jangan lak dilupa pada sapa yang tak penah naik Eye On Malaysia, g lah naik. Best sangat. Fee dia pon tak lah mahal mana. Bawak IC, student card, gerenti dapat less. Tu lah untungnya duduk kat Malaysia ni.
Kalau pasal makan lak, nak suggest satu tempat. Kalau nak makan masakan Padang, Indonesia, g lah restoran kat sebelah Mahkota Parade. Macam-macam makanan ada kat situ. Harga gak boleh tahan setimpal dengan apa yang korang makan tapi kalau nak lebih murah, g kat bahagian parking yang juga sebelah dengan restoran tu. Ada satu kedai mamak warna hijau tak silap. Makanan kat situ memang ala mamak tapi harga dia ummphh!! Setiap kali aku datang Melaka, aku tentu akan g restoran tu sebab sedap dan murah. In budget.

Edisi Foto : Wet World Waterpark

Bila kita citer sal mandi, tentu ramai yang banyak pengalaman yang berkisar sal mandi manda ni. Eventho sekarang ni pon aku tak mandi lagi sedangkan dah janji ngan Epul nak g tido umah dia. Alaahh... Tak pelah. Malas nak g. Btw, ni member-member time keje. Semuanya satu umur. Tak banyak beza pon. And yang paling best, tempat yang kiteorang gi ni namanya Wet World Waterpark. Bayaran masuk tempat ni dulu fix. Dewasa RM10, Kanak-kanak RM5 but sekarang bayaran dikenakan ikut ketinggian. Hahaha. Kalau kawan-kawan aku yang pendek masuk, sah-sah murah kot, kot murah, RM8. Ada banyak cawangan tempat mandi ni kat serata semenanjung dan salah satunya betul2 kat sebelah kawasan kediaman aku. Kampung Parit Bilal atau lebih dikenali dengan Tasek Merdeka.
Tempat ni sekarang letop. Bukan sekadar waterpark jer, sekarang ni dah nampak management place ni dah cacak-cacak tiang. Dengar kata nak buat Theme Park lak. Letop tak? Sebelah umah jer kot. Apa lagi yang aku dengar, manager tempat ni beli semua kelengkapan daripada Johor's. Yang aku nampak setiap kali balik kampung, dah mula nak dirikan Roller Coaster. Serius best babe. Bukan tu jer, ada macam-macam lagi. Yang pusing-pusing 360' tu pun ada gak. Ahh!! Tak sabar nak tunggu grand opening.
Tapi apa yang tak best mengenai tempat ni adalah haunted memory dia. Kalau korang nak tau, arwah abah i dulu pernah keje korek lombong masa dia muda-muda n terciptalah dua tasik kat kawasan tu. Satu besar sangat kat depan dan satu lagi dah ditimbus untuk dijadikan Wet World ni. Masa nak timbus kawasan tasik tu, macam-macam citer yang tak enak didengar! Ada yang kata kat dalam tasik tu ada ikan yang GILA bapak punya besar. Dieorang punya bisnes boating pun tak laku. Apatah angsa yang kayuh guna kaki tu, bertuah nye. Jadi hiasan je last-last ni. Dekat-dekat ngan tasik ni juga ada Kubu Jepun. Tinggalan zaman perang. Dulu tiap-tiap pagi gi sekolah kena lalu kat situ. Kat post akan datang nanti, aku akan tunjuk gambar kubu ni kay? Menakutkan beb. Ada yang cakap tempat dieorang pancung kepala dll. Ahh... Meremang! And picture kat bawah ni sebahagian kenangan aku dengan teman-teman sekerja masa last-last season sebelum berhenti.

Wednesday, July 29

God, Please Save His Life!

Babak 1

Hari rabu lepas, lepas meeting pasal trip dan sesi photo dengan prof, aku, epul, ashmeer ngan aby g Gombak. Umah ashmeer sebab dia nak amik camera dia. So, epul ajak aku n anku drive memandangkan dia kurang sihat dan yang lain-lain dalam kete tu tak tahu drive. dalam kete tu jer, epul dah mula batuk2. Teruk. Kami sampai kat Gombak lam pukul 6.30 petang. Cuaca time tu memang sejuk ar. Kat umah ashmeer ada kucing comel. Nama dia Cumi. Comel cangat. Yang si epul ni pon degil juga. Dah tahu batuk, g cium idung kucing tu. Idung kucing tu sebijik macam muka lori kena langgar, kemek gile. Mana ashmeer dapat kucing tu pon tak tahu lah. Aku dah cakap 2 3x ngan epul, jangan cium! Nanti batuk. Dia tak cium tapi ditonyoh2 lak. Aiyoo...

Babak 2

Kami sampai kat puncak lam kol 8.35. Time tu kiteorang plan nak g tengok screening. Citer Gadoh. Mamat handsome berlakon, sah2 lah kiteorang g tengok kan? Tapi sebelum tu, aku hantar abby dulu balik umah memandangkan dia tak sihat. kat dalam screening tu, penuh sangat dengan orang. Epul batuk lagi tapi biasa punya batuklah. Lepas jer habis screening, time Q & A session, aku ajak epul kuar g makan, time tu tak makan apa2 lagi. Sebelum g kandang tu, sempat juga menyinggah tengok dak2 peska punya latihan. Join sebentar.

Masa makan kat kandang, epul makan nasi ayam ngan teh o ais. Bukan kecik punya gelas tau. Gelas besar! Pale otak dia ar.. Time tu aku malas nak marah. Kang dia cakap aku kongkong dia lak. Dia minum, dia batuk. Aku bagi dia tisu. Order kan dia air suam. Dia minum tapi batuk still lagi. Lepas tu dia cakap nak g muntah jap. Tapi aku tahu dia g mana. Dia g smoking! Pandai dia sembunyi2 smoke kat belakang toilet kandang tu. Lepas makan apa sume, kami pon balik. Budak2 ni kepala gila. Ajak panjat pagar belakang! Memang cepat. Cepat sangat sampai umah. Sampai kat depan blok nampak ramai yang lain lepak termasuklah housemate aku. Epul tak join. Dia g join dak2 part 2. aku g belikan dia strepsil n msg dia suh balik memandangkan jap lagi ada spotcheck n dia tak makan ubat lagi. Dia balik aku pun balik. Kat umah, semua sibuk kemas umah. Disebabkan dah tak ada keje lain, aku basuh pinggan. Time tu mawar datang nak cakap something tapi tak jadi. Masa tu, aku ada terlintas nak msg epul suh makan ubat apa semua so dia tak lah ngelat tak nak makan kan? Habis keje apa semua lam kul 12 aku msg dia.

"epul, u jangan lupa makan ubat tu semua. Kalau batuk-batuk lagi, makan strepsil yang i bagi tu and please lah jangan smoking!"

Tengah dok syok aku berbual ngan mawar, ada msg.

"meiy, i sesak nafas"

Aku terus bangun dari katil n cepat2 g kat locker aku amik minyak angin. Terus lari g umah dia. Sorang pon tak tahu melainkan chu yang agak pelik kenapa aku kelam kabut.

Babak 3

Sampai2 kat umah dia tak ada sapa. Yang lain semua g memondan rasa kat bawah tadi. Yang ada ashmeer. Ashmeer cakap dah sapu ubat dah. Time tu aku tengok dada dia dah mula berombak kencang. God! Aku jadi panic. Tak tahu nak call sapa. 2 minit lepas tu, dak2 umah dia balik. Aku tanya kat diorang kalau2 ada simpan no RS bertugas coz nak bawak epul g sepital. Time tu barulah diaorang semua sedar yang epul sakit. Time tu jugalah ombak dada dia gile babeng punya kencang.

Babak 3.1 (sial bermula)

Aku ngan oden lari turun bawah nak cari no rs. Tapi xder. Kebetulan time tu TH ada kat depan blok D. Aku terus lari mendapatkan dia. Aku cakap kat dia apa semua. Tapi dia punya reaksi, relax jer. Kepala otak dia lah! Dia suh aku cari rs bertugas sedangkan time tu ambulan tak der. Tolonglah! Ko tu kan TH merangkap P* xkan xbole nak fikir apa2. Then aku g lari jumpa guard kat depan. Lari lagi. Masa tu dah 3 4x amar kol cakap epul makin teruk. Aku dah makin panic. Air mata jangan cakap lah. Mengalir dah macam paip bocor. Bukan ngada-ngada tapi risaukan kawan. Sapa tak sayang kawan beb. Lagi plak aku dah ngan dia selama dia sakit.

Sampai kat post guard depan, oden terangkan keadaan sebenarnya kat guard. Time tu aku leh lah tahan nak marah sampaikan dia cakap dia tak leh nak buat apa2. Fuck lah! Aku apa lagi, mantol ar. Aku cakap kat dia, kalau tak boleh tolong sekalipun, bukalah pintu pagar, aku boleh amik kereta aku. Tak payah nak tunggu apa semua. Tak kan nak tunggu sampai mam*** baru nak bukak kot. Time tu tau apa dia punya reaksi? Dia cakap tak boleh lah. Apa2 pun kena tunggu rs gak baru leh bukak. Aiyoo! Bodo sial guard ni. Aku dah mula nak marah ni tapi oden suh sabar. Aku lari balik kat blok sebab amar dah kol banyak kali. Aku panic. Panic!

Masa tu aku terus lari balik rumah sebab nak tengok keadaan dia. Kebetulan sebelum naik tangga, jumpa Abg Said. Wakil JPK. Sah2 lah ko sasaran aku. Time tu abang tu kena sekolah tadika, agama dan seterusnya sampailah dia bawak aku g office. Ingat sampai office lah settle problem lah tapi rupanya makin teruk!

To be continue...



Friday, July 24

Seriously Shit Aku Rindu Ko

Orang selalu akan mempertikaikan kenapa aku rapat gila dengan kau. Orang sekeliling sebenarnya tak puas hati bila tengok kita bahagia. Kadang-kadang kan, kita kena biarakan orang cakap pasal kita sebab bila tak ada orang nak cakap pasal kita nanti, mana kau ngan aku nak dapat publisiti. Apa yang membuatkan aku suka kawan dengan kau adalah sebab :

1. Kau tak pernah menolak kemana jer aku ajak ko jalan

2. Kau suka layan aku walaupun time tu ko dah bosan

3. Kau tak pernah malu dan selamba

4. Kau pentingkan mak kau dalam apa jua situasi

5. Kau senang nak di ngok ngek kan (kira senang nak kelentong arr.. haha)

Jangan ingat aku tak der benda yang aku tak suka kat kau. ADA! Banyak tapi aku bagi 5 jer lah kay. Ngee... Aku tak suka kau bila :

1. Kau siap lambat. Kau memang lembab. Salu tipu aku cakap dah siap tapi padahal kau baru nak make up

2. Kau suka cakap kuat-kuat. Pekak doh telinga aku. Bila kat kolej, orang cakap aku yang cakap kuat tapi sebenarnya ada lagi yang kuat. Kau!

3. Kau suka pakai baju tak ikut tema. Bila aku cakap kau kena pakai hitam, kau banyak bagi alasan. Alasan tu lah, alasan ni lah. Bosan

4. Kau tido. Kau tido seriously macam puki. Kau tido bercakap. Meracau. Menangis dan macam-macam lagi lah. Pelik aku tengok kau tapi bila kau cakap aku tido tendang kau, betul ker babe?

5. Kau naik kete ngan aku. Kau suka curi aku punya cermin pandang belakang sebab nak make up. Gila apa. Kalau dibuatnya aku langgar bahau macam mana. Haha

Tapi apa-apa pun, kau tetap sepupu dan teman yang paling best dalam hidup aku. Aku sayang kat kau sangat dan jangan risau, selagi aku ada, aku akan tolong kau bila kau perlukan pertolongan. Luv u much!