Saturday, March 6

Awak Dah Salah Faham

Awak, saya nak bagitahu awak sesuatu, Sebenarnya saya tak pernah sukakan awak. Awak tak perlu nak perasan yang saya syok atau desperatekan awak.
Saya malulah bila kawan-kawan saya tahu hal ni. Saya tak ada niat pun nak buat awak malu dan bengang dengan saya. Saya sebenarnya lagi bengang bila nampak awak. Lagi-lagi bila salah seorang kawan saya yang merupakan kawan baik awak juga bagitahu saya hal sebenar. Dari situ, baru saya tahu status kita selama ni. 
Saya tak berpeluang nak bagitahu secara depan, kerana saya tahu kita masing-masing pasti akan kaku. So, macam ni je cara saya nak bagi tahu awak apa yang saya rasa. So, saya harap, awak dan saya dapat hentikan segala salah faham. 
Kita kawan? (salam tangan sambil senyum)
- untuk you, budak bmw

Terima Kasih Nek Unggal

Terima kasih Nek Unggal dan sepupu2 yang lain kerana menggembirakan saya! Saya happy kerana dapat keluar menghabiskan masa dengan family malam ini, berkaraoke, makan chicken wing dan macam2 lagi. Atleast, saya dapat lupakan masalah sejenak. Sayang Nek Unggal, sayang Lily, sayang Fika, Sayang Nisa! Thanks semuanya! =)

Thursday, March 4

I'm Proud Of You, JOHN!

John... John... Aku kagum dengan kau. Kau memang terbaik diantara jantan-jantan lain yang ada kat puncak ni. Kau memang terbaik. Mungkin kerana skill 'berasmara' yang kau ada membuatkan kau disegani oleh jantan-jantan lain kat sini. Mampu yang lain?
John... John... Nak cakap kau handsome, tak jugak tapi aku pelik kenapa semua betina yang ada, terpikat dengan kau. Mungkin kerana kau macho, gentleman. Mana lah tahu kan? Dalam diam-diam kau, kau punya seribu satu rahsia perhubungan. Kalau aku ada peluang dan dapat cakap dengan kau, aku akan minta sikit tips bagaimana nak pikat perempuan. Tapi, macam mustahil lah. Kau selalu jer mengelak dari nak jumpa dengan aku. Kenapa? Kau takut aku jatuh cinta dekat kau ker? Insya Allah tidak. Aku masih ada pertimbangan lagi.
John... John... Lama dah aku tak nampak kau dekat puncak ni. Kau sakit ker? Kenapa dah lama tak keluar? Kalau aku terserempak kau pun, kau selalu kelihatan penat, letih, lesu. Kau sakit ye? Aku kesian tengok kau tapi macam mana ek aku nak tolong kau? Hurmm...
John... John... Izinkan aku 'kiss' kau. Boleh? Kalau dapat, aku nak dakap kau erat-erat. Penuh dalam dakapan aku! Mesti aku tak akan lepaskan kau. Walaupun kau kelihatan lebih berumur dari aku, aku tak kisah. Kau tetap comel.
John... John... Semua orang mungkin kenal kau. Kau adalah legenda di puncak. Semua orang akan keluar ke balcony kalau kau lalu. Sama macam aku juga, pantang dengar suara kau dari bawah, pasti aku menjenguk. Ah! Kau sangat err... dari atas. 
John... John... Aku suka kau lah bodoh! Tapi aku bukanlah seorang yang jahat untuk menjatuhkan perhubungan kau dengan dia. Dia yang mana, kau pasti lebih tahu kan? Mungkin aku tak layak untuk menandingi dia dan aku tahu kau mesti lebih sayangkan dia lebih dari segalanya. Kan? Kan? Tak apalah. Kau memang layak untuk dia dan dia juga layak untuk kau. Karang, apa plak orang cakap bila tengok aku dengan kau, berbual dengan kau, pasti ada mulut yang akan mengata. Malu lah nanti.
John... John... Anak-anak kau semua comel dan kelihatan seperti kau juga. Sumpah! Semuanya comel dan aku tak dapat nak menafikannya lagi. Kau adalah segalanya bagi anak-anak kau. So, jangan risau. Aku akan berhenti menyukai dan mencintai kau John. Tak sangka kau dah jadi bapa sekarang. Tapi, impian tetap impian. Aku akan try untuk grab it. Aku nak cium kau juga. Tak kira!
John...
- warkah untuk John (si kucing puncak yang gatal miang, perogol, rakus, everything)
=)

Wednesday, March 3

Status

saya sayang anda sebenarnya

Wednesday, February 24

Knak Nya Mesti Jak Ada Dalam 24 Jam?

Sakit benak hatiku melihat kau senantiasa berada dengan si dia. 24/7 kau bersamanya, berdamping dengannya dan  pelbagai perkara lain kau lakukan dengannya. Kau selalu membangkitkan persoalan. Kenapa aku berubah? Tapi pernahkah kau bertanyakan pada diri kau sendiri, persoalan yang mungkin jawapannya ada pada diri kau sendiri. 
Sejujurnya aku tak tahu siapa dia dihati kau. Dan jujur juga aku tak tahu siapa aku dihati kau. Dan jujur juga aku tak tahu siapa kau dan dia dihati aku. Perasaan benci, sakit hati dan segala yang negatif mula berlegar dibenak hati. Menghantar mesej kepada minda untuk mula menjauhkan diri dari kau dan membenci dia.
Ya! Semua orang nampak dia baik. Begitu juga kau. Tapi pernah kau berada dibelakang penutup botol? Tidak! Dari situ nanti baru kau tahu siapa dia yang selalu berada dengan kau. Aku bukan tak mahu menyedarkan kau tapi mahu kau sedar dengan sendiri. Selepas itu nanti, kau akan tahu siapa dia dan siapa aku.
Semoga berjaya memilih jalan ke kilang kebahagiaan 24/7...

Tuesday, February 23

Status

Peristiwa memalukan di rakaman ''Jangan Tidur Lagi'' siaran 10 Mac 2010 membuatkan aku tidak henti senyum bengang sampai sekarang. Malu ah! Satu Malaya tengok kalau editor tak cut apa yang berlaku tu. Malu ah! Apa2 pun, jangan lupa saksikan Jangan Tidur Lagi pada 10 Mac (Diddy Alias & Aliff Satar) dan 17 Mac (Awal Ashaari & Akim AF7) 2010 nanti. Penat saya enter frame muka tau! Haha. Seriously bengang sampai sekarang! =)

Saturday, February 6

Lirikan Matamu

aku kalah dengan itu. sekali pandang tak ubah macam cinta yang berbunga-bunga