Tuesday, January 12

Pilihan Tepat / Keputusan Terlalu Cepat?

Post ini adalah link kepada post "Same Opinion, Same Experience"
 
Adakah aku dah buat satu keputusan yang betul dan tepat atau keputusan yang aku buat terlalu cepat? Semuanya berlalu terlalu pantas dan mungkin ketika itu, aku baru sahaja awal 19tahun. Tak tahu mana yang betul, mana yang salah. Tak tahu nak buat keputusan dengan bijak tapi sehingga hari ini, persoalan ini sering bermain diminda. Adakah keputusan aku meninggalkan Nilai International University College in Dip. Medical Lab Technology satu keputusan yang betul-betul betul? Disana, segala kemudahan dah pun diberikan. Aku ditawarkan Biasiswa Persekutuan dan 99% aku akan terus dapat pekerjaan. Kediaman bungalow double-storey dan kemudahan-kemudahan bertaraf antarabangsa juga dah tersedia. Tapi kenapa time tu aku tak nak ya? Aku tolak segalanya. Aku hanya berada di sana selama seminggu dan ia merupakan satu jangka waktu yang sangat menguji tahap kesabaran aku. Mungkin sebab keadaan persekitaran yang agak membosankan, suasana yang terlalu lalu mendamaikan, sunyi dari hiruk pikuk kota, housemates yang mungkin tidak sepadan, classmates yang mungkin tidak berkenan dan subjek yang sebenar-benarnya memberi tekanan. Tapi, kalau aku disitu, aku sah-sah akan terus dapat kerja dan kalau rezeki ada, mungkin boleh melanjutkan lagi pelajaran ke Egypt untuk Sarjana Kedoktoran yang akan memberi gelaran Dr Mohamad pada aku. Tapi, kesini juga aku datang. Daripada kesenangan kepada kesengsaraan. Tetapi mungkin juga kerana rakan-rakan. Mereka lebih terbuka kerana berjiwa seni dan kreatif. Tidak dungu dan ulat buku seperti di Nilai dahulu. so, mungkin sebab itu aku berada di sini.
Diploma Skrin
Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik
Universiti Teknologi Mara 
Kenapa aku berada disini? Kenapa aku memilih untuk kemari buat kali kedua? Mungkin kerana subjek disini lebih flexible dan tidak memerlukan tenaga perah otak yang melampau. Disini juga mungkin aku dah punya rakan-rakan yang secocok atau juga mungkin teman tersayang. Keputusan drastik yang aku buat dalam masa 15 minit telah mengubah kehidupan aku mungkin untuk 15 tahun plus plus akan datang. Tambah menyesakkan, aku tak mendapat sebarang pinjaman kewangan daripada Mara, Jpn mahupun PTPTN. Lebih masalah, kadangkala subsidi makanan yang sepatutnya kami sebagai student dapat pun tak dapat. Itulah yang aku katakan tadi, daripada gembira, aku pilih untuk derita. Derita yang sehingga kini telah membuatkan hidup aku dalam penyesalan walapun pada zahirnya, aku masih tidak pasti. Adakah patut untuk aku menyesal akan keputusan yang telah pun aku sendiri buat? Selalu aku fikirkan perkara ni bila ada masalah. Tapi tidak pula aku layankan sebab takut akan memakan diri sendiri. Entahlah. Mungkin aku patut menyesal tapi semua tu dah tak ada guna. Aku harus juga meneruskan perjuangan sebagai seorang insan seni (Sarjan Yo, 2009) walaupun pelbagai rintangan dan permasalahan yang timbul.
Persoalan yang masih lagi timbul hingga kini, "adakah masa depan aku akan terjamin nanti?" . Untuk menjawab soalan tersebut, taipkan ON KiMAK Y untuk Ya dan ON KiMak N untuk Tidak. Hantarkan jawapan serta butiran peribadi yang lengkap beserta saiz muka untuk disepak terajang ke www.shepardcinta.blogspot.com. Segala jawapan atau respon yang membantu, akan diberikan penghargaan dan yang tidak, akan mendapat 'pukimak hanjingan'.

Same Opinion, Same Experience

Selasa -  Hari yang sangat-sangat sibuk. Dengan kelas dan pelbagai tugasan yang dibebankan di kepala. Aduh. Rasa penat sangat. Tapi mungkin itu hanya permulaan. Permulaan kepada satu perubahan baru. Entah macam mana, secara tak sengaja, aku dan rakan-rakan yang lain boleh terbincangkan pasal "REGRETION". Entah macam mana soalan cepu perak ni boleh keluar dari mulut seorang rakan yang mana bertanyakan pendapat aku tentang masa depan di Puncak (Dip. Screen). Urm. Cubalah anda semua bayang dan teka kan apa yang kami bincangkan? Begitu rancak perbualan kami sehingga tak perasan dah menyentuh lebih daripada pelbagai pendapat yang baru dan ada juga yang sama. 

Seorang daripada rakan yang turut serta menyertai sesi bual bicara begitu menunjukkan minat. Dia mengutarakan pendapat. Mengutarakan idea. Mengutarakan komen dan juga mengutarakan apa yang terpendam di benak hatinya. Dan dibenak hati aku pula, tak pernah pula aku menyangka akan berjumpa dengan seseorang yang mempunyai perasaan serta pendapat yang 99% sama. Selama ini, aku hanya beranggapan yang aku sahaja begitu tetapi rupa-rupanya ada 99% yang lain. Baru aku tahu.

Sedar tak sedar kami atau mungkin aku sudah berada di Puncak Perdana ini selama 4 semester dan pelbagai ilmu dan pengajaran yang telah aku pelajari. Tetapi, persoalan disini adalah : "adakah aku akan jadi seorang pengarah atau penerbit atau pengarah fotografi atau apa sahaja yang berkaitan dengan filem atau dalam konteks yang lebih jelas, terjaminkah masa depan aku nanti? ". Itu sebenarnya persoalan yang bermain di minda. Perkara macam ni kadangkala sukar bagi setiap individu untuk perjelaskan kerana masing-masing punya pendapat masing-masing tapi, bagi aku, aku berada di sini hari ini adalah kerana aku ingin membuktikan pada orang yang sentiasa memandang rendah akan kemampuan aku yang aku juga boleh berjaya dan menjulang segulung skrol diploma satu hari nanti. Mungkin dari situ, aku layak ke degree, master, phd dan seterusnya, we never know!

Aku berada disini hari ini kerana takdir. Tuhan dah takdirkan aku untuk belajar tentang filem sedangkan minat aku (first choice masa apply upu) dahulu adalah broadcasting-masscom. Itulah yang mak cik aku sebutkan pada aku. Mungkin tuhan dah tentukan jalan aku macam ni dan aku harus menerimanya dengan redha. Mungkin juga ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan segala ketentuan tuhan semestinya punya sebab musabab yang tersendiri. Kita tak tahu.

Bila kita terpaksa belajar benda yang kita tak minat, 0 yang masuk dalam kepala. Tapi aku cuba. Terus mencuba walaupun kadangkala ia sangat membebankan kepala. Aku tak silap buat keputusan. Mungkin. Tapi aku tidak boleh memandang kebelakang lagi. Dulu... persoalan yang sama seperti diminda rakan aku tadi juga pernah bermain diminda. Berkaitan hala tuju? Masa depan? Kekuatan? Aku harus yakin walaupun sebenarnya selama ini aku hanya menipu diri sendiri. Berhadapan dengan masa dan keadaan yang bukan dihujung jari. Tapi aku tetap yakin, Allah Maha Mengasihani. Apa yang mungkin aku perlukan kini, sokongan rakan-rakan dan bimbingan agar hati aku akan terus tetap disini, untuk menunaikan janji yang pernah dilafazkan satu masa dulu.

Anda punya komen atau pendapat membantu? atau mungkin anda mengalami masalah yang sama dihadapi oleh saya, rakan 1 dan rakan 2? Kongsikan lah semuanya disini agar kita sama-sama dapat memotivasikan diri kita sendiri.

Mood sekarang : tawar hati, 45% in class and the others dont know where it go!

The Only Person That Can Make Me Hurt Is You

You 

You, i sayang u tahu tak? Ya! Mungkin u tak sayang i macam mana i sayang u tapi i akan tetap menyayangi u sampai bila-bila. Sayang sebagai seorang kawan yang i harapkan akan berkekalan sampai bila-bila pun. Sayang i pada u tak kan pernah pudar. Ok? Kita kawan. Antara banyak banyak kawan yang i sayang, u lah yang paling comel, paling degil, paling susah nak handle. U memang lah. I pun tak tahu kenapa i boleh tahan dengan perangai u. Tapi kan u, ada orang jealous dengan u tau. Dengan keakraban kita dulu. Dan mungkin juga yang ada untuk cuba menghancurkannya. Takutnya kalau u dah tak mau kawan dengan i lagi.

I rindu u sangat-sangat! Rindu. Sangat merindui dan merindui selalu. Bohonglah kalau i cakap i tak pernah rindu u. I admit. I memang rindu u dan memikirkan u pada setiap saat tapi i tahu u tak macam tu, tapi tak mengapa. Ingatan seorang kawan kepada kawannya yang lain kan baik. Betul tak? Kadang-kala orang yang buat kita sakit hati akan buat kita jadi benci kat orang tu tapi u sebaliknya. I pernah try untuk membenci u tapi i tak boleh.

I tahu u ego. Ego u memang tak leh ditandingi. I pun tak tahu nak buat macam mana untuk bagi ego u turun. Tapi, i pun ego gak. Sebab, tak tegur u langsung pun. I tak ada niat pun nak buat macam tu tapi tulah, u ego. I ego. Tapi, u lagi ego. Ego satu kepala. Ya! Mungkin betul jawapan u tapi kan, apa salahnya u tegur i dulu. Mengalah lah. I dah banyak mengalah untuk u. Mimpi jer kot untuk tengok u mengalah. Kan?

I tengok u dari jauh. Tapi i segan nak tegur tapi hakikatnya, i rindu u! U nampak berbeza sekarang dan i sukakan penampilan u. I juga harap azam tahun baru u akan termakbul. Hope so. Hehe =p . Malu nak cakap tapi i selalu curi pandang kat u. Tak salah kan? Kawan pandang kawan kot. Sekali lagi

i rindu u...

Sunday, January 10

Beginning of 2010

Hari -  Ahad
Lokasi - Puncak Perdana
Mood - Rindu Rumah/Bingong
Ya! Semua diatas adalah benar sekali dan teramat2 benar. Banyak yang berlaku selama ni cuma aku tak berpeluang nak kongsikan kerana masa sangat2 lah mencemburui aku. Mood kalau nak dicakap betul2 adalah bingung+bengong+nak gila+nak duit. Macam- macam yang berlaku kat aku awal tahun 2010 ni. Adakah ini petanda yang tak baik? Aku pun takut dan gusar untuk memikirkan hari yang akan datang.
1) Perkara pertama yang agak MALANG berlaku ialah aku tak dapat satu umah dengan teman serumah yang aku patut dapat. Rasa macam kecewa sangat2. Rasa macam nak nangis pun ada bila topec call bagitau berita sebenar. Aku ditempatkan dalam umah budak degree. Semuanya. Aku tak kenal dan tak pernah ingin nak kenal.Perkara pertama kau nak jer masuk umah hamzi balik cuma perasaan segan dan bengang tu masih ada sebab aku gak yang tarik diri dulu. Erm.. Entahlah. Aku pun tak pasti sebenarnya apa masalah pejabat kolej letak kedudukan aku macam ni. Aku rasa macam nak menjerit. Dan disebabkan itu jugalah aku balik Johor balk lepas hantar barang kat puncak 03 hb haritu. Malu dowh. Takkan nak tumpang umah orang lama2. Buat masa ni pun aku hanya letak barang2 yang perlu jer kat umah hamzi. Satu baju pun aku tak pack off dalam locker sebab mana lah tahu kalau2 tak dapat kan? Banyak yang happen lah sal umah. Rasa macam nak menangis tapi tak ada tempat yang sesuai.
2) Sequence daripada perkara diatas, ada lagi BAD things yang happen kat aku. Satria aku leh lak tiba2 buat masalah lepas aku lepak ngan raj kat air hitam. Nasib baik tak masti kat sana. Tiba2 jer nak masuk gear 3 terus mati kat tengah2 jalan. Panic gak time tu tapi nasib baik lah tak jem apa2. masih lagi boleh dibawa ketepi. Aku bukan type yang nak g buka bonet depan, tengok enjin ker apa ker? Bila aku dah tak leh nak start kete tu, aku terus jer lock n jalan kaki balik umah. Sampai umah jer, dah kena bebel ngan mak. Aiyo! Mak, please lah faham. I need ur help. Bukan ur bebelan. Then, aku terus call kurnia untuk tarik kete tu. Bayangkan lah on tow malam2, berapa agak2 aku kena bayar? Tak payah citer ar. Habis separuh dari gaji aku hari tu. Then, bila dibawa g kedai, ingat boleh lah siap hari jumaat tapi upanya tidak! Dah lah aku plan nak balik puncak jumaat tapi dah tak jadi. Esoknya, mechanic tu call n cakap aku kena datang kedai untuk recheck kete tu. Dia dah buka habis. Masalah kete tu adalah : (timing belt dia haus, pinston bengkok, bal jahanam, tu berkerak, ni berpepek, minyak berkonek). Tension gile bila orang tu cakap sala masalah kete tu. Tak nak dengar banyak, aku terus sowh oraang tu senaraikan bill. Know much? RM 1k. My good. Dah lah diz sem my mum bagi RM 3k jer. Macam ner la nak survive nanti. Nak tak nak, terpaksa lah aku membayarnya! Kenapa? Kenapalah masalah2 macam ni happen kata aku dalam 1 jangka masa yang sama? Aku tak pernah pun buat dajal kat orang atau tipu mak aku atau nak g melaram duit kemana2 tapi macam ni jadinya. Sehubungan dengan kejadian tersebut jugalah yang mendorong aku untuk melaburkan duit kearah benda2 kemahuan. Bukan keperluan. Macam2 yang aku beli (kemeja,slack,towel.kasut hitam,baju,seluar,beg,ring,shoes). Beli punya beli, tak perasan lak dah guna RM 9++.++. Dah dekat ngan 1k gak tu. Tu tak termasuk lagi dengan debit card yang aku guna? Ntah berapa dia deduct n charge nanti. Ingatkan semuanya hanya berakhir disitu. Tadi petang g giant. Ada ag yang tak beli. Tup tap tup tap, RM120 habis. Ish. Duit sekarang macam air. Sekejap jer! Baik aku bagi semua card pada azie sebelum semuanya aku punahkan dan hari ni aku rasa sangat2 patah kaki sebab tak ada kereta aku nak keluar. Dah lah umah langsung tak ada orang. Hampeh! Sedih, rasa macam nak balik jer umah sekarang. Makan pun dah tak lalu tau!
Someone, tolonglah gtaw apa yang patut aku buat? Happykan aku untuk kali ney jer ='(

Thursday, December 31

2010

Selamat Tahun Baru
(last entry in 2009)

Friday, December 11

New Job

Haha. I got new job! Happy sungguh. Daripada p/time promoter untuk Alain Delon (brief/underwear), kini aku diberikan jawatan assist supervisor di syarikat A.D Trends Sdn Bhd. Syarikat ni merupakan sebuah anak syarikat Alain Delon di Malaysia dan beroperasi di Taman Shamelin Perkasa, Cheras. Tapi tak lah bermakna aku bertugas disana. Jauh kot.
Mula2 aku ingat just nak tolong2 supervisor dia yang juga merupakan salah seorang kawan aku (shah) tapi tetiba dia cakap, dia dah serap aku masuk untuk jadi assist dia dan mula2 kerja jer dah diberikan tugas yang agak berat. Aku dan shah ditugaskan untuk set up satu counter baru Alain Delon di Parkson Kluang, Kluang Parade yang akan dibuka secara rasminya 17hb ini. Omg. Aku macam tak caya lak kan dapat buat menda macam tu. Bukan senang kot nak berada di post sekarang ni dan aku pun menjalankan tugas aku dengan suka citanya.
Counter yang aku kena set up tu bukan main lagi dia punya besar. Keje pertama pada hari pertama ialah wat price check dekat d/o yang diberi dan tampal harga pada item yang sejumlah 70 carton. Ohhh.. sangat penat dan memualkan tekak. Dah lah dalam kawasan tu masih lagi dalam proses renovation, panas, tak ada air cond dan kadang kala putus bekalan elektrik. Menahan jer lah panas kat situ.
Alhamdulillah, 2 hari lepas aku dah siap dengan kerja2 aku di dalam store n dah boleh set up counter. Job kedua selepas Exhibition Cinephoto yang lepas. Happy ar gak kan sebab diberikan kepercayaan sebegini tapi risau gak sebab job art kali ni melibatkan sektor perniagaan, bermakna apa yang aku akan buat ni nanti akan digunapakai sampailah Parkson tu lingkup satu hari nanti. Haha. excited sungguh aku nak buat. Ada beberapa pict yang akan aku displaykan kat cni tapi blom berkesempatan. Bila ada masa nanti, aku akan letak. Ok? =)

Thursday, December 3

Bagai apek lupa nak top up

Buat kau,
Aku rasa kau dah jadi apek! Apek yang lupa nak buat apa yang sepatutnya dia buat. Haha. Macam tak kena jer kan peribahasa ni. Macam ni, aku ada satu kawan. Kawan baik yang aku dah kawan sejak kecik tapi baru2 ni, aku rasa dia dah tak macam dulu. Dia dah hilang entah kemana. Bukan setakat hilang dimata, dia juga hilang di talian. Nak cakap miskin, sekarang ni dah mula kaya. Kaya sangat. Nak cakap tak ada handphone, handphone mahal tu. Aku pun tak mampu nak pakai. Aku bukan apa, bukan nak sibuk hal kau atau apa cuma aku rindukan kau. Aku happy, happy sangat tengok kau dah mula mengubah hidup kau yang melarat kepada yang lebih sempurna. Kau boleh berubah kalau kau mau tapi kan, apa salah aku pada kau ek? Aku rasa setakat ni, tak pernah lagi aku buat salah pape kat kau. Nak cakap kau makan hati ngan aku, aku lagi makan hati ngan kau. Kau dah lupa dan aku rasa kau tak akan pernah ingat pun yang aku pernah terasa hati sangat2 dengan kau tapi aku diamkan sebab aku tak nak hubungan persahabatan kita musnah macam tu tapi rupa2nya, aku sorang saja yang menarik, kau tak. Malah kau lepaskan tali tu macam tu jer! Aku masak sangat lah dengan perangai kau. Aku bahagia, bahagia melihat kau bahagia. Nikmatilah kebahagiaan itu selagi ada dan jangan lak kau masuk gear (R) lepas ni.
Aku tak iri hati dengan kesenagan hidup yang kau kecapi. Kau berhak miliki semua tu. Dah memang takdir kau Tuhan tentukan macam tu tapi sekali lagi aku tanya, apa salah aku ek? Buat pengetahuan kau, aku tak pernah hingin dengan duit kau dan tak pernah terlintas nak kau kongsi sama2 dengan aku sebab aku tahu, tu hak kau. Hak asasi kau yang MUNGKIN abadi. Kita tak tahu, ajal maut ditangan tuhan. Bukan kita yang tentukan cik abang/kak oi.Aku tak pernah rasa langsung nak kau jamahkan duit kau tu pada aku. Kalau ada yang pernah terlepas, terjamah kan kat aku, halalkan lah apa yang dah aku ter makan, ter minum. Maklumlah, aku kan anak yatim, serba kekurangan. Halalkan yer.
Ya! Mungkin kau busy. Al maklumlah, masing2 sekarang punya kerjaya dan kehidupan masing2. Aku tak nafikan yang kadang kala aku busy tapi, at the end of the day, aku still contact kau juga. Tanya khabar apa semua. Mungkin aku pernah lupa. Ya! Salah aku tapi tak lah serupa sebagaimana kau buat aku. Kau mungkin pernah lupa semua kenangan2 kita bersama, janji budak2 yang kita buat dan macam2 lagilah yang kalau diingatkan, bisa mengalirkan air mata ni. Entahlah, aku tak tahu mana salah, mana silap aku. Kalau ada, harap kau maafkan.
Mungkin juga kau sedang membaca post ini sekarang ni, harap... kau tabah dengan apa yang aku dah coretkan sebab aku tahu kau tentu tak percaya yang aku akan tulis benda2 macam ni kat sini. Nak tau kenapa? Semuanya sebab kau. Tanya diri kau. Apa yang kau dah buat? 
Salam...