Wednesday, September 16

Syawal Dirai

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Selamat Hari Raya, khas kepada semua
readers, bloggers, followers

dan
Maaf Zahir Batin
andai kata pernah tersilap kata, terkasar bahasa dan tersentuh rasa

Tuesday, September 15

rayaaa la weiii

huloo, oden ni. i skrg ni kat rumah may tgh lepak. bapak bosan. blank oh. ktorg currently kena siapkan assignment character design subjek visual art. pastu baru boleh balik rumah/kampung cuti raya. padahal dlm pale otak masing2 tgh fikir raya ni. haduih. i ngan may masing2 tgh blank. nak mandi pun malas. apetah lagi memerah otuck nak buat assignment. cis.

hmm .. semua org da balick. nick pun da balick. bosan uh. zz .. korang balick raya mane eh? mesti best kan korang raya ni? i tak berapa nak teruja sgt .. raya i every year tak havoc2 cam org lain. raya i balik rumah auntie je. nenek ngan atok dua2 belah da takde. aiseh takde la duit raya extra kan? takpe, i'm 19 now. huahah.

duit raya plak, aiseh mesti habis zap2 pas raya. duit belum dpt tp dah buat planning nak beli ape semua. for me, i nak gi uptown mane2 pastu beli byk2 baju bundle. settle. tak payah kisah takde baju dah skrg. btw i mmg love pakai bundle. murah dah fit. lek je. takyah topman padini la semua tu. tuck minat.

hmm. esok hari khamis. dah takde pape. i balick rumah esok. hmm. balik tido. pastu nak cari baju raya lagi. korang dah beli baju raya? i belum. raya this year i nak beli kaler purple. huhu. cam best plak tgk org pakai purple. ashmeer beli turquoise. aguck lawa la. hmm.

hmm .. hari ni puasa lagi. tinggal brape hari je lagi puasa ni. cam tak rasa plak puasa this year. korang puasa penuh tak? sah2 la kan. bosan la. jap. mesti yo tgh baca ni kan? salam seni yo. haha.

sorry la korang. post ini teramat la hambar. btw, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN. i nak mintak maaf la kat semua org eh. halal2 sudeh! k, i chow lu. byee!

-Odengdeng-

Monday, September 14

What?

Apa yang korang rasa bila ada orang lain yang suka merendah2kan diri korang? Dia seolah2 ingat kita ni bodoh atau apa? Bila ko dah melangkahkan kaki ke universiti ni, ko ada zero! tak payah nak bangga2 kan apa yang ko ada sebab tak kan kemana. Berlagak weyh!

Memang, setiap orang ada kelemahan. Aku admit aku juga ada kelemahan aku yang tersendiri. Tapi sebodoh2 aku, aku tak pernah nak memandang rendah pada orang yang lebih bodoh dari aku sebab apa? we are Allah creation so, kita semua sama! Jangan nak berlagak lah weyh!

Apa yang aku nampak pada ko dari dulu sampai sekarang, semuanya still sama dan aku rasa akan tetap sama kalau tak di'laha' sekali sekala. Mak aku yang kampung pun tak pernah nak pandang rendah pada aku. So, apa yang ko kesah kalau aku bodoh? Ish, berlagak siot!

Aku tak faham lah apa yang ko bangga2 kan dengan keputusan dan kawan2 ko yang agak pandai tu? Ko agak, kawan2 ko tu akan mention nama ko juga ke bila dia cerita sal kepandaian? Tapi kan, ada gak antara diorang yang pandai ni, pandai nak kawal pandai diorang tapi ko? Berlagak!

Kalau dulu aku boleh tahan, tapi kali ni tak? Sebab, orang yang salu dianggap bodoh pun punya tahap kesabaran mereka! Kalau dah kena sekali, baru kau tahu kami macam mana? Nasihat yang perlu ko ingat, kepandaian ko tak kan tolong ko kalau ko tersungkur satu hari nanti! Outch!! So, jangan berlagak!

Friday, September 11

10 Malam Terakhir

Sedar tak sedar kita dah pun melalui Ramadhan yang mulia ni hampir 20 hari. So, meant kita dah berada dalam 10 malam terakhir? Kita tak tahu bila malam lailatulqadar kan? Tapi apa yang pasti, ia pasti ada, so marilah kita ramai2 membuat amal jariah agar dapat keberkatan daripada Nya. Tak lama lagi Syawal plak akan menjelang! Bila sebut jer sal Syawal, aku mesti akan rasa something! Nak cakap rasa sedih tak lah tapi rasa tersentuh bila syawal2 yang mendatang 3 tahun sebelum2 ni tak sama macam syawal2 yang pernah aku lalui dulu. Yer lah, syawal ni merupakan syawal ketiga aku tanpa seorang ayah. Masih fresh dalam ingatan aku bila kami dapat beraya bersama2 dulu. Bila time raya jer, arwah abah mesti akan. . .

"Mat, nah amik ni $200, belilah apa2 yang patut!" - arwah abah

"Mat, jom ikut abah g pasar beli barang nak masak. Nak tak?" - arwah abah

Masa tu 200 pun dah kira paling banyak nak beli baju ker, samping ker, apa ker! Meriah sangat bila nak raya. Arwah abah pasti akan beriya2 nak sambut memandangkan abang dan kakak2 tiri aku akan datang sambut raya pertama sama2. Bukan setakat tu jer, cucu dan cicit dia gak ada! So, means, memang akan meriah gila! Tapi tak lagi sekarang bila abah dah tak ada. Semuanya diambil alih oleh mak dan aku kesian sangat tengok dia. Raya bagi kami tak lagi meriah macam dulu. Kakak2 dan abang tiri aku tetap datang tapi rasa lain tu tetap ada bila orang yang paling tua dalam family dah tak ada. Raya2 yang lepas tak lagi macam raya dulu. Salunya pagi raya, kami akan tunggu kepulangan kakan2 dan abang aku tapi sekarang, aku ngan mak pulak yang dinanti2 kan pulangnya kami kekampung mak. So, means kami beraya di kampung dah. Bila tengah hari jer, kami pasti akan balk umah balik memandangkan kakak2 dan abang akan datang waktu petang. Urm, lain kan rasanya raya kali ni.

*tersentuh. mengalir air mata tiba2

Mercun dan meriam :

Salunya masa bulan pose, mak akan memulakan bisnesnya sebagai penjual mercun. Haha! Memang lawak gila. Aku pun tak main sangat sebab tak berapa nak berminat dengan benda2 yang letop2 ni. Fobia. Then, mesti mak salu kena marah sebab main mercun kat luar rumah sambil aku yang salu dok tengok. Dah macam aku lak yang mak kan? Macam2 mercun yang dia jual, aku pun tak tahu apa nama. Tapi yang aku salu main, mercun pop2. Haha. Bila nak raya jer,

"Samekom. Tok uda nak beli mercun"

Aku plak yang malas nak melayan karenah dak2 kampung yang tiap2 malam datang umah beli. Malam sebelum raya, salunya mak akan get ready nak masak2 untuk esok. Mak tak pandai nak buat ketupat n salunya kami akan beli yang dah siap atau lebih senang lagi, beli jer ketupat Nona. Siap tinggal masak jer kan? Aku lak malam raya pasti akan sibuk kemas rumah. Memandangkan aku jer yang ada kat umah, so akulah yang kena buat. Sambil tu, telinga ni dah naik bernanah dengan bunyi meriam yang berdentum dentum sana sini. Berlawan2. Itulah suasana raya kampung yang aku paling rindu. Dulu masa kecik2, aku tak berpeluang nak enjoy sangat main menda tu suma tapi tu lah. Sayang kan?

Pagi raya :

Salunya aku paling liat nak bangun masa pagi2 raya ni nak g sembvahyang raya kan? Tapi mak pasti akan kejut aku sampai bangun! Aku salu akan g masjid jalan kaki jer sebab tak bape nak jauh dan abah akan iring aku sama2 kat sebelah dengan nek basikal. Lepas tu, aku akan memohon maaf dengan abah dan mak sebelum aku akan bawak mak g ziarah kubur nenek kat kampung. Kalau dulu, pagi2 raya jer, pasti kak ngah aku akan sampai dulu sebelum kak long dan abang. Diorang dan family masing2 pasti akan stay sampai petang! Bestnya time tu.Tapi sekarang, aku akan g sembahyang raya sorang2 naik motor. Tak ada lagi dah abah yang akan teman aku jalan kaki. Sedihnya.

Ziarah kubur :

Raya pertama sebelum2 ni, aku akan bawak mak g ziarah kubur nenek sebelum ziarah kubur adik aku tapi raya kali ni... pagi raya jer aku akan bawak mak g ziarah kubur arwah abah dulu dan seterusnya arwah adik. Hening pagi salunya akan buat aku gugur air mata tapi spake dah menyelamatkan aku daripada mak nampak. Nanti dia lagi sedih, aku kena strong. Bila aku lihat batu nesan yang ada berukir nama Yawmon Bin Mohamed, aku kadang2 seperti tidak dapat menerima kenyataan. (ahh...) . Lepas jer ziarah kubur arwah abah dan adik, aku kali ni akan bawak mak g ziarah kubur arwah nenek dan datuk yang baru jer meninggal raya tahun lepas. Ah, banyak tul orang tersayang yang dah g tinggal kan aku tapi aku lagi sedih bila tengok kawan2 dan adik2 sepupu aku yang dah tak punya ayah masa diorang kecik sangat2 lagi. Apa yang diorang rasa agaknya kan? Urm.

Suasana raya :

Suasana raya yang pernah aku rasa dulu tak pernah lagi aku akan dapat kali ni. Berbeza sangat. Sekarang, aku salunya akan lepak kat umah atuk lama2 sebab semua ada kat situ. Kecik2 dulu, semua orang akan bagi duit raya tapi bila dah besar ni, tak ada pun dapat macam dulu. Diorang semua fikir bila aku dah ada kete sendiri, motor sendiri, rumah sendiri, aku dah kaya n tak payah dapat duit lagi tapi apa yang aku nak kan ialah suasana raya tu jer sebenarnya. Bukan duit ataupun apa2. Bila tengok kawan2 lain excited nak raya, aku pun rasa excited gak tapi sampai satu tahap nanti, aku mesti akan terdiam sendiri bila aku ingat balik semua kenangan yang pernah ada ni. Tapi lantaklah, selagi aku masih ada, aku akan happykan mak. Buat juga raya kami berdua jadi meriah dan happy walaupun disebaliknya penuh dengan kesedihan. Ahh.

Itulah raya bagi aku. . . korang?

Thursday, September 10

No Title


There's no word to describe my feeling towards you
Only Allah know the truth


Thanks beb! Sekarang ni, u lah langit yang selalu ada dengan i! Tak kira senang atau susah. I SAYANG you sangat but janganlah teruskan muka itik u tu lagi kay?

Perbezaan Budaya

Isu perbezaan budaya sering kali di perdebatkan di mana-mana tempat terutamaya di institusi pengajian tinggi! Semua masalah yang berlaku adalah disebabkan oleh perbezaan cara hidup yang telah diadaptasikan daripada kita kecil lagi. Bila kita dah biasa dengan satu benda kita, kita akan tetap terus terbiasa. So, bila kita sampai pada satu situasi dimana kita perlu sesuaikan diri dengan keadaan yang baru, kita sukar untuk menerima orang lain dan begitulah juga orang lain yang sukar menerima kita. Mari kita lihat antara contoh situasi2 yang kerap berlaku di sekeliling kita tanpa disedari. Aku tak berniat untuk menyentuh apa2 sensitiviti cuma apa yang ditulisk di dalam post ini adalah berdasarkan pemerhatian sepanjang bergaul dengan orang2 daripada pelbagai negeri dan budaya kat Malaysia ni. So, aku nak ulas sikit sal budak2 Johor, Melaka, KL/Selangor, Kelantan, Sabah/Sarawak memandangkan majority dak2 tempat aku ni datang dari situ. . .

(1) Johor
Bukan nak mengangkat negeri kelahiran sendiri tapi orang Johor merupakan antara orang yang mudah berkomunikasi dan bercampul gaul dengan orang lain. walaupun baru jumpa sekejap! Letak jer lah kat mana2 jer, orang Johor insya Allah boleh sesuaikan diri. Orang Johor juga senang nak faham apa yang diaorang cakap sebab dialek yang digunakan sama dengan dialek KL ataupun lebih dikenali dengan dialek melayu pure. Satu jer masalah bagi sesetengah orang Johor ialah bila datang kat satu tempat baru, diorang mudah terpengaruh dan lupa asal usul. Ada juga yang cakap orang Johor ni mulut tak berapa nak sopan dan sombong. Tapi bila dah kenal orang Johor, barulah anda akan tahu siapa mereka ni sebenarnya.

(2) Melaka
Orang Melaka ni plak jenis yang kaya dengan budi bahasa seorang mak cik2. Tapi sebenarnya, mereka tu semua punya 'sense' kekeluargaan yang membuatkan mereka jadi macam tu. Orang Melaka bila bercakap memang lagi kasar daripada orang lain. Mereka semua dah terbiasa tapi bila dipertemukan dengan orang dari negeri lain, mesti ingat orang Melaka ni kurang sopan lah, apa lah. Bahasa/dialek orang Melaka gak senang kita nak faham dan seiringan dengan Melaka yang berada dekat dengan Johor dan KL, so tak lah orang Melaka akan hadapi sebarang masalah bila berjumpa dengan jiran2 sebelah negerinya. Antara masalah yang dapat dilihat pada orang Melaka ialah, mereka ni suka makan makanan yang pelik2!

(3) Kuala Lumpur/Selangor
Budak KL memang popular dengan isu2 yang hangat! Mereka ni tak habis2 menimbulkan kekecohan tak kiralah sama ada yang baik mahupun yang buruk. Antara yang baik ialah, budak2 KL ni kebanyakannya high educated dan mudah mesra. Mereka punya budaya tak lah jauh sangat dengan Johor dan Melaka cuma sikit tinggi lah klas mereka sebab tinggal di Metropolitan City. Sebut jer sal isu2 semasa dunia hiburan/semasa, mesti diorang tau. Kelebihan yang diorang ada adalah kemudahan yang sangat banyak. Bila datang sal keburukan lak, ada juga budak KL yang jenis berlagak. Bila ada apa2 demonstrasi, suka sangat nak join. Satu lagi keadaan, bila budak KL ni jumpa jer dak2 yang pelik sikit, mulalah dia cakap budak tu disaster lah, kolot lah. Macam2 kan diorang ni?

(4) Kelantan
Budak Kelantan? Tak banyak perkara yang boleh dibincangkan dengan budak Kelantan. Sebab apa? Perkara utama, kita tak faham apa yang diorang cakap kan. Then, lepas tu kita pasti akan mengajuk balik. Pernah fikir perasaan diorang? Lepas tu, kang kalau salah cakap, ada yang naik parang. Bahaya sangat sebab budaya dan cara hidup yang tak sama buat kita jadi macam ni tapi sebenarnya kan, kita boleh nak ubah kalau betul2 willing to accept them. Kita kena belajar menerima! Okay x budak Johor dan KL yang ada masalah dengan budak Kelantan?

(5) Sabah/Sarawak
Sabah & Sarawak pun lagi satu yang buat kita jadi masalah. Tapi sebenarnya diorang langsung tak ada masalah dengan kita! Pelik2 kan mereka ni. Tapi satu yang aku respect tentang penduduk Sabah/Sarawak ni, diorang senang nak suaikan diri dan respect terhadap sensitiviti orang lain. Bagus kalau ada kawan dengan orang yang macam ni! Senang hidup. Rasanya setakat tu dulu, bila ada lagi masa, kita akan cakap sal negeri2 yang lain pulak kay?

Any Feedback?