Thursday, September 3

Snoopy @ Dia?


Snoopy dan dia amat sinonim. Kalau tengok muka dia lama2 memang tak ubah macam Snoopy. Bukan nak samakan dia dengan binatang atau anjing tapi Snoopy tu comel so means, dia comel larh. Tapi agak tak senonoh kan samakan orang dengan binatang. Sorry you. You comel macam Snoopy so i tak leh nak hindarkan diri dari samakan you dengan Snoopy tu. Masa mula2 kenal you dulu kan, i takut gak ngan you. Macam gak orang takut ngan anjing! Haha. Samakan lagi. Kay2, you tu garang sangat! Cuba you senyum =) Mesti nampak comel. I pernah nampak you senyum dari jauh. Comel giler kowt. Kowt comel. Tapi kalau dapat tengok you senyum dari dekat tentu lagi comel. Ingat lagi masa i ter tunjuk f_ _k kat you dulu, you pandang i macam apa! Ahh... Time tu i takut sangat, elakkan jer kena tumbuk ker, lempang ker kan dari you. Free2 jer dapat tapi i tak putus semangat! Lepas daripada tu i nekad nak kacau you sampai you rasa annoiyed ngan i. Bukannya i tak faham bahasa tapi saja, nak buat you sakit hati sampailah you boleh tegur i balik lepas ni. Deal? Mula2 ingat sem 2 tak mau dah kacau u tapi sem ni i tengok u makin cumel. Perot buncit dah macam Snoopy yang overdos makan prego. Keh keh. Tapi walau macam mana buncit pun you, you tetap my Snoopy. Snoopy yang comel lagi kiut!!
Btw, ni rantai aku yang entah keberapa kali aku beli. Asyik hilang jer. Kadang2 pakai sampai dah tak leh nak pakai sebab sentimental value of dat thing tu yang terus gak pakai. Kadang2 mak tanya gak kenapa memakai benda sedemikian tetapi aku dengan selamba memberikan jawapan,
"tu tangkal penarik lah mak"
Haha. Nak tak nak, dia tak leh nak cakap apa lah. Lagi pun bukannya aku menyusahkan sesapa. Tapi aku bukan lah macam anjing yang pakai do ploh pat jam. Kadang2 jer kowt. Rimas gak bila pakai lama2. Time tu lah mula rasa gatal kat leher, merah2 so mencacatkan penampilan. Ada satu cerita sal rantai ni. Kawan2 aku kat kolej ni semuanya berantai. Ada yang rantai boleh tanggal dan ada juga yang rantai kekal sebulan, pastu hilang =P. Haha. Masa sem satu dulu, ustazah aku pernah tegur member2 lelaki yang len jangan pakai rantai coz selagi kita pakai rantai tu, dosa akan tergantung atau senang kata tak boleh pakai lah. Sem ni pun ada ak hari tu, ustazah tu suh bukak terus time tu. Hehe. Sian kat member aku sorang tu. Bengang dia. Yang tak boleh belah hari ni punya cerita lak, ada ker librarian kat induk tegur aku sal pakai rantai masuk lib. Motif? Tak der kena mengena pun kan? So, memang banyak cerita yang bolrh diceritakan sal rantai ni. So, korang ada story sal rantai?

Wednesday, September 2

Macam- Macam Sakit (kencing manis)

Bercakap sal sakit kencing manis, aku ada cerita yang nak dikongsikan. Family aku ada sejarah kencing manis yang agak teruk. Nenek aku meninggal disebabkan kencing manis yang berada di bahagian punggungnya yang meninggalkan satu bisul yang menyebabkan bisa yang tak bisa ditanggung oleh golongan yang berada di umurnya. Sakit tu akhirnya menyebabkan implikasi yang besar sehingga dia meninggal dunia pada umur aku 7 tahun.

Lagi satu cerita tentang kencing manis, mak usu aku juga merupakan seorang penghidap kencing manis tahap ketiga. Teruk sangat aku tengok dia. Dia tak boleh terlebih gula dan juga tak boleh terkurang gula. So, kandungan gula dalam badan dia tiap2 hari kena seimbang. Sejarahnya, masa muda2 dulu, dia ni suka makan gula2. Mana je dia g dia akan bawa gula2. Boleh dikatakan dia ni ketagih benda manis. Sana manis, sini manis. Last2 dia disahkan penghidap kencing manis. Semua bermula bila kuku kaki dia berdarah. Tapi merebak teruk sehingga ibu jari kakinya terpaksa dipotong. Ya! Dipotong. Bila dengar sal anggota badan dipotong ni merupakan satu benda yang biasa pada orang lain tapi bukan pada dia. Bayangkan lah kan macam mana lah kalau kita dah biasa cukup sifat, tiba2 hilang satu jari. Ahh...

Tapi kejutan tidak terhenti setakat itu, ada lagi yang berlaku. Kencing manis yang ada kat bahagian hujung kaki dah makan tapak. So, dah berlubang tapak kaki pulak. Doktor nasihatkan agar kaki dia plak dipotong. Tadi jari, ni kaki lak. Pada mulanya mak usu aku tak mau potong. Tapi untuk tidak memudaratkan keadaan, dia akur. Kakinya terpaksa dipotong sampai ke parat lutut. Kerja2 rumah semuanya tergendala sebab dah tak ada orang yang nak uruskan semua tu melainkan anak lelakinya. Pada ketika itu, mak usu aku terpaksa menggunakan tongkat sebelum dia mendapat tajaan kerusi roda. Dalam masa yang sama juga, dia ada dapat bantuan kaki palsu dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tapi dia tak biasa nak pakai. So, dia tak pakai.

Setahun kemudian, penyakit tersebut telah pun merebak ke kaki yang sebelah lagi dan menyebabkan ia juga terpaksa dipotong. Bayangkan. Hidup tanpa dua kaki yang sebelum ni boleh dilihat, disentuh tapi sekarang, tak ada langsung. Sedih kan? Selain daripada menanggung penyakit kencing manis, dia juga tertekan dengan apa yang telah berlaku pada diri dia. Dia dah mula rasa rendah diri, murung dan tak ceria macam selalu. kesedihan dan keperitan hidup dia membuatkan aku sedar akan nikmat yang aku kecapi. Aku sayang kaki aku, so aku dah tak makan manis2 lagi dah macam dulu. Takut sangat. Dulu kaki aku pernah gak ada bisul tapi cepat2 aku dapatkan rawatan. So, dah tak ada. Aku doa banyak2 pada Allah agar jauhkan segala penyakit sebab aku berazam nak balas jasa mak dan banggakan nama arwah abah. So, korang ada tak pengalaman sal kencing manis? Kongsilah sama2.

Tuesday, September 1

Coming Commercial

Right now i'm strungling to finish up my "Perfume Assignment" whereas Petchai be my model and hope all readers can wait to see the result

Saturday, August 22

Welcome Ramadhan

"Selamat Berpuasa Kepada Semua"

Thursday, August 20

Satu Penghargaan

Tahniah Abah. Mamat bangga dengan abah. Aicehh.. Ayat struktur sangat. Haha. Btw, ini merupakan satu penghargaan buat arwah abah. Aku pun tak tahu kenapa nama arwah abah yang terpilih untuk menjadi street identity. Ramai kawan-kawan yang tanya. Tapi aku pun tak tahu kenapa. Mungkin share kampung 65% kot. Haha. Bangga dan bersyukur pun ada. Masa kecik-kecik dulu aku salu mimpi akan dapat jadikan jalan ni sempena nama abah, tak sangka jadi betul-betul tapi yang harunya, tak sempat arwah abah nak tengok perkembangan dan pengiktirafan yang telah diberikan kepadanya, Allah lebih sayangkan dia. Tapi nak dibetulkan disini ejaan dan nama yang betul adalah "Jalan Haji Yawmon Bin Mohamed". Eh, Macam nama aku lah.. Mohamad Bin Yawmon, Yawmon Bin Mohamed. Kih-kih. Recycle kid upenya aku ni. So, kepada sesiapa yang nak menghantar kad raya, sila poskan kad raya anda ke alamat :

Mohamad Bin Yawmon
No 210, Jalan Yawmon
Parit Sha'aban
Kampung Parit Bilal
83050 Batu Pahat
Johor Darul Takzim

Thursday, August 13

Edisi Foto : Kenangan D'Malacca


Kenangan paling best bersama-sama dengan kawan yang paling letop. Korang sume memang gila babeng punya sial. Aku rindu time2 kita sama-sama gather macam ni. Hope satu hari nanti kita dapat lagi cipta kenangan terindah. Btw, nak promote Bandar Melaka. Korang park jer kete kat Mahkota Parade then korang dah boleh g pusing-pusing satu Bandar Hilir o Dataran Pahlawan kat situ. Agak memenatkan sebab terpaksa berjalan tapi kepuasan yang korang akan dapat lepas tu lebih daripada segala-galanya.
Nak shopping kat mana-mana pun boleh. Dataran Pahlawan kelas punya tempat but Mahkota Parade not that bad. Korang kena g dan try. Kalau bawak family gerenti best. Nak view pemandangan lak, naiklah Menara Taming Sari. Baru RM20/seorang. Tak mahal lah. Berpatutan dan berbaloi. Lepas tu, g naik beca Digi yang banyak bersepah warna kuning kat sekitar place tu and jangan lak dilupa pada sapa yang tak penah naik Eye On Malaysia, g lah naik. Best sangat. Fee dia pon tak lah mahal mana. Bawak IC, student card, gerenti dapat less. Tu lah untungnya duduk kat Malaysia ni.
Kalau pasal makan lak, nak suggest satu tempat. Kalau nak makan masakan Padang, Indonesia, g lah restoran kat sebelah Mahkota Parade. Macam-macam makanan ada kat situ. Harga gak boleh tahan setimpal dengan apa yang korang makan tapi kalau nak lebih murah, g kat bahagian parking yang juga sebelah dengan restoran tu. Ada satu kedai mamak warna hijau tak silap. Makanan kat situ memang ala mamak tapi harga dia ummphh!! Setiap kali aku datang Melaka, aku tentu akan g restoran tu sebab sedap dan murah. In budget.

Edisi Foto : Wet World Waterpark

Bila kita citer sal mandi, tentu ramai yang banyak pengalaman yang berkisar sal mandi manda ni. Eventho sekarang ni pon aku tak mandi lagi sedangkan dah janji ngan Epul nak g tido umah dia. Alaahh... Tak pelah. Malas nak g. Btw, ni member-member time keje. Semuanya satu umur. Tak banyak beza pon. And yang paling best, tempat yang kiteorang gi ni namanya Wet World Waterpark. Bayaran masuk tempat ni dulu fix. Dewasa RM10, Kanak-kanak RM5 but sekarang bayaran dikenakan ikut ketinggian. Hahaha. Kalau kawan-kawan aku yang pendek masuk, sah-sah murah kot, kot murah, RM8. Ada banyak cawangan tempat mandi ni kat serata semenanjung dan salah satunya betul2 kat sebelah kawasan kediaman aku. Kampung Parit Bilal atau lebih dikenali dengan Tasek Merdeka.
Tempat ni sekarang letop. Bukan sekadar waterpark jer, sekarang ni dah nampak management place ni dah cacak-cacak tiang. Dengar kata nak buat Theme Park lak. Letop tak? Sebelah umah jer kot. Apa lagi yang aku dengar, manager tempat ni beli semua kelengkapan daripada Johor's. Yang aku nampak setiap kali balik kampung, dah mula nak dirikan Roller Coaster. Serius best babe. Bukan tu jer, ada macam-macam lagi. Yang pusing-pusing 360' tu pun ada gak. Ahh!! Tak sabar nak tunggu grand opening.
Tapi apa yang tak best mengenai tempat ni adalah haunted memory dia. Kalau korang nak tau, arwah abah i dulu pernah keje korek lombong masa dia muda-muda n terciptalah dua tasik kat kawasan tu. Satu besar sangat kat depan dan satu lagi dah ditimbus untuk dijadikan Wet World ni. Masa nak timbus kawasan tasik tu, macam-macam citer yang tak enak didengar! Ada yang kata kat dalam tasik tu ada ikan yang GILA bapak punya besar. Dieorang punya bisnes boating pun tak laku. Apatah angsa yang kayuh guna kaki tu, bertuah nye. Jadi hiasan je last-last ni. Dekat-dekat ngan tasik ni juga ada Kubu Jepun. Tinggalan zaman perang. Dulu tiap-tiap pagi gi sekolah kena lalu kat situ. Kat post akan datang nanti, aku akan tunjuk gambar kubu ni kay? Menakutkan beb. Ada yang cakap tempat dieorang pancung kepala dll. Ahh... Meremang! And picture kat bawah ni sebahagian kenangan aku dengan teman-teman sekerja masa last-last season sebelum berhenti.